Fireworks
“Sebenarnya i ada masalah trust issue,”luahku padanya.
“So do you trust me now?”
Aku memberi isyarat cubitan. “Siiikit”
Dia tertawa kecil. “Okaylah. Daripada sebelum ni kan, you asyik tolak je ajakan i,”
“Sebab i tak kenal you!”
“Sekarang kenal dah?”
Aku antara mengangguk dan menggeleng. Yang aku tahu dia memang baik berbanding first impression aku. Aku kemudian memberi isyarat cubitan sekali lagi. Dia hanya tertawa kecil.
“Thank you for today” ujarku.
“You’re most welcome,” jawabnya sambil tersenyum.
Malam tu rasa macam tak nak je keluar dari kereta tu. Kebiasaan sebelum balik rumah, kami akan berbual di kereta untuk bertukar idea. Senyaman itu aku dengannya hingga tiada rasa asing. Mungkin pekerjaannya, sedikit sebanyak mempengaruhi cara dia berkomunikasi. Dia kerja apa? Aku akan tahu. Kita akan tahu.
Jemputan ke Pesta Malam Akhir Tahun, sedikit sebanyak membuat aku berdebar. Aku bukan jenis sosial jadi pesta seperti itu tentunya asing buat aku. Aku bahkan tidak pernah menyambut akhir tahun bersama keluargaku. Biasanya aku menghabiskan masa malam akhir tahun dengan menonton variety show kegemaranku atau melihat acara akhir tahun kpop star melalui telefon bimbitku.
Aku menyelesaikan kerja secepat mungkin agar dapat pulang segera. Namun takdir tidak menyebelahi aku. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan hingga buat aku tergamam, pesakit aku tiba tiba desat, cpr dan malangnya tidak dapat diselamatkan. Tidak pernah aku menangis kerana orang lain tapi hari itu aku menangis. Rasa bersalah menyelubungiku. Apakah kerana skill life saving ku masih kurang? Waktu itu terlalu huru hara dan aku tidak dapat mengawal anxiety ku. Keluarga pesakit menerima kepergian beliau dengan redha. Tapi mengapa sukar buat aku?
Aku tidak sempat memilih baju terbaikku. Aku hanya menyarung apa yang ku rasa sesuai untuk malam itu. Pakaianku langsung tidak mengikuti tema pesta. Solekan juga terlihat kusam. Mata aku masih sembab menangisi kepergian pesakitku.
Dia datang menjemputku lebih awal. Aku makin kelam kabut. Menyarung sahaja kasut yang ada depan mata. Nasib baik kasut itu tidak tercabut. Aku masuk ke dalam keretanya melihat dia masih mengikat tali kasut demi mengikuti tema katanya. Aku meminta sebelah kasutnya dan membantunya mengikat tali kasut itu. Setelah selesai, kami pun bertolak dan tiba beberapa minit sebelum pesta bermula. Namun pesta mula lambat. Dia bahkan sempat merapikan bajunya. Aku sempat membantunya menata rias dirinya. Dia kerap kali minta izin ke tandas bersama sisirnya. Mengalahkan aku sebagai wanita. Aku mengetawakan saja tingkahnya.
Bahkan sebelum bunga api dinyalakan juga dia ke tandas lagi. Terpaksalah aku menunggu memandangkan dia sahaja yang paling aku kenal di pesta itu. Dia datang bersama sisirnya.
“Jom!”katanya.
“3,2,1!!!” Jerit semua pengunjung membuat countdown tahun baru. Dan bunga api pun menyala. Ini pertama kali aku melihat bunga api depan mata. Aku mendengar bisikan orang orang di belakang kami.
“Bestnyalah budak sekarang, dapat tengok bunga api dengan awek!”
Merinding bulu romaku mendengar kata kata itu. Entah pujian atau perli. Kami tiada apa apa hubungan. Hanya friends with benefits. Benefit aku dapat join company, dan benefit dia? Kita akan tahu.
Aku melihat dia berbicara dengan beberapa wanita. Mungkin pasal kerja, fikirku. Namun hatiku sedikit sedih kerana aku dibiarkan seorang diri di tengah keramaian itu. Seorang wanita menghampiriku. Dia memperkenalkan diri sebagai Linda. Linda bercerita tentang bagaimana dia turut serta dalam company dan advantage yang dia dapat dalam company. Aku tidak dapat menangkap maksudnya dengan jelas. Tapi hatiku agak sedikit gusar. Bukan sebab dia, tapi entahlah. Seperti ada sesuatu yang belum lepas. Mungkin juga sebab aku baru sahaja kematian pesakitku.
Lelaki yang ku temui masa bowling tempoh hari mendekatiku. Dia bertanya tentang bagaimana pekerjaanku. Dia kerap bersama kami kebelakangan itu. Dan jujur, aku sedikit tidak selesa dengannya. Namun berkatnya aku dapat meluahkan rasa sedihku terhadap kematian pesakitku. Tidak lama kemudian dia mengumpulkan beberapa orang kemudian memperkenalkan diri sebagai Fazli dan menyatakan kami semua adalah team. Termasuk dia, dan perempuan yang berbicara dengannya. Tidak lama kemudian, Fazli mengajak untuk semua bergambar. Dia memanggilku untuk berdiri di sebelahnya namun aku menolak dan memilih untuk berdiri di barisan para wanita. Fazli mengajak untuk makan malam namun seperti tidak mengajak. Apakah kalian faham maksudku?
“Jom malam ni kita makan makan jap sebelum balik. Tapi kalau hang rasa nak balik awal pun boleh saja. Mesti penatkan baru balik dari kerja?”
Aku mengangguk lemah. “Saya nak balik” kataku.
Fazli memanggilnya dan mengarahkan untuk menghantar aku pulang.
Jauh kami berjalan baru perasan kunci kereta tiada. Ternyata kunci kereta dalam begnya yang dia beri padaku. Aku cuba mengingat semula. Memang sebelum dia berbual dengan rakan rakan wanita satu team tu, dia ada bagi aku suruh pegang. Dan aku letak dekat dinding ketika aktiviti bergambar.
“Alamak! I tertinggal beg tu!”
“Takpe, you tunggu sini. I gi ambik. Tunggu sini tau!” Ujarnya lalu berlari.
“Eh tapi…” dia bukan tahu aku letak beg tu dekat mana.
Dia kembali dengan nafas tercungap cungap.
“You tak apa apa ke?” Bukannya aku yang bertanya tapi dia.
“I okay je” jawabku.
“I risau you seorang seorang kat sini. Nahh!” Katanya tercungap cungap sambil menghulurkan beg itu padaku.
“I tak pandai drive” kataku.
“Tak. I nak suruh you masuk kereta je,” katanya. Masih tercungap cungap. Melihat keadaannya seperti itu, aku sedikit rasa bersalah.
Aku membuka kunci kereta dan masuk kereta. Dia datang membuka bonet lalu menukar bajunya dengan baju kesukaannya. Baju hitam ketat yang menampakkan bicepnya. Itu memang baju yang selalu ia pakai. Mungkin baju itu memberi kepercayaan diri untuknya, siapa tahu.
Agak lambat dari sebelumnya. Pukul 2pagi aku tiba di rumah ketika semua housemate telah tidur. Aku cuba melangkah dengan perlahan agar tidak mengejutkan mereka. Rasa bersalah kerana lambat balik. Aku menerima pesanan whatsapp. “Thank you for coming” - spy.
Aku tersenyum. Seketika ingatanku tentang kematian pesakitku reda seketika. Aku membuka goodies pesta itu. Namun yang melingkar di pergelangan tanganku paling mempersona. Lightstick glow in the dark yang dia patahkan dan buat lingkaran di pergelangan tanganku dengan berhati hati. Dia bahkan menggunakan tisu agar tidak bersentuhan denganku. Begitu dia menjagaku dari ternodai walau sekadar geseran kulit.
To be continued
Comments
Post a Comment