Friends with benefits
Men are trash. That’s what i always believe. But he’s different. He’s boring at first, but his gentleman is on NEXT LEVEL kyaaaa~ aku memuat naik petikan itu ke twitter.
Entah apa yang buatkan aku rasa macam tu. Apa dari cara dia mengangkat barang barangku tanpa diminta, atau cara dia menegurku untuk menutup auratku yang sedikit terdedah, atau cara dia menjauhi wanita kerana aku bersamanya? Entahlah. Mungkin juga semua jawapan di atas adalah jawapannya. Satu hal yang pasti, tidak semua lelaki yang berbuat baik denganmu itu menyukaimu. Boleh jadi mereka dididik untuk menjadi baik oleh orang tuanya. Baiknya untuk semua, bukan untukmu saja. Jadi berhenti membuat kesimpulan jika tidak ingin berakhir tanpa memula. Aku teringat akan quotes kdrama, “mungkin dunia banyak sekali orang jahat hingga kita menyalah ertikan kebaikan dengan rasa suka”. Watch out! Hanya kerana lampu kuning telah menyala tidak bermakna sudah tidak ada bahaya.
Ya, aku sudah cukup berhati hati hinggalah ia perkenalkan aku dengan kawan kawannya.
First red flag 🚩
Aku sangka kami hanya keluar berdua. Dia janji ajak makan sekejap sahaja kemudian balik. Tapi nyatanya tidak. Dia ajak main bowling. Kononnya, ia telah berjanji dengan rakan rakannya. Masa tu, rasa nak balik je. Tak, bukan aku nak berdua dengan dia sahaja. Cuma bagi aku, tidak sopan untuk kau keluar berdua lepas tu ajak kawan. Aku ni dahlah jenis introvert.
Sangkaanku rakan rakannya semua lelaki macam dalam drama drama mafia, ternyata tidak. Bahkan lebih ramai kawannya wanita dan lebih berusia. Hanya seorang saja lelaki tapi dia pun tidak menggangguku jadi aku sedikit aman. Apalagi mereka juga jenis menjaga sembahyang. Sekali lagi sangkaanku salah.
Dia menyuruh aku tunggu di kerusi bowling. Tidak lama kemudian dia datang membawakan kasut bowling lalu menyarungkannya di kakiku. Aku menarik kasut bowling dari tangannya.
“Takpe. I boleh pakai sendiri,” dia tertawa kecil melihat kelakuanku.
Jantung rasa nak pecah. Gugup sebab tak pernah lagi aku main benda alah tu. Jangankan bowling, bulu tangkis badminton aku tak pernah sentuh. Aku bukan sejenis atletik. Bila tiba giliranku, aku memilih bola bowling yang paling ringan. Mak ai! Semua berat! Takut je jatuh tergolek bersama bola bowling tu.
Entah dia datang dari arah mana membawakan bola bowling warna pink untukku. Katanya bola tu yang paling ringan, tetap sahaja untuk manusia selembik aku, bola tu berat. Berkat ‘bola ringan’ tu aku berjaya dapatkan strike dua kali. Ia satu kebangaan bagiku. Apalagi bila mereka berikan dorongan dan semangat. Hilang rasa maluku seketika.
Selesai bowling, mereka solat lalu shopping. Shopping pula bukan benda murah, mahal. Aku rasa nak balik je. Ini bukan circle aku. Sewaktu makan, mereka bertanya padaku soalan yang sama dia tanyakan padaku buatku rasa sedikit tidak selesa. Sekali lagi ia terlalu personal bagiku. Mahu saja aku meminta mereka untuk berhenti bertanya tapi demi menjaga air mukanya aku jawab sahaja. Tapi tidak semua jawapanku adalah benar. Aku memalsukan beberapa fakta.
Fikirku, kami akan pulang setelah makan seperti janjinya tapi tidak! Dia memungkiri janjinya untuk kali kedua. Tapi kali ini aku faham kerana aku pun tidak dapat menolak ajakan kakak kakak yang bersama kami untuk karaoke bersama. Ruang karaoke pun dah book. Aku hanya mampu menurut saja. Nasib baik aku cuti keesokan harinya tapi aku tipu mengatakan aku bekerja kerana aku tidak suka me-time ku diganggu.
Kerana hujan sedikit renyai, aku sedikit gusar. Khawatir jika make up ku akan luntur. Bukan tidak confident dengan wajah sendiri bahkan setiap haripun aku tidak mengenakan makeup. Cuma aku sedikit insecure kerana mereka melihat wajahku dengan makeup. Tanpa makeup wajahku terlihat pucat seperti orang sakit. Seperti mengerti dengan keadaanku, dia menyuruhku agar tetap berada di lobi dan tidak ke mana mana. Dia mereda hujan dan berlari menuju keretanya. Tidak lama kemudian dia datang bersama keretanya lalu menjemputku naik.
Kami berbual bual sepanjang jalan. Cerita kami tertumpuh pada perbandingan kereta Mercedes dengan Myvi. Bagiku kereta sama saja, fungsinya untuk naik, dan sampai ke tempat tujuan. Tapi baginya, kereta berbeza sesuai fungsi. Ada sebab mengapa Mercedes dijual dengan harga mahal. Salah satunya untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Bagiku sama sahaja, cepat atau lambat, di jalan raya, tetap saja hadap jammed. Lainlah kalau mercedes boleh terbang.
“You… you kerja kat sini permanent dah kan? Maksudnya you tak akan pindah ke mana mana?”
“I memang permanent. Tapi kalau ada peluang, i akan pindah ke tempat tanah tumpahnya darahku,”
“Kalau you pindah, macam mana… dengan i?” Katanya sedikit bergumam sambil melihat ke luar cermin kereta. Pendengaranku tidak berapa jelas.
“Macam mana apa?!” Tanyaku sedikit keras.
“Takdelah. Kita nak sampai dah ni. I turunkan you dulu sementara i cari parking,”
Kami tiba di pusat karaoke sedikit lewat. Dia meminta izin keluar seketika. Mereka mengajakku untuk menyanyi. Katanya, suara orang sabah merdu merdu. Tahukah mereka jika 99.99% orang sabah pandai menyanyi, maka 0.01% adalah aku. Aku mengeluarkan suara emasku setelah didesak oleh mereka. Hairannya, mereka menyukai suaraku yang sangat dibenci oleh rakan rakan sekelasku dahulu HAHAHA.
Setelah itu dia masuk dan nyanyikan lagu. Suaranya mengejutkanku kerana persis katak tersedak lalat. Aku cuba menahan ketawa. Meskipun begitu, lirik lagu yang dinyanyikannya buatku sedikit teruja. Aku melihat ke arahnya setelah selesai menyanyikan lagu itu, dia terlihat begitu menghayati lagu tersebut. Mungkin lagu itu dari kisah silamnya, fikirku.
Aku menyalakan telefon untuk melihat jam. 11.30malam. Lagi 30minit masa aku dah habis. Mereka masih rancak bercerita. Aku melihat dia di hadapanku berharap dia faham akan pandangan itu. Tapi dia malah meminta izin ke tandas. Aku mendengus perlahan. Cuba memaksa senyum. Kakak di hadapanku masih rancak membawaku bercerita. Aku hanya tersengih bagai kerang busuk. Menahan rasa canggung, geram dan gelisah.
“Macam mana korang kenal?” Tanya kakak yang memperkenalkan diri sebagai Bella.
“Hm…jumpa dia kat jalan. Masa tu dia minta tolong call ayah dia. Tu je,” jawabku ringkas.
“Awak dah ada boyfriend?” Tanya kak Bella lagi sambil senyum senyum.
‘Apa punya soalanlah?’ Tapi jujur, jantungku sedikit berdebar ditanya soalan seperti itu sejurus selepas dia berlalu pergi. Takkan dia yang suruh tanyakan. Tak gentleman langsung!
“Ada!” Bohongku. Sengaja aku berbohong agar aku tidak dikenankan dengannya. Aku menganggapnya hanya kawan. Kawan untuk aku isi kebosanan. Walaupun dia membosankan tapi sejauh ini, dia lelaki yang buat aku rasa selamat. Dan aku pasti dia pun ada sebab mengapa dia berkeras ajak aku keluar walau telah ku tolak berkali kali. Walaupun aku belum tahu sebab apa. Pasti ada!
“Kerja apa?”dia cuba bertanya lagi.
Aduhhh! Macam mana nak goreng ni? Tiba tiba aku teringat kawan sekolah yang aku tolak 4tahun lalu. Ya, aku memang pakar dalam menolak orang. Aku tidak pernah bercinta dan jatuh cinta adalah hal yang sulit bagi aku. Kerana bagiku, kemuncak kebodohan adalah ketika aku jatuh cinta.
“Polis,” jawabku. Itu yang diberitahu ibunya padaku. Sebenarnya perjodohan kami diatur ibunya. Ibunya suka padaku kerana kelebihan yang dia lihat padaku. Aku juga suka dengan dia dan ibunya kerana mereka baik dengan keluargaku tapi tidak pernah mengimpikan untuk berada dalam keluarga mereka.
“Ohh. Kerja kat mana?” Dia bertanya lagi. Aku rasa nak meletup dah. Tapi disebabkan rasa hormat kepada seorang kakak, aku jawab dengan tenang.
“Johor” hanya itu yang aku tahu.
“Berapa lama dah korang bercinta?”
Aku pura pura mengira. “4tahun”
“Lamanya. Bila nak kawin?”
“Lamberttttt lagi,” kali ini jujur. Memang lambertt lagi aku nak kawin. Bercinta pun aku tak terfikir. Inikan kahwin? trauma terbesar dalam hidup aku.
“Tau tak akak ada kawan, nama dia aira. Aira bercinta dengan boyfriend dia 9tahun tup tup boyfriend dia kawin dengan orang lain. Sampaikan kitorang gelar dia ni, loan kereta,”
‘Habis tu nak suruh aku break ke macam mana ni? Masalahnya start pun belum lagi ni’ nak je aku ketawa mengekek tapi nanti kang dilabelnya aku orang gila.
Perbualan tentang dua benda yang aku alergic “boyfriend” dan “kawin” terhenti bila dia datang. Fuhhh!! Aku menghela nafas lega. Kalau lama lagi, boleh hangus gorengan aku dengan soalan soalan kak bella.
- to be continued
Comments
Post a Comment