The beginning of everything
Malam itu aku menerima pesanan whatsapp dari Fazli. Dia ajak untuk makan malam. Membaca mesej itu, aku sudah mengeluh berat. Walaupun aku tidak mengenalinya sangat tapi aku tahu dia seorang yang tegas. Dari riak wajah, pertuturan dan gerak geri menunjukkan ketegasan dan kepimpinannya. Pasti dia akan bertanya hal bisnes padaku. Pada awalnya aku cuma ingin mendapatkan keuntungan dari modal yang aku berikan. Kerana atas dasarnya bisnes adalah seperti itu. Kita beri modal dan peniaga akan gunakan modal kita lalu salurkan keuntungan kepada para pemodal mengikut ketetapan yang dipersetujui, itu pemahamanku tentang bisnes. Apabila kita bekerja dalam sebuah syarikat dan membantu membangunkan syarikat, kita bukan lagi pemegang saham tapi pekerja. Dan aku sudah bekerja. Mengapa aku perlu bekerja lagi?
Aku mempersiapkan diri. Segala fikiran negatif aku ketepikan. Sangkaanku ini pertemuan bertiga. Aku, fazli dan dia. Tapi tenyata salah. Hanya ada fazli yang menunggu aku di parking kereta sambil merakam aku. Aku hanya menunjukkan wajah ceria, menyembunyikan rasa tidak selesa. Kami hanya keluar berdua dan sejujurnya aku tidak rasa aman sebab fazli sudah berumah tangga. Entah apa perasaan isterinya. Kerana aku dari keluarga poligami. Ibuku adalah isteri pertama. Jadi aku tahu sakitnya dikhianati. Dan aku tahu benar cemburu seorang wanita kerana aku juga perempuan. Walaupun atas dasar bisnes tapi berduaan dengan suami orang di tengah malam… aku tidak menyalahkan orang lain jika mereka menuduhku bukan bukan. Kesalahanku adalah aku tidak tahu berkata “tidak”.
Sangkaanku benar. Dia bertanya pasal bisnes dan aku mengungkapkan semua keraguanku padanya. Dia dengan segala falsafahnya berusaha meyakinkanku. Dia memaksaku mencari client dalam tempoh masa diberi.
Aku balik rumah dalam keadaan stress. Aku tertekan di tempat kerja, tertekan lagi dengan arahan fazli. Aku bahkan tiada masa bertemu kawan kawanku. Lagi lagi aku menangis. Housemate ku pun terasa dingin bagiku. Mungkin sebab aku selalu balik lewat malam, sangkaku. Dan aku berharap dia akan datang menyelamatkanku kerana aku teringat akan katanya, dia tidak ingin orang kepunyaannya diambil fazli. Tapi sepertinya dia membiarkan sahaja aku dengan fazli.
Pagi itu, fazli membawa aku berkursus. Seharusnya aku kerja pada hari itu tapi aku diberi izin untuk cuti. Aku terpaksa mengiyakan ajakan fazli kerana aku takut dengannya.
Kami masuk ke dewan mewah. Orang yang sangat ramai membuatkan aku gugup. Apatah lagi mereka tersarung dalam busana mewah berjenama dior gucci dan sebagainya serta hiasan menarik dari tiffany and co, dengan beg tangan beribu raban sementara aku? Aku hanya memakai baju tshirt casual sesuai tema. Aku tidak memakai make up, hanya secalit lipstick kerana fazli tiba lebih awal. Aku tidak suka buat orang menunggu. Mungkin kerana aku terbiasa dididik untuk bersiap cepat sebab keluargaku bukan jenis penyabar.
Tidak lama kemudian aku melihat dia berbaju kemeja hitam bersama wanita di belakangnya yang berpakaian serba hitam juga. Dah macam upacara pengebumian, fikirku. Perempuan itu sangat cantik, putih dan kurus. Dia juga terlihat baik. Bahkan dia yang menyapaku terlebih dahulu. Tapi dia bukan memperkenalkan diri malah sapaan pertama yang keluar dari mulutnya adalah tentang pekerjaanku.
“He always talked about you,” ujar perempuan yang memperkenalkan diri sebagai tiara.
Tiara, aku ingat nama itu. Nama yang dia selalu ceritakan padaku. Perempuan yang tergila gila padanya yang juga rakan bisnesnya. Perempuan yang kerap kali mengajaknya untuk berkahwin kerana ingin lari dari masalah keluarga. Perempuan yang sangat berbeza denganku. Aku yang sangat menjaga batasku sedang perempuan itu sering mengajaknya keluar bahkan sampai 3pagi. Perempuan yang sangat buruk kelakuannya. Perempuan yang memintanya untuk berpelukan mesra seperti pasangan yang lain sedang aku, aku wanita yang mandiri di matanya. Wanita yang menjaga batas pergaulan. Wanita yang penuh dengan boundaries.
“Dia juga selalu cerita pasal awak,” kataku.
Dia mendekatiku. “Kenapa tak balas mesej?”tanyanya.
Kening aku berkerut dek tidak faham akan soalan yang diajukan. Aku melihat pandangan tajam tiara padanya. Aku teringat akan ceritanya, tiara pernah bertumbuk dengan bisnes partner Linda kerana bisnes partner linda selalu mencuri pandang padanya. Aku tidak mahu ditumbuk di keramaian ini. Dan aku tidak akan mungkin merendahkan martabat aku sebagai wanita dengan bergaduh hanya gara gara seorang lelaki yang mesra dengan semua wanita. Aku menjauhkan diri darinya dan beralih ke sebelah linda memandangkan linda sahaja yang aku kenal di meja itu.
Aku mengambil makananku sendirian sementara yang lain bersama rakan rakan mereka. Aku merasa sunyi dalam keramaian. Aku melihat ke meja makan kak bella. Mereka terlihat bahagia sekali bersama rakan rakan. Aku teringat akan rakan baikku. Bodohnya aku tidak mendengar mereka. Hidupku berubah 360’ disebabkan lelaki ini. Aku banyak kehilangan sejak bertemu dengannya. Jika Cinderella kehilangan kasut kacanya, aku kehilangan lagi banyak benda berharga. Aku kehilangan kawan baikku, masaku, akal sihatku, duitku dan paling berharga, aku kehilangan kepercayaanku. Ternyata realiti kehidupan tidak sama dengan fantasi dongeng yang selalu ku baca ketika masa kecilku. Di mana perempuan biasa yang baik hati, suka membantu dan sabar dalam ujian hidupnya di hujung cerita akan bertemu kebahagiaan. Yang aku dapatkan malah hal yang bertentangan.
Mengapa dalam banyaknya pilihan yang ada, mengapa kita selalu memilih pilihan yang tidak menepati? Yang membuahkan penyesalan di hujung cerita? Aku menyesal menolak lamaran kawan masa kecilku. Dia terlihat bahagia dengan hidupnya. Mungkin kalau aku mengahwininya suatu masa dahulu, aku tidak akan disakiti berkali kali oleh orang yang berbeza.
Ya, aku pernah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang yang sudah mempunyai kekasih tanpa pengetahuanku. Dia membuat aku jatuh cinta dengan perhatiannya padaku. Lelaki yang membuatku belajar melukis kerana dia menyukai lukisan dan menaikkan semangatku menulis buku kerana dia suka membaca. Dan di akhirnya aku mengetahui dia sudah bercinta 4tahun lamanya sedang wanita itu sangat cantik dan berkelas. Hairan bagaimana dia boleh mengatakan sayang padaku sedang dia sudah berpunya. Ternyata lelaki semua sama sahaja.
Aku melihat dia memotongkan daging untuk tiara. Firasatku benar, baiknya untuk semua. Bukan untukku saja. Bagaimana dia tidak merasa istimewa jika perlakuanmu seperti ini? Lantas kau menuduhnya gila?! Kau katakan kau tidak ingin milikmu menjadi kepunyaan fazli tapi kau membiarkan aku bersamanya? Bukankah aku pernah nyatakan padamu aku tidak selesa dengannya? Inikah yang kau katakan perempuan gila dan kau tidak menyukainya sedang perhatianmu padanya lebih dariku?
Air mataku menetes membasahi makananku. Aku mengambil tisu mengelap air mata yang tidak dapat ku bendung lagi. Fazli tergamam lalu memujukku dengan sedikit candaan. Aku melihat dia ketawa kecil.
“Tertawalah. Akan aku lakukan sesuai keinginanmu!” Azamku di hari itu.
- the end ?
Comments
Post a Comment