One Night Cinderella
Lampu merah menyala, memaksa aku untuk berhenti. Aku menyeret kaki. Sesekali keluhku ku lafazkan. Mujur saja tiada orang di kiri dan kananku. Jika tidak pasti mereka pun mendengarnya. Mataku menuju ke hadapan. Menunggu lampu bertukar warna. Seketika, mataku tertumpuh pada sosok yang bejalan kaki di seberang jalan. Ia berhenti tepat di hadapanku. Cantik, bisik hatiku. Dengan baju turtle neck bewarna hitam dipadankan dengan seluar jeans biru pudar, di kakinya tersarung sandal tumit rata sementara bahunya menyandang beg tangan hitam jenama charles and keith. Simple, tapi cukup buat aku terpesona.
Mungkin perhatianku lebih tertumpuh padanya berbanding orang orang di sekeliling disebabkan kenangan yang membawaku ke masa lalu. Persis seperti itu. Masih terakam jelas di kepalaku betapa gembiranya aku di hari itu. Pakaian hitam dengan jeans biru pudar aku kenakan bersama selipar rata yang aku beli dari shopee. Dengan memakai make up tipis untuk menambah keyakinanku, aku beranikan diri untuk bertemu dengannya. Hujan lebat ketika itu. Hampir saja aku membatalkan ‘temu janji’ pertama kami kerana khawatirkan make up ku akan pudar dan aku akan basah. Aku sengaja menyuruhnya mengambilku jauh dari rumahku kerana masih ragu ragu. Sanggup dia menunggu lama hingga hujan berhenti. Aku menerima pesanan whatsapp,
“Hujan dah stop”
“Okay, I turun sekarang,” balasku.
Aku bergegas menuju ke tempat yang aku ‘pin’kan. Aku mencari kereta bewarna hitam namun tidak kelihatan. Aku menghantar pesanan whatsapp, “mana satu kereta you?”
“Sini, depan you,” balasnya. Tak lama kemudian dia membunyikan hon kereta.
“Bukan…” aku menepis fikiranku. Aku menuju ke kereta bewarna merah itu. Dia keluar dan membuka pintu. Aku duduk di sebelahnya dengan takut takut. Ini kerja gila! Bisik hatiku. Bayangkan aku duduk berduaan dengan lelaki yang aku tidak kenal. For the very first time in my life. Dia minta izin keluar tukar kasut. Aku pun macam, keluar je lah, takyah nak minta izin bagai. Jangan jangan dia nak ambik ‘sesuatu’. Cepat cepat aku membuang perasaan itu. Aku menarik dan menghembus nafasku. Senaman pernafasan pula dalam kereta ni.
Tak lama kemudian dia masuk.
“You okay ke?” Aku mengangguk cepat.
“You takut dengan i ke?” Aku menggeleng cepat cepat. Aku tidak mahu musuh mencium bau ketakutan kerana itu akan membuat mereka mendominan!
“Habis tu kenapa you macam kekok je? You sejuk ke? I tutup aircond dekat you,”
“Takpe takpe. I okay je,”
“Sure?” Aku angguk cepat cepat sambil badanku menggigil seperti digoncang. Dia tertawa kecil lalu mematikan aircond.
“Perempuan ni complicated kan? Kalau orang tanya, jawablah dengan jujur. Tak perlu berbohong sebab pembohong akan menyusahkan diri sendiri,”
“Bila masa i berbohong?” Nada suaraku sedikit tinggi.
“Uish! Garangnya you ni. Takut i tau,” ujarnya sambil mengelus dada.
“Dah you cakap i pembohong”
“Eh tak… i tak cakap you bohong. I cakap pembohong menyusahkan diri sendiri”
“Ha tu! You cakap i ni pembohong la tu!”
“Tak…hmm takpe la. I kalah, you menang,”
Bila masa pulak aku berlawan dengan dia ni? Aku membuang pandangan jauh luar cermin kereta.
“Tengok mana tu? Tengoklah sini. Kesian abang cakap sorang sorang,”
Gatalnya mamat ni! Belum apa apa lagi dah berabang2. Abang kandung aku pun aku tak panggil abang. Takpe ni first and last aku jumpa dia. Aku mengutuknya dalam hati.
Dia membawa aku ke restoran arab. Keadaan sekeliling yang suram dengan wanita wanita arab menghembuskan asap dari mulut mereka membuatkan bulu romaku sedikit merinding. Tempat apa ni? Sebagai wanita kampung yang datang ke bandar semata mata demi kerja, this is very so-sial for me.
“You okay ke?” Tanyanya. Mungkin dia melihat reaksi jijik dari raut wajahku. “Okay je” bohongku.
“Betul ni?” Aku mengangguk pantas.
“Okay, jom!” Aku pun membontotinya dari belakang.
Sementara dia mencari meja, aku menjenguk ke sebuah meja. Seorang wanita berbadan chubby, berpakaian seksi dengan dress hitam sleeveless paras paha meminum air dari botol jenama barbican sambil bergelak tawa dengan seorang lelaki.
“Jom” dia mempelawa aku untuk duduk.
“You, i rasa i nak gi tempat lain. I tak selesa kat sini. Seram!” Kali ini aku tak mampu berbohong lagi.
“Err…” dia melihat wajah pelayan yang dia arahkan susah payah mencari meja untuk kami berdua. “Okay” sambungnya.
“Sorry sir. Tak jadi,” ucapnya pada pelayan lelaki itu lalu membawa aku keluar dari restoran itu.
Kami masuk semula ke dalam kereta. Diam sejenak.
“You… i rasa better you decide. I bawa je ke mana you nak pergi” dia mengangkat kening. Merenung tepat ke arahku yang duduk di sebelahnya. Aku tunduk bila anak mata kami bertembung. Otak ligat memikirkan tempat. Kosong.
“You la decide, i tak taulah. I kan baru lagi kat sini!”bentakku. Dia hanya ketawa kecil.
“Okay, you suka makan yang macam mana?” Tanyanya.
“Streetfood!” Jawabku.
“Okay kalau macam tu… kita gi night market area setapak. Sebab I tinggal kat sana. Bolehlah kita ke rumah i,” katanya.
Aku meneguk liur seketika. Rumah? What does he mean by rumah? Takcodtt.
“I mean jalan jalan kawasan sekitar rumah i,” mungkin dia perasan riak wajahku yang sudah berubah.
“Oh!” Jawabku pendek.
Kami ke pasar malam seperti yang dijanjikan. Dia meminta izin ke mesin ATM. Aku pun macam, dia ni memang suka minta izin ek? Pergi je lah.
“Kalau macam tu, i turun dulu booking tempat duduk”
“Eh takpe ke?”
“Apa yg takpe? Okay je. I booking tempat duduk sebab takut full. Nanti pape i roger in and out!”
“Okay”balasnya lemah.
Aku pun mencari tempat paling strategik menurutku. Jauh dari kerumunan manusia sebab sejujurnya aku tidak berapa suka tempat yang sesak, senang cakap aku tidak suka manusia lain. Tidak lama kemudian sekumpulan lelaki duduk di meja belakangku.
Phone berbunyi menandakan whatsapp masuk.
“You katne?” - spy. (Aku menyimpan kontak kenalan sebagai spy kerana dia seperti spy yang kerap bertanya hal peribadi aku buat aku jadi rimas. Selama ini aku dikenali dengan kawan yang misterius. Bahkan kawan rapat aku pun tidak mengenali latar belakangku. Aku tidak pernah menjemput sesiapa ke rumah tiap perayaan. Walaupun terkenal dengan personaliti happy go lucky tapi dari sisi lain, aku adalah dunia yang sepi).
Aku menghantar gambar sebagai petanda. “Kat sini”
Tak lama kemudian, lelaki berbaju hitam berdiri di hadapanku. “Hai” sapanya.
Aku mendongak. “Eh hai! Duduklah” aku mempersilakannya duduk setelah aku perasan dia lama berdiri.
Anak matanya melihat sekeliling. “I rasa tempat ni kurang sesuailah. Jom pindah tempat,”
“Ohh.. okay,” aku pun mengekorinya. Dia membawaku ke meja yang jauh dari sekumpulan lelaki tadi. Kami duduk di belakang sepasang suami isteri atau mungkin pasangan bercinta, aku kurang pasti. Mereka makan sambil bersuap.
Dia memulakan perbualan. Aku terus makan untuk mengelak situasi yang janggal antara kami berdua. Seperti biasa, dia bertanya hal peribadi seperti adik beradik berapa orang, anak ke berapa, mak ayah kerja apa, hobi masa lapang. Aku mencebik.
“Boleh tak tukar soalan. I boringlah jawab soalan yang sama dari you”
“Sorry” katanya. Suasana hening kembali. Dia menatapku lama membuatkan aku salah tingkah. Aku melemparkan pandangan ke tukang masak yang menggoreng dengan api atas kuali.
“You suka masak?”
“Taklah. I masak campak campak je” ujarku sambil tertawa kecil teringat akan makanan buatanku yang buatkan kawan sekolejku hampir masuk hospital mencubanya.
Wajahnya masih datar. Mungkin dia tidak faham lawakku.
“So masa lapang you memang tidur jelah?”
“Yup. Tapi you dah ganggu masa tidur i,”
“Sorrylah, i cuma nak balas budi you je,”
Aku tersenyum. Dalam fikiranku ligat berfikir, apalah yang besar sangat pertolongan aku sampai dia call hampir setiap hari nak balas budi. Aku cuma tolong dia call ayah dia je kot gara gara kereta dia rosak. Tu je. Tak tolong banyak pun. Aku teringat akan Ikmal, lelaki yang ku jumpa di tempat yang sama aku menjumpainya. Dia pun minta tolong hubungi abang dia sebab dia baru sampai KL. Tapi Ikmal, lepas ucap terima kasih, dia senyap dah. Tak whatsapp lagi. Mamat ni species lain sikit. Mesti ada something. Apakah ada kaitan dengan Ikmal? I will figure it out soon!
Balik dari pasar malam, dia bawa aku keliling bandar.
“Hantar i sebelum kul 12!” Itu permintaanku. Dan dia menepati permintaanku. Kami berbual sepanjang perjalanan pulang. Tiada lagi perasaan asing bagai kenal 7tahun lamanya. Aku melangkah keluar dari kereta dengan berat hati tapi waktu aku telah mencapai limit. Dia menghulur kebab padaku sebagai balasan aku membelanjanya air.
“Ambiklah, sedap!”
“Hmm… takpelah. Thank you for tonight” Ujarku.
“You are welcome. Lepas ni kita boleh jumpa lagi kan?”
“Tengoklah nanti, hihi” kataku lalu melambai ke arahnya. Perlahan lahan aku meninggalkan dia bersama kebabnya dan menuju ke rumah.
Tiba di rumah, semua dah gelap. Housemates aku pasti semua dah tidur. Aku membersihkan diri dengan hati yang riang. Aku memeriksa telefon. “Safe drive” aku ingin menghantar pesanan. Tidak pernah aku melakukan itu seumur hidupku. Rasa janggal. Aku memadam semula ketikanku.
Tidak lama kemudian bunyi pesanan masuk. Aku melihat skrin telefon semula.
“Sleep well. Till we meet again” - spy.
Pesanan itu membuat aku senyum hingga ke telinga. Namun tidak lama selepas itu, aku jadi sedih semula. Aku mencari nombor telefon yang aku block, semua nombor +62. Tiada pun missed called dari dia.
Malam itu, aku stalk akaun Instagramnya lagi. Dia terlihat bahagia tanpaku. Aku melihat ke ruangan komen, dia berbalas komen dengan kekasih hatinya dengan romantis sekali. Aku kemudian membuka Joox, menghadirkan mood dengan lagu. Lagu charlie puth “cheating on you” berputar.
‘Alah, kena pulak dengan situasi!’ Bisik hatiku. Aku menangis dengan deras malam itu tanpa diketahui oleh roommatesku yang lena dibuai mimpi.
Bezanya tangisan malam itu bukan lagi tentangnya tapi tentang rasa bersalah pada orang yang baru saja aku kenali. Ternyata, dia tak seburuk sangkaanku.
-to be continue-
Comments
Post a Comment