PUPUS page 8 of 12
Happy Ending
Yang kita harapkan dari sebuah
perjalanan melelahkan adalah pengakhiran yang bahagia. Dan ketika kita merasa
sudah semakin sampai ke titik bahagia ternyata ia cuma permulaan. Nyatanya di
hadapan badai kehidupan yang lebih dahsyat sedang menanti. Menunggu masa untuk
membaham kita yang lalai.
Luna menghempaskan dirinya ke tanah.
Dia terduduk di atas himpunan daun daun
gugur yang basah dek hujan. Betulkah apa yang ia dengar tadi? Luna seperti
tidak percaya hingga dia menanyakan soalan yang sama berulang kali.
“Who are you? How did you get here?” wajah lelaki itu terlalu asing buat Luna. Bagaimana dia boleh mendaki bukit Purnama sedangkan tempat itu hanya boleh dimasuki oleh keluarga Mr. Starlette.
“I’m from NASA. I’ve searching for you all these while but it’s hard to reach you since I don’t have your number and I tried to dm you on instagram but you’ve been in hiatus so i-“ Luna mula menjengkelkan matanya. Terlalu panjang pula penjelasan lelaki berbangsa amerika itu. Lagipun dia tidak mahu lelaki itu berlama lama di bukit Purnama. Risau jika dia menemukan Rafael. Tambahan pula dia orang NASA, sudah pasti Rafael akan menjadi orang buruan mereka untuk projek ‘exploring’ mereka jika dia tahu kewujudan Rafael.
“ to the point,” potong Luna.
Lelaki itu mememekkan bibirnya, tidak
sangka gadis sekecil itu berani memperlekehkannya. “I’m sorry to say that your
dad, Dr. Starlette already passed away almost a year ago,”
Luna membulatkan matanya. “What?! Liar! What kind of nonsense you’re talking about?”
“It’s true, miss. The rocket he and his co-astronaut rode crushed on the moon and we found that all of them died,” Luna menggeleng kepalanya berkali –kali. dia tidak percaya akan apa yang didengarnya.
“No! you’re lying. Where is his dead body then?”
“The rocket exploded. We couldn’t find
their bodies,” jelas lelaki itu.
“NO! NOOO!!!” jerit Luna bagaikan orang gila.
“Daddy already… gone?” suaranya jadi perlahan. Luna mengharapkan ia hanya mimpi. Ia mahu bangun dari
mimpi ini. Tapi lelaki itu mengangguk. Ia bukan mimpi. Doctor Starlette benar
benar telah pergi. Dan pesanan yang Luna biarkan greytick masa hari jadinya
adalah pesanan terakhir dari daddy. Kalaulah dia tahu itu adalah hari terakhir
mereka dapat berhubung pasti dia akan bercakap dengannya lebih lama. Kalaulah dia boleh undur semula masa dia
tidak akan mengasingkan diri dari daddy.
Luna kini sedar, selama ini tiada
yang mengasingkannya. Dia yang mengasingkan diri sendiri sejak kematian arwah
mummy. Dia kurang peka terhadap sekeliling sedangkan bukan dia sahaja yang
sedih atas kehilangan mummy. Dan Luna tidak pernah sendiri. Dia mungkin
kehilangan mummy tapi dia ada bibik meskipun kasih ibu takkan terganti. Dia
mungkin kehilangan kawan baik iaitu Yuna tapi dia masih ada Bunga yang setia.
Sekurang kurangnya dia boleh membezakan mana kaca mana permata. Dan meskipun
hatinya dihancurkan oleh lelaki yang tak pernah mencintainya, namun dia masih
mempunyai hero yang sentiasa menyayanginya iaitu daddy. Dan kini, hero itu
telah pergi ketika dia baru belajar menghargai.
“Semua sudah terlambat Luna,” Luna
mengutuk dirinya sendiri.
“I’m sorry,” ujar lelaki dari NASA
lalu meninggalkan Luna. Dia berhenti seketika. Memandang sebatang pohon besar.
Lalu meneruskan langkahnya menuruni bukit Purnama.
Setelah lelaki asing itu pergi,
barulah Rafael keluar dari tempat persembunyiannya.
“Luna…” tangan Rafael meraih kepala Luna tapi tidak sampai. Luna berdiri. Seluarnya yang kotor dengan tanah yang dia duduki, dia abaikan.
“Aku mahu bersendirian,” ujar Luna
dan meninggalkan Rafael dalam keadaan dirinya yang tak terurus. Rafael hormat keinginan
Luna. Dia membiarkan Luna meninggalkannya.
Tanpa pengetahuan Luna, Rafael
mengekori Luna dari belakang. Risau sesuatu terjadi pada Luna. Sampailah di
kaki bukit, dia berhenti. Dia ingat pesan Luna, jangan keluar dari kawasan
bukit Purnama. Lagipula Luna pun sudah selamat menuruni bukit. Rafael hanya
mampu memandang Luna dari kejauhan sampai masuk ke dalam rumah. Rafael berhenti
di sebatang sungai di kaki bukit. Dia melihat pantulan dirinya di dalam sungai.
“Etaime es ezro,” Rafael menyentuh
dahinya. Tanda bulan mulai memudar dari dahinya. Dia kemudian melihat belakangnya.
Kedua sayapnya semakin membaik.
Comments
Post a Comment