Lampu Merah
Selalunya ketika lampu kuning menyala, kita boleh agak warna lampu mana yang akan menyala seterusnya. Sama ada merah atau hijau, berhenti atau mulakan. Namun dalam hidup yang penuh dengan kejutan, kita tidak akan menyangka warna apa seterusnya. Begitu juga dengan manusia. Ada hari kau merasa istimewa, namun dalam sekelip mata dia berubah. Lalu kau pun bertanya, ke mana perginya dia yang kau kenal sebelum ini? Apa ada kekuranganmu yang harus kau ubah? Apa dari caramu tertawa lepas? Atau marahmu yang mula kau tunjukkan? Atau ceritamu yang sudah membosankan baginya? Dan kau terus bertanya tanya. Tanpa menyuarakan, kau pilih untuk bertanya sendirian.
Aku mendengar tombol lampu isyarat ditekan berkali kali. Lamunanku terhenti. Fokusku ke arah makcik rambut kerinting menyandang beg 99speedmart yang menekan tombol lampu isyarat bagaikan lampu tu boleh bertukar warna jika ditekan banyak kali.
Seketika aku tersedar, aku telah terlepas lampu merah! isyarat hijau untuk pejalan kaki telah tiada. Kini, lampu hijau semula, memberi laluan kepada pemandu jalan raya untuk meneruskan semula perjalanan mereka.
“Kimbet!” Aku menyumpah dalam bahasa ciptaanku sendiri. Aku menggunakan bahasa itu untuk mengeluarkan marahku dengan cara yang tidak biadap.
Terpaksalah aku menunggu lampu isyarat untuk pemandu jalan raya bertukar merah semula. Aku mencari kelibat gadis cantik berbaju hitam yang menarik perhatianku sebentar tadi. Barangkali kami telah berpapasan tanpa aku sedari.
Sudah banyak tanda dari dia yang mungkin redflag bagi aku. Dia yang selalu menjemput kawannya secara tiba tiba ketika pertemuan kami, sifat mesra alamnya bersama kawan kawan perempuannya dan caranya memberi ruang ketika kami ada krisis berbanding cuba berkomunikasi, dia pilih untuk berdiam diri. Tapi siapa aku untuk marah marah sedangkan kami hanya kawan sahaja?
Sudah agak lama kami tidak berhubung. Dari dia yang selalu bertanya aktivitiku kini jadi orang paling sepi. Dia sibuk mencari client sana dan sini. Mungkin benar kata kawan kawanku, dia sekadar mempergunakanku untuk kepentingan bisnes. Entah berapa komisyen dia dapat setelah aku sertai company. Sejujurnya, aku pilih untuk join bukan kerana dia tapi kerana pada presentasi mereka berkaitan company, aku melihat benefits yang akan aku dapat dari company. Aku tidak bermimpi untuk menjadi kaya, cukup menunaikan impian keluarga. Kerana sejujurnya duit gajiku hanya cukup menampung keperluan keluargaku dan hidupku sehari hari. Aku tidak terlahir dalam hidup yang serba ada. Makanya aku mengambil tindakan berani untuk mencapai impian mereka. Namun ketika kepercayaanku padanya berkurang, automatik aku mula ragu akan apa yang diperkenalkan olehnya.
Konsentrasiku dalam pekerjaan mulai terganggu. Aku menangis sehari hari mengenangkan nasib. Aku memberanikan diri menghubunginya ajak berjumpa dan menyuarakan kebimbanganku. Tahu tak apa jawapannya?
“Sebab tu saya suka dengan golongan cikgu. Mereka positif dan tahu matlamat mereka” bukannya menenangkan, dia malah menyakiti perasaanku.
Pulang rumah aku memikirkan semula tindakanku. Mungkin benar aku terlalu negatif. Mana mungkin dia berusaha sekeras itu jika semua ini sia sia. Dia pasti ada tujuan dan impian yang hendak dia capai. Aku teringat kata katanya yang dia ingin menikah jika cukup semuanya. Cuma bukan dalam masa sekarang kerana dia belum stabil. Pasti dia pun sepertiku, yang berusaha untuk memperbaiki masa depan walaupun mungkin hidupnya lebih mudah berbanding hidupku. Dan aku juga terfikir tentang Linda, Bella dan Fazli, mereka juga bersama impian masing masing. Aku menarik nafas panjang dan mula mengetik pesanan padanya.
“I’m sorry for what i said just now”
“Eh takdelah. Kita kan berbincang. Takyah cakap sorry. You bukan ada salah papepun. Percayalah, i cuma nak tolong you”
Tolong? Aku ni terlihat menyedihkan sangat ke sampai perlu pertolongan? I don’t need help and I don’t need man. Sejauh inipun aku berusaha sendirian.
- to be continued
Comments
Post a Comment