PUPUS page 7 of 12
Hope Not
Luna menadah
tangan ke langit, membiarkan titisan hujan menghempaskan diri ke tangan
mugilnya. ‘May dan sedikit hujannya,’ bisik hati Luna. It’s raining here. Jika
di negara lain pastinya mereka sedang menikmati musim bunga. Pasti bumi mereka dipenuhi bunga yang bermekaran indah. Sesekali bunga itu jatuh ditiup angin oh alangkah indahnya! Luna tidak dapat menikmati suasana itu di sini.
Meskipun begitu, Luna percaya Tuhan sangat adil dalam membuat aturan. Perbezaan
itulah yang memberi keunikan. Luna masih ingat lagi down nya Luna ketika dia
tidak menerima tawaran sambung belajar di oversea. Sungguh perancangan Allah
adalah yang terbaik. Jika dia di oversea ketika ini, pasti dia tidak akan
bertemu Rafael.
Luna memandang
Rafael di sebelah. Rafael menikmati rintik hujan yang membasahi tubuhnya.
Ringan mulut Luna bertanya tentang keadaan di bulan, apakah hujan juga
membasahi bulan? Namun Luna lebih menikmati suasana sunyi seperti ini bersama
Rafael. Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun Rafael berada di bumi. Rafael
sudah seperti manusia. Dia sudah belajar makan hasil bumi namun makanannya
hanya buah buahan dan daun daun. Singkat
tapi membekas, begitu Luna menyifatkan pertemuan mereka. Luna tidak mahu lagi membohongi diri. Dia harus
akui, dia sudah jatuh cinta pada makhluk itu. Dia tahu, jatuhnya kali ini akan membuatkan ia
hancur berderai tapi dia sudah tidak peduli. Harapannya agar Rafael terus ada
bersama, melewati hari – hari sepinya, merawat sendu lukanya dan membuatkan ia
terus tertawa. Selama dia ada, dia akan terus melindungi Rafael, itu janjinya.
Rafael memalingkan muka pada Luna yang dari tadi merenungnya. Mata mereka bertemu. Merah padam muka Luna kerana malu. Luna mengalihkan pandangan ke langit yang mula bersinar semula. Pelangi mula menampakkan dirinya. Luna menunjuk pelangi dengan jari telunjuk.
“See! The rainbow finally coming!” ujar Luna dengan girang bagaikan anak kecil.
“Estevera!” gumam Rafael dalam bahasa bulan lalu pandangan di alihkan ke pelangi yang ditunjuk Luna. “Estella!” gumam Rafael lagi.
“Kau cakap
dengan aku ke?” Rafael menggeleng. Mereka kembali menikmati keindahan warna –
warna pelangi yang menghiasi kanvas langit.
‘Kelak nanti pelangimu
telah sampai, ku harap kau takkan lupa payung
yang melindungimu ketika badai’, bisik hati Luna.
“I won’t,” Rafael tiba – tiba bersuara. Luna membulatkan mata. Rafael dengar suara hatinya? Rafael hanya tersenyum. Seketika, telinga tirus Rafael bergerak gerak. Begitu juga hidungnya.
“Someone’s here! But donno who is it,” bisik Rafael.
Rafael benar.
Luna mula merasakan bunyi tapak kaki. Bunyi itu semakin lama semakin kuat
menandakan ia kian dekat.
“Miss
Starlette!” mata Luna membulat. Badannya jadi kaku. Air liur seperti tersekat
di tenggorokan.
Comments
Post a Comment