PUPUS page 2 of 12

Patahnya sayap malam

Luna menutup pintu rumah dengan kuat. Nafasnya naik turun. Peluh menitis di seluruh wajah. Bibik bertanya soalan berkali – kali tapi tidak dijawab oleh Luna. Luna langsung tidak menyedari kehadiran bibik.

“Ahhhhhh!” jerit Luna setelah sedar bibik menenungnya. Masih terbawa –bawa ketakutan.

“Aaa! Aduh aduh aduh sayang aduh aduh jangan kau temberang. Eh!” melatah pulak bibik ni. Luna terkekek dengar bibik melatah. Adrenaline Luna mula mencapai negative feedback.

“Aduh! Ada apa aja Luna? Kamu kenapa? Ke mana saja kamu malam –malam begini. Gak takut diculik pocong?” soal bibik bertubi – tubi. Bibik sudah Luna anggap seperti keluarga. Bibik yang menjaga Luna sejak kematian mummy. 

“Bibik ni.. Luna sudah besar la. Pocong takkan berani kacau Luna punya,”

“Kamu ini Luna.. Ada – ada saja. Em em,” bibik menggeleng. Luna hanya terkekeh.

“Selamat Ulang Tahun sayang,” ucapan bibik yang tiba –tiba itu membuatkan Luna terharu. Didakapnya tubuh wanita 50-an itu. Air mata berlinang, cuba ditahan.


“Daddy kamu kirimin kamu hadiah. Hadiahnya sudah bibik simpan di bilik kamu,”

Luna mencebik. Bukan hadiah yang dia inginkan tapi perhatian. Setiap tahun, daddy akan beri Luna hadiah ‘pelik’ yang penuh dengan exploring. Luna sudah muak dengan ‘experiment’ daddy. Luna tidak mahu terlalu dipaksa. Dia bukanlah manusia genius sesuai ekspektasi daddy. Dia hanya manusia normal yang belajar dan mencuba. Gagal atau berjaya adalah sebahagian proses kehidupan. 

Luna meleraikan pelukan dari bibik. “Terima kasih, bik. Luna naik dulu. Penat. Mahu tidur”.

 

Luna cuba melelapkan mata tapi tidak dapat. Kejadian tadi mengganggu fikirannya. Luna bangun. Cuba menampar pipinya. Dia mengerang kesakitan. Dicubit lagi pipi tembam miliknya. Sakit! Luna tidak bermimpi. Apakah gerangan makhluk yang dilihatnya di bukit Purnama tadi? Kejadian tersebut berputar di otak bagaikan tayangan video.

 

Luna menghampiri cahaya yang jatuh dari gerhana bulan tadi. Alangkah terkejutnya Luna melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Seekor makhluk bertubuh sasa. Tidak berpakaian. Dapat Luna lihat bahagian belakangnya. Tulang scapula sedikit menonjol. Eh kejap… ia bukan tulang scapula. Ia seakan akan sepasang sayap yang patah!

‘Malaikat? Aku dah nak mati kah? Allah, bukan sekarang ya Rabb. Aku belum sedia,’ bisik hati Luna.


Luna masih memperhatikan. Kehadiran Luna disedari oleh makhluk tadi. Dia berpusing menghadap Luna. Kini jelas Luna nampak keadaannya. Luna scan dari bawah ke atas. Tak mungkin dia malaikat, fikir Luna. Malaikat yang dia tahu tiada jantina. Makhluk ini mempunyai organ yang sama persis seorang lelaki. Kakinya, dadanya dan tangannya sama persis manusia. Wajahnya bercahaya. Hidungnya sangatlah tirus dan nipis. Ia tidak mempunyai lubang hidung. Telinganya tirus bagaikan karikatur animasi. Dahinya terdapat tanda seperti bulan purnama. Luna memandang matanya. Bola mata bewarna hijau. Mata itu terlihat seakan akan meminta tolong.

 

“er e erke?” perkataan pertama yang keluar dari mulutnya. Ia kedengaran seperti bergumam di telinga Luna. Makhluk itu menghampiri Luna. Luna berundur ke belakang selangkah demi selangkah. Dan akhirnya Luna melarikan diri. Langsung tidak dipedulikan backpack telefon bimbit semua dia tinggalkan. Adrenaline mengarahkan ia untuk flight kali ini hingga dia redah saja rumput berduri dan pecahan batu ketika menuruni bukit tadi.

 

“Handphone aku!” Luna menyumpah. Padahal telefon bimbit sangat penting. Walaupun makin main telefon, makin rasa kosong tapi tanpa telefon dia tidak tahu harus berbuat apa. Satu kata, useless!

Luna menyelak selimutnya. Kakinya dipenuhi memar dan kesan lebam. Patutlah sakit. Sial! Luna membuka laci meja untuk mengambil ubat gosok. Hadiah daddy menarik perhatiaannya. Alih – alih mencapai ubat gosok, dia membuka hadiah hadiah daddy nya. Siapa tahu antara hadiah pelik itu, ada hadiah yang berguna?


 

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything