PUPUS page 6 of 12
ARCADE ; Loving you is Losing Game
“Bawa e236 ke kolej supaya Mikail cemburu,”
mengarut! Cadangan Bunga terngiang-ngiang di telinga Luna. Luna takkan gunakan individu lain untuk membersihkan sisa luka yang disebabkan oleh orang lain. Luna
tidak mahu membalas dendam. Lagipun Mikail tak salah. Dia yang salah. Dia yang
memberikan hatinya pada orang yang tidak pantas memilikinya. Dan jika dia
memperlakukan e236 seperti itu, apa bezanya dia dengan Mikail?
Teringat akan e236, Luna jadi risau. Entah
bagaimanalah makhluk bulan itu menyesuaikan diri di bumi. Pasti sukar baginya
dengan cuaca bumi yang berubah ubah. Cepat – cepat Luna menampar dirinya ketika
sedar dia caring berlebihan terhadap e236. Adakah dia sudah jatuh cinta akan
makhluk itu? Mata hijau e236 bermain main di ingatan.
“No, Luna! You shouldn’t fall in love again.
Kau sudah tau sakitnya cinta macam mana kan? Jadi jangan cuba – cuba. Keep your
boundaries well. You can be friendly and kind to
anyone but don’t let anyone take you away again. Don’t lose yourself again!”
pesan Luna pada diri sendiri. Luna bertekad, dia akan menolong e236 sebagai
seorang kawan dan rasa yang ada cuma rasa kesian, tidak lebih dari itu.
“e236. Ini kawan saya, Bunga. Jangan risau, Bunga orang baik,” Luna seakan akan tahu pertanyaan e236.
“Mana sayap yang kau cakap tu?” tanya Bunga. Luna mencebik. Bunga nilah, tiada mukadimah terus direct to the point saja.
E236 terus membuka kain yang menutupi badannya lalu menunjukkan
belakangnya. Terpapar sepasang sayap yang patah. Namun bukan sayap itu yang
menarik perhatian Bunga tetapi tubuh berotot e236. Satu kata, awesome! Luna
hanya geleng kepala tengok gaya Bunga.
“What’s your name again?” Tanya Bunga.
“e236,” Luna yang jawab. Suara jadi datar. Dia sudah annoying dengan gaya Bunga.
“Tak boleh tukar ka? Peliklah pakai nombor – nombor. Subjek physic tu sudah cukup buat aku sakit kepala dengan nombor dan formula yang tidak habis keturunannya,”
Suka hati dia saja ubah nama anak orang, bisik
hati Luna. Bunga memang tidak suka fizik pun. Ambik kos science and technology
pun atas desakan ayahnya. Jadi tidak hairan kenapa Bunga tidak suka nombor.
“How about Rafael?” cadang Bunga. Luna kerut kening. Menanyakan maksud di sebalik nama itu.
“Rafael macam hero kau selalu pakai dalam game mobile legend tu. Rafaela! Kan Rafaela bersayap macam dia ni. Tapi Rafaela perempuan. Since dia lelaki, he is a man right?” Bunga ingin kepastian. “Jantan,” jawab Luna.
“Whatever lah yang penting kita tak pakai 'benda' yang sama dengan dia so Rafael…” Bunga angkat kening, minta persetujuan.
“Not bad,” jawab e236. Luna tersenyum dengar
persetujuan tuan punya nama.
“Alright, Rafael!” ujar Luna lalu memandang
Rafael. Rafael tersenyum padanya. Pertama kali Luna nampak makhluk itu
tersenyum dan senyumannya sangat bercahaya. Luna terbuai seketika. Adakah dia
jatuh cinta lagi? Tidak! Mustahil. Dia tidak akan jatuh cinta dengan sesiapa
lagi. Dia tidak akan main game cinta yang mustahil untuk dimenangkan. Dia dan
Rafael adalah sangat sangat mustahil untuk bersatu. Mengapa perlu dia
mempertaruhkan diri pada permainan yang dia tahu dia akan kalah di akhirnya?
Rafael is a red sign without even trying.
Jantung Luna berdegup kencang seolah olah
memberi amaran DANGER! Dia harus menjauh dari bahaya itu tapi jika dia menjauh,
bagaimana dia menghantar Rafael pulang? Yang pastinya, dia harus berjaga jaga. Dia harus melawan hati.
Biarkan minda yang mengatur dirinya. Bunga berdehem. Deheman Bunga mengejutkan Luna yang dibuai khayalan. Luna baru sedar mereka
bertiga di situ bukan dia saja berdua dengan rafael. Haaaa ghisau!
Comments
Post a Comment