PUPUS page 9 of 12 - The End -
Talking To The Moon
‘My princess Luna; a moon that reflecting the light into mummy’s and
daddy’s world, Happy 23rd birthday, sayang. You are growing older, sayang
yet in daddy’s eyes you still a baby. I’m far from perfect sayang. Maafkan
daddy jika keterlaluan dalam mendidik Luna. I never want you to be genius that
much. I just want you to not waste your time. I want you to explore the world
and be the best version you can be. I don’t want you to feel useless, or maybe
I did indirectly. Enjoy your time sayang. Daddy will always by your side even
when we’re not in the same world anymore. Tomorrow I’ll fly to the moon with my
friends. Doakan daddy selamat sampai dan bawakan lebih banyak hadiah. 3uphor14
itu daddy kirim lebih awal takut tak sempat. Semoga ia bermanfaat untuk kamu.
Again, happy birthday, sayang’
MY HERO, DR Starlette <3
Luna menangis tanpa air mata membaca pesanan whatsapp dari daddy. Pesanan yang dia biarkan greytick hampir setahun. Ikut
hati mahu saja dia teriak menyesali perbuatannya tapi terasa seperti sesuatu
menyumbat anak tekaknya. Dadanya terasa berat dengan rasa penyesalan. Bibik memeluk
Luna yang seperti patung tak bernyawa. Selepas dipeluk oleh bibik barulah Luna
dapat mengeluarkan air mata.
“keluarkan sayang. Jangan pendam
nanti sakit,” pujuk bibik. Air mata Luna kini mengalir dengan derasnya. Dia nelepaskan semua kepedihan melalui rintihan air mata.
Rafael duduk di puncak bukit sambil menjuntaikan kakinya ke bawah. Dia memandang jauh di sana. Memerhatikan bulan bersinar dari langit bumi. Rafael rasa takjub akan kehebatan Sang Pencipta. Jika di bulan, dia melihat bumi menerangi landscape bulan, di sini bulan pula yang menerangi langit bumi.
Hujan turun setitik setitik kemudian deras. Seharian hujan membasahi bumi hari itu. Berhenti sekejap kemudian hujan balik.
“Bumi memang dicipta dengan
tangisan,” Rafael teringat akan Luna yang berlinangan air mata siang tadi.
Bagaimana agaknya dengan keadaan makhluk bumi itu? Apakah dia baik baik saja?
Rafael memegang dadanya seperti yang dilakukan Luna terhadapnya beberapa hari
yang lepas.
“Adakah makhluk bulan seperti kamu boleh jatuh cinta?” pertanyaan Luna itu terngiang ngiang di telinga. Rafael menggeleng.
“Kami tidak mempunyai perasaan,”
begitu jawapan Rafael. Mereka tidak seperti penduduk bumi yang berpasang
pasangan. Mereka tidak mempunyai ayah. Mereka semua dilahirkan oleh ibu ratu
yang mereka gelar Elsa01.
Tapi kenapa… Rafael masih menyentuh dadanya. Rafael hairan bagaimana
dia punya rasa kasihan, rasa risau terhadap Luna sedang di dunianya dia tidak
merasakan itu bahkan pada ibu ratu.
Rafael memandang ke langit semula.
Dia menyaksikan fenomena Lunar rainbow yang jarang sekali berlaku menurut Luna.
“Akankah keajaiban berlaku?”
Luna muncul di belakang Rafael. Dia berlari menuju Rafael lantas memeluknya sambil menangis. Luna terlihat basah kuyup. Rafael menyapu rambut Luna yang basah.
"It’s okay, It’s okay,” pujuk Rafael.
“I’m sorry. Aku janji tuk jaga kau tapi aku tinggalkan kau sendiri. Aku selfish. Maafkan aku,”
“Look at me,” Rafael memegang kedua
lengan Luna. Luna memandang Rafael. “I’m fine. I’m safe,” Rafael meyakinkan
Luna. Luna kembali memeluk Rafael dengan erat bagai tidak mahu melepaskan.
“Luna… aku nak bagitau kau sesuatu,” perlahan lahan Luna meleraikan pelukannya dan memandang Rafael semula. Hujan berhenti begitu saja. Tiba tiba langit malam jadi cerah bagaikan tidak pernah hujan sebelumnya. Bulan pula makin menaiki langit. Pelangi bulan juga lenyap bersama deraian hujan.
Rafael membuka kain yang menutupi tubuhnya lalu menyarungkan ia di kepala Luna. Luna memegang kain itu agar kekal tersarung di kepalanya. Rafael menunjukkan sayapnya yang tumbuh sepenuhnya. Sayap hitam itu bercahaya di sinari bulan Purnama. Luna juga sedar tanda bulan di dahi Rafael sudah tiada.
“Masa aku sudah habis,” Luna mengangguk perlahan seakan faham batas waktu yang dimiliki Rafael di bumi.
“Kau tau?” Luna menggeleng.
“Tidak. Tapi aku sedar bahawa tiap
sesuatu yang ada di dunia ditentukan masa masanya. Meskipun kita tidak mahu, ia
tetap akan berakhir jika sudah tiba masanya. Kerana itu, kita harus nikmati
masa masa yang tersisa dengan yang tersayang agar di akhir nanti tidak berbaki
penyesalan,” ujar Luna yang tersenyum sedang air matanya berlinangan.
“Aku pergi,” ujar Rafael. Berat sebenarnya hatinya meninggalkan Luna tapi keberadaannya di bumi hanya menyusahkan Luna. Tambahan, ibu ratu sudah memanggilnya pulang.
'Selamat tinggal, Cahaya. I love you and I will always remember you,' Luna hanya mampu mengungkapkan semua itu di dalam hati. Tiada guna dia luahkan sebab Rafael takkan faham perasaan manusia. Dan meski berat,
dia harus relakan Rafael pergi kerana bumi bukan tempat yang selamat buat
Rafael. Banyak pasang mata yang cuba memburunya jika ada yang tahu
keberadaannya.
“INVU,” balas Rafael sambil
tersenyum. Iya, Rafael mendengar suara hati Luna. Itulah kesitimewaan yang Tuhan berikan kepada makhluk bulan sepertinya. Dan kali ini, dia juga mendapat keistimewaan baru sama seperti manusia, iaitu rasa cinta.
Seketika kemudian, dunia jadi gelap. Gerhana bulan berlaku.
Rafael mendepakan tangannya dan melebarkan sayapnya. Cahaya muncul dari seluruh
tubuhnya. Luna menyaksikan perlahan lahan tubuh makhluk bernama e236 itu
ditarik naik menuju ke bulan.
Gerhana hilang. Bumi jadi cerah semula dek cahaya bulan. Luna
hanya mampu terpaku memandang bulan di atas sana. Sesekali hatinya berbisik,
“Sebaik manapun caranya berpamitan. Yang namanya perpisahan
tetap menyakitkan”.
- TAMAT-
Comments
Post a Comment