PUPUS page 10 of 12 *bonus*
The end?
Akhirnya Luna dan kawan – kawan berjaya menamatkan pengajian
Degree mereka. Acara akhir Tahun pun diadakan bagi meraihkan kejayaan siswa dan
siswi. Tema Romeo dan Juliet dipilih untuk acara akhir tahun kali ini. Para
lepasan siswazah memakai topeng bermacam macam bentuk dan design.
Bunga memakai topeng bewarna biru dengan gaun biru hijau
dengan design corak rama rama seperti gaun model terkenal gigi hadid di met
gala. Sementara Luna mengenakan gaun tertutup lengan panjang bewarna putih ala diraja
dipadankan dengan mask putih menutupi
separuh wajahnya. Dengan rambut panjang ditoncang satu, Luna seakan akan
merasakan déjà vu.
“Shall we dance?” suara itu menghentikan perbualan Bunga dan
Luna.
Luna dan Bunga berpandangan. Kemudian pandangan mereka
dialihkan kepada lelaki yang menghulurkan tangannya. Aaron!
“Shall we…” anak mata Aaron jelas tertumpuh pada Bunga. “Me?”
soal Bunga pelik. Aaron mengangguk. Bunga memandang Luna. Luna hanya ketawa
kecil melihat tingkah Bunga. Luna tahu Bunga ada sedikit crush pada Aaron tapi
dipendam sebab Aaron dulu sukakan Luna dan mahu beri peluang pada Luna
sedangkan Luna tiada perasaan sedikit pun pada Aaron.
“Go ahead!” Luna menolak tubuh Bunga dengan perlahan.
Kedudukan Bunga dan Aaron saat ini sangat dekat hingga muka Bunga merah kerana
malu. Luna hanya mentertawakannya.
Luna tersenyum melihat para pasangan yang menari sakan. Yang paling
awkward pasangan Aaron-Bunga. Almaklumlah Bunga mana pernah menari hingga
berapa kali dia terpijak kaki Aaron. Berkali kali juga dia minta maaf tapi
Aaron hanya tersenyum menyembunyikan sakit. Kuasa cintalah katakan. Tahi
kambing pun rasa coklat! Yay!
Luna keluar dari keramaian itu dan memandang bulan di langit.
Luna memejamkan matanya. Alangkah indahnya jika Rafael ada ketika itu, fikir
Luna.
“Luna!” suara itu mengejutkannya. Suara yang sangat dia
rindukan. Luna membuka matanya.
“Rafael!” mahu saja dia menjerit kegirangan. Rafael muncul
berpakaian seperti dalam mimpinya malam itu.
“Kau nampak cantik sangat malam ni,” puji Rafael. “Estevera?”
ujar Luna. Luna tahu maksud Estevera adalah cantik berkat 3uphor14. “Estevera
et Estella,” balas Rafael. Cantik dan indah!
“Do you wanna fly to the moon with me?” pertanyaan Rafael
yang tiba tiba itu mengejutkan Luna. Fly? Luna tidak pernah terbang. Bahkan menaiki
kapal terbang pun dia belum pernah.
“Su-sure. But how?”
Rafael mendepakan tangan Luna lalu tangannya memegang kedua dua tangan Luna dan melebarkan
sayapnya. Kini mereka berdua terbang menuju bulan.
*
“…daddy?” kejutan demi kejutan Luna terima malam itu. Dia
terkejut melihat manusia yang dia temui di bulan. Lelaki umur 40 an itu berlari
menujunya lantas mendakap tubuh kecil Luna.
“Daddy miss u so much sayang,” dia mengelus rambut Luna dan
mengucupnya berkali kali.
“Daddy masih hidup?” daddy Luna mengangguk.
“Makhluk bulanlah yang menyelamatkan daddy dari kemalangan
itu. I destroyed their shelter yet they gave me home,” ujar Dr Starlette dalam
nada sedih.
“Alhamdulillah! All praises to Allah. Allah pinjamkan daddy
pada Luna lebih lama. I miss u too daddy. Miss u so much,” Luna memperkuat
pelukan.
“Tolong sampaikan kepada penduduk sini rasa terima kasih saya
sebab selamatkan daddy,” ujar Luna pada Rafael. Rafael mengangguk sambil
tersenyum.
“Tapi sekarang kita kena pergi. Masa sudah habis. Etaime es
ezro!” Rafael mendepakan tangan Luna.
“Daddy?”
“Daddy tidak boleh pergi buat masa sekarang,” jawab Dr.
Starlette.
“But why?” Dr. Starlette tidak menjawab soalan Luna. Rafael
pula sudah melebarkan sayapnya, menghantar Luna turun semula.
*
“Luna! Luna!” panggil Bunga. Cuba mengejutkan Luna yang
tertidur berbaring di taman luar dewan pesta. Luna bangun dari pembangunannya.
Dia membuka matanya perlahan lahan. Kelihatan Bunga dan Aaron yang memandangnya
hairan.
“Kenapa tidur sini?” Tanya Bunga.
‘aku cuma bermimipi? Mustahil! Kejadian tadi terlalu real aku
rasakan. Aku pasti aku tidak bermimpi dan aku juga yakin daddy masih hidup. Instinct
aku kuat daddy masih hidup,’ bisik hati Luna.
Dr. Albert menelaah buku ‘The Last Man on the Moon’ tulisan Dr.
Eugene Cernan. Dia pasti makhluk yang dia nampak di bukit Purnama beberapa
bulan lalu adalah makhluk bulan seperti yang diceritakan dalam buku tersebut. Tidak
mungkin itu hanya delusi mata. Dia lihat dengan jelas makhluk yang bersembunyi
di sebalik pohon besar itu. Dia semakin yakin apabila Luna berkeras melarangnya
memasuki bukit Purnama malam itu.
Malam itu, dr Albert kembali ke bukit
Purnama secara senyap. Rasa curious dengan benda yang dia nampak di sebalik
pokok siang tadi. Anjing menyalak sahut sahutan langsung tiak memberi peluang
pada Albert untuk melaksanakan misinya.
Suara pekikan anjing malam itu
meresahkan Luna. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia menghapuskan
kesedihannya dan menggapai 3uphor14. Jelas bahasa anjing mengatakan ada orang
luar yang mencerobohi bukit Purnama. Luna lantas berlari di tengah hujan menuju
bukit purnama dan menemukan lelaki NASA tadi di kaki bukit.
“what are you doing here?” Tanya Luna
kasar.
“I-I I just wanna look around,”
jawabnya tersekat sekat.
“This is my place. You’re not allowed
to be here. You go away or I call police!” ugut Luna.
“Alright. I-I’ll go. I’ll go,” ujar
lelaki NASA itu lalu melangkah pergi.
Dr Albert menghempas kuat pintu
kereta. Berani sungguh gadis sekecil itu mencabarnya. Tidak lama kemudian,
gerhana tiba tiba berlaku. Keadaan sekeliling jadi gelap. Dr Albert sempat
menyaksikan cahaya dari bukit Purnama. Cahaya itu kemudian naik ke atas.
Setelah itu gerhana hilang.
Dr. Albert menyapu
jambangnya. Anak matanya membara. Bibirnya mengungkap satu nama.
“LUNA STARLETTE!”
Comments
Post a Comment