PUPUS page 4 of 12
Purnama
Seharian bersengkang mata akhirnya 3uphor14
yang diinginkan sudah siap diinovasi. Sanggup Luna tidak makan hanya minum susu
buatan bibik sahaja demi meyiapkan alat itu. Malam itu, anjing menyalak
bersahut – sahutan. Luna menghidupkan mesin 3uphor14 sebagai percubaan. Bunyi
salakan anjing direkodkan lalu frekuensi anjing tersebut ditukarkan kepada
frekuensi yang sama dengan frekuensi manusia.
“Ma-na rakan rakan la-in? Sa-ya jumpa si-sa
makanan ma-nusia --…” bunyi mesin itu agak tersekat sekat. Mungkin kerana
gangguan pada velocity, wavelength dan amplitude bunyi yang sedikit mengganggu
frequency. Mungkin alat ini hanya mampu mengesan satu satu bunyi dalam satu
masa, fikir Luna.
Luna memperbaiki mesin ciptaannya. Kali ini
mesin itu ‘diajar’ untuk focus pada satu bunyi sahaja dengan menangkap bunyi
paling dekat dan paling kuat. Sekali lagi dicuba. Dia menggunakan suaranya
sendiri untuk diuji disertai kehadiran bunyi cengkerik di waktu malam.
Kemudian, ia tukarkan suaranya sendiri kepada bunyi anjing menyalak lalu kepada
suara asal. PERFECT! Sama seperti yang ia harapkan.
Luna mengerling jam tangan digital. 23:32.
Cantek! Luna bersiap sedia menemui makhluk dari gerhana bulan. Semua barang
keperluan sudah dipack dalam beg sandang yang baru memandangkan backpack
kesayangan tertinggal di bukit purnama.
Luna kelelahan mendaki bukit purnama buat
pertama kalinya. Mungkin kerana dia kekurangan tenaga. Glucagon Luna bekerja
keras hari ini. Bayangkan seharian tidak makan. Hanya mengambil coklat sebelum
mula mendaki untuk revive sedikit gula dalam badan. Entah apalah makanan
makhluk itu, fikir Luna. Semoga saja dia masih berada di sana dan tidak ke
mana- mana. Jika ia ditakdirkan untuk Luna, dia pasti ada.
Tepat sekali! Makhluk itu masih berada di
tempat yang sama. Dia duduk membelakangi Luna. Kepalanya mendongak ke atas.
Memandang langit luas yang dipenuhi ratusan bintang dan bulan hampir penuh
seakan akan meminta agar ia dapat ditarik ke atas semula. Luna memandangnya
dengan pandangan sayu. Ada persamaan antara mereka. Mereka sedang dalam
kesunyian.
Kehadiran Luna disedari oleh makhluk itu. Dia
menoleh. Mata hijaunya merenung Luna tajam.
“Jangan takut. Aku tak akan apa apakan kau?” Luna mengangkat kedua tangan seakan memberi isyarat surrender.
“Er e erke?” makhluk itu bergumam ayat yang sama. Luna mendekatinya perlahan –lahan sambil mengharapkan makhluk itu tak akan menjauh. Seperti diharapkan. Seolah –olah dia tahu Luna berniat baik. Dia mengulang pertanyaan sama. Luna menghidupkan mesin 3uphor14. Ditukarkan bunyi gumaman makhluk tersebut. “Saya di mana?” bunyi pada mesin yang sudah di translate.
“Kau di bukit Purnama. Salah satu tempat di bumi,” ujar Luna sambil menekan butang ‘translate’ pada mesin 3uphor14.
“estes?” Tanya makhluk itu lagi. “bumi?” mesin 3uphor14 berbunyi. Luna mengangguk.
“Bumi. Estes!” ujar Luna. Melihat makhluk itu
yang bertelanjang menimbulkan rasa tidak selesa pada Luna. Luna lalu
mengeluarkan sesuatu dalam begnya.
“Perfect!” ujar Luna setelah memakaikan baju
daddy pada badan makhluk itu. Tidak sangka ukuran saiz daddy lebih kurang sama
dengan makhluk itu tapi saiz badan makhluk itu lebih lebar sehingga baju daddy
yang besar terlihat sendat padanya. Makhluk itu hanya membiarkan Luna
memakaikannya pakaian.
Mereka berdua duduk di puncak bukit sambil
mengadah ke langit. Bintang bintang membentuk imej pemburu – ORION. Dari banyaknya bintang di dunia, mengapa
dirimu yang aku sangka bisa temani hariku yang tak selalu indah, sempat
hati Luna menyanyi lirik lagu dari Akhir Tak Bahagia nyanyian Misellia sambil melihat ketampanan makhluk tersebut. Makhluk itu tidak
sedar Luna memperhatikannya kerana fokus pada langit malam.
“I’m Luna Starlette. What is your name?” Belum pun Luna menekan butang translate pada mesin 3uphor14, makhluk itu sudah bersuara.
“Saya tak ada nama. Di dunia kami, kami hanya pakai nombor sebagai identity. Saya e236,”
Pantas! Puji Luna. Makhluk itu pasti mempunyai kepintaran berkali ganda daripada manusia. Dia boleh mempelajari bahasa manusia tidak sampai sehari.
“Dunia kamu di mana?” Tanya Luna. Makhluk itu menunjuk bulan.
“Jadi kamu bukan jin?” makhluk itu menggeleng. “Bukan malaikat?” dia menggeleng lagi. “Bukan dajjal ataupun yakjuj dan makjuj?” makhluk itu hanya memandang Luna, tidak faham. Luna menampar mulutnya sendiri. Apa pulak aku cakap? Sudah tentu bukan.
“Saya mahkluk bulan,” jawabnya.
“kenapa kamu ke bumi?”
“Dunia kami diceroboh oleh makhluk asing. Alat
makhluk asing itu mematahkan sayapku,”
Luna memandang belakang makhluk itu yang tertutup baju. Begitu rupanya, fikir Luna. Makhluk asing? Siapa yang dia maksudkan makhluk asing?
“Mereka sepertimu. Tapi mereka berada di dalam. Di luar mereka tertutup dengan kepala bulat dan suit bewarna putih,”
Astronaut? Mungkinkah yang digelarnya makhluk
asing adalah manusia? Bisik hati Luna. Timbul rasa kasihan di hati Luna.
Disebabkan inovasi dan teknologi yang berlebihan oleh manusia, manusia buka
sahaja mengancam spesies bumi tapi juga planet lain. Memang benarlah, manusia
adalah makhluk yang melampaui batas.
“e236…” makhluk itu menoleh.
“aku kena balik sekarang sebab nanti bibik cari. kau jangan ke mana mana sebab kau sudah selamat di sini. Bukit ini milik daddy. Daddy dedikasikan untuk mummy sebab tulah bukit ini diambil sempena nama mummy – PURNAMA. Takkan ada orang lain ke sini. Hm… kau nak order apa apa tak? Makanan kah… kah kau makan saja hasil hutan sini. Buah kat sini tak lah banyak mana sebab mummy tanam berapa saja lagipun tak tumbuh sangat sebab bentuk muka bumi tak sesuai,” jelas Luna macamlah e236 faham. Nasib baik e236 jenis cepat tangkap.
“Saya tak makan hasil bumi. Makanan saya di bulan.”
Iya tak iya jugak. Dia bukan orang. Apalah kau ni Luna? Luna memukul kepalanya. Sebentar kemudian, jam digital berbunyi menandakan pesanan masuk. Luna buka handphone check whatsapp. Chat dari bibik menyuruhnya pulang.
“Bye. Aku nak balik dah. Ingat pesan aku tau,”
Luna melambai tangan pada e236 sebelum meninggalkan makhluk itu. E236 membalas
lambaian Luna dengan teragak agak.
Comments
Post a Comment