PUPUS page 5 of 12

 

PUPUS

Luna memasukkan buku buku nota ke dalam beg sikut miliknya. Mata Luna terpandang salah satu daripada buku catatan. Buku yang suatu ketika dulu istimewa baginya. Kenangan indah yang juga menyakitkan singgah di fikiran Luna sejenak. Tapi kali ini, dia tidak lagi menangis. Dia sudah berjaya menerima. Berjaya move on. Luna membuka lembaran pertama buku tersebut. What is Love? Tulisan  yang Luna tulis dengan penuh perasaan ketika itu. Luna membuka halaman seterusnya.


C8H11NO2 + C10H12N2O + C43H66N12O12S2 = LOVE. 

Iya, begitulah sains mendefinisikan cinta. Di mana cinta adalah rembesan dopamine dan norepinephrine  yang tinggi oleh neurotransmitter. Hormone hormone inilah yang memberi rasa attraction dan serotonin lah yang memberikan rasa gembira itu Manakala dua hati merasakan attachment itu pula dikawal atur oleh hormone oxytocin dan vasopressin. Bagaimanapun rembesan dopamine dan oxytocin yang berlebihan akan membawa kepada obsession, jelousy dan irrational behaviour.

 

Meskipun saintis saintis menghasilkan formula nya dan ahli – ahli pujangga mengukirkan kiasan kiasan nya, namun tetap saja cinta adalah hal teraneh di muka bumi ini. Kita takkan pernah tahu dengan siapa kita bertemu, dengan siapa kita jatuh cinta dan bagaimana kita jatuh cinta. Ketika ia terjadi, ia terjadi begitu saja. Tanpa amaran, tanpa notis pemberitahuan. Luna pun tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan Mikail begitu hebatnya. Walaupun sikap dingin dan kasar Mikail melukainya berkali – kali, Luna tidak dapat menghilangkan rasa sayangnya pada lelaki itu. Meskipun Luna tahu Mikail takkan pernah memandangnya. Meskipun Luna tahu Mikail hanya mempergunakannya untuk mendapatkan Yuna, kawan baik Luna. Luna tetap mencintai Mikail. Bodoh? Ya, cinta menjadikan dia manusia bodoh.

 

Luna hanya memandang pasangan sejoli turun dari motor. Hatinya tidak lagi sesakit dulu. Dia boleh tersenyum pada bekas kawan baiknya. Bunga, di sebelah sudah menjengkelkan mata ke atas, annoying!


“Kenapa jugak luas luas tempat parking, dia parking depan kita? Sajalah tu nak sakitkan hati kau. Yuna pun tu satu. Dah tau kau suka Mika yang dia pergi sailang crush member tu apasal? Bajet alim tapi kepit kepit dengan lelaki. Puihh!” bebel Bunga. Marahnya mengalahkan Luna. Luna rileks saja. Siap ketawa lagi tengok celoteh Bunga.

“Hati manusia Allah yang pegang. Dah mereka saling jatuh cinta. Hati dan perasaan kita tak boleh paksa,”

“Tak boleh paksa tapi kita boleh kawal! Betul la orang bilang cinta itu buta. Entah apa yang korang berdua tengok dekat Mika tu pun aku tak taulah. Dahlah style macam pakcik pakcik dengan baju bunga bunganya. Ewww,”

 

Luna ketawa terbahak bahak dengar celoteh Bunga. Bunga cakap begitu baru Luna sedar. A’ah la style Mikail tu macam orang tua baya 40 an. Macam manalah dia boleh nampak Mikail tu lelaki paling hensem di muka bumi ini? Eh, tak boleh mengejek. Semua makhluk ciptaan Allah baik – baik. Menghina ciptaan-Nya sama seperti menghina Penciptanya.

 

“By the way, babe... you cut your hair?” panjang dia membebel baru dia sedar rambut baru Luna. Rambut yang dulunya paras pinggang kini tinggal separas bahu. Luna mengangguk sambil mengibaskan rambutnya, menunggu komen dari Bunga. 

“It suits on you,” puji Bunga. Bestfriend ni jarang puji, selalu menganjai saja. Kalau dorang puji tu hargailah sebab once in a blue moon orang bilang. “Thank you,” jawab Luna.

“Mesti Aaron makin tergila gilakan kau lepas ni,”

Mendengar nama Aaron, Luna diam. Dia tahu perasaan Aaron sejak dulu tapi dia sengaja buat buat tidak tahu. Dia tidak mahu  Aaron malu jika cintanya bertepuk sebelah tangan tapi Aaron pula yang menghebohkan perasaannya kepada kawan kawan lain. Manusia macam nilah. Bila ada yang suka dia, dia tidak suka. Dia suka orang yang tidak suka dia lepas tu galau sendiri. Manusia ni memang suka mengejar hal yang mustahil untuk dimiliki.

 

“Oh ya babe. Aku nak bagitahu kau something ni... Tapi nantilah,” Luna teringat akan e236. Dia mahu beritahu Bunga tentang makhluk yang dia temukan tu tapi ragu ragu jika akan membahayakan e236.

“Apa dia? Cakap jelah. Ya Allah, geramnya aku dengan cerita gantung ni. Nak bagitau, bagitau jelah. Kau tau tak ayat begini nilah yang bikin overthinking? Cakap nanti lepas tu lupa. Bila ungkit, Tanya balik terus tak jadi cerita. Malas aku,” Luna ketawa tengok wajah cemberut Bunga. Luna memegang tangan Bunga tanda memujuk.

“Nanti k nanti I cerita. Sekarang kita mesti masuk kelas dulu,”

“Promise?” Bunga membuat tanda pinky promise.

“You know I don’t like making promise, right?” Bunga menyerah. Tahu benar dia akan prinsip hidup Luna. Bagi Luna, janji itu berat sebab manusia akan diuji dengan janji janji yang dibuat. Dan Luna tidak suka pemungkir janji. Bagi Luna mereka itu hipokrit!

“But you gonna tell me, right?” Bunga mahu kepastian.

“If Allah wills”.


Makhluk terancam pupus? Terkejut Luna dengar cerita dari Bunga. Menurut Bunga, makhluk bulan adalah makhluk yang akan pupus. Semua itu Bunga tahu melalui pembacaannya di sequel buku “The last man on the Moon” yang ditulis oleh seorang author juga astronaut bernama Gene Cernan yang kemudian diteruskan oleh Donald A. Davis.


Buku itu menceritakan tentang perjalanan angkasawan bernama Eugune @ Gene Cernan di bulan. Sequel nya sempat ditulis oleh best selling author bernama Donald A. Davis sebelum beliau meninggal dunia. Dalam sequel menceritakan Eugene menemui Bulan mempunyai penghuni berdasarkan penemuan penemuan seperti tulang yang apabila ia bawa ke bumi dan diselidiki, tulang itu bukan milik manusia. Eugene juga sempat melihat beberapa kerosakan di bulan akibat teknologi buatan manusia yang mana ia author lihat boleh mengancam kehidupan penduduk bulan.

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything