PUPUS page 3 of 12
Dreams come true
Luna
berpesta dengan rakan –rakan satu university di acara malam akhir tahun. Di
malam itu, semua orang menggunakan mask menghiasi wajah mereka. Ada yang
menutup mata, ada yang menutupi keseluruhan muka, ada pulak yang menyisakan
mulut sahaja. Luna mengenakan mask bewarna putih dengan butiran mutiara yang
bersinar beserta gaun polos bewarna putih. Rambut panjangnya ditoncang dan
dihiasi dengan mahkota kecil di atas kepala. Dilehernya tergantung rantai leher
pemberian daddy dan mummy iaitu kapsul berbentuk hati. Di dalam kapsul
berbentuk hati itu diisi dengan serbuk bulan yang daddy dan mummy dapatkan
ketika pertemuan pertama mereka iaitu di bulan.
Sedang Luna
sibuk tertawa bersama Bunga dan rakan yang lain, lelaki misteri yang selalu
muncul di mimpi Luna datang. Luna berhenti ketawa dan meninggalkan
rakan-rakannya. Dia mengejar lelaki itu yang berjalan kian jauh. Hinggalah tiba
di suatu taman ia berhenti.
“Jangan
biarkan aku terus tertanya-tanya. Kau siapa? Kenapa kau selalu muncul dalam
mimpi aku?” jerit Luna. Lelaki itu hanya diam, tidak menjawab. Lantas,
dibukanya kain merah yang menutupi belakangnya, terpaparlah sepasang sayap
bewarna hitam. Luna terlopong tapi itu tidak menghentikan langkahnya mendekati
lelaki tersebut. Luna membuka topeng yang menempel pada muka lelaki itu. MAKHLUK DARI GERHANA BULAN! Iya lelaki yang ditemukannya malam itu. Bola mata bewarna
hijau dengan dahi yang menempel tanda bulan padanya.
“Saya di
mana?” pertanyaan pertama yang keluar dari mulut lelaki itu.
Belum pun
Luna menjawab pertanyaan lelaki itu, tiba –tiba bibik datang. “Non, bisa minta
satu ringgit ga? Pengen makan goreng pisang.” Aduh! Bibik ni. Kenapa lah masa
sekarang pulak dia mengidam goreng pisang. Kacaulah!
Pintu bilik diketuk berkali – kali. “Luna bangun sayang! Waktunya udah kesiang. ntar kelewatan! Luna!!!”
Suara bibik mengejutkan Luna dari tidur.
Mimpi rupanya. Benarkah lelaki yang selama ini muncul dalam mimpi Luna adalah
makhluk yang sama ia temukan semalam? Kalau memang dia, mengapa mereka
dipertemukan? Apakah gerangan makhluk tersebut? Adakah ianya hanya delusi Luna
sahaja?
Luna memandang mesin 3uphor14 pemberian daddy.
Impian daddy mengharapkan Luna menjadi saintis yang hebat. Saintis yang
terkenal dengan inovasi – inovasi hebat setanding dengan Abraham Bell, Galileo
Galilei, Ibn Sina dan saintis hebat yang lain.
Bercakap soal mimpi… Semua orang punya mimpi
bagaimanapun pilihan terletak di tangan masing – masing sama ada teruskan
bermimpi atau bangun dan realisasikan mimpi. Dan pilihan Luna adalah
merealisasikan mimpinya iaitu memastikan daddy bangga terhadap pencapaiannya. Luna
bertekad tidak akan ke kolej sehingga alat rekaannya siap. Dia akan membuat
inovasi pada 3uphor14 pemberian daddy dengan menambahkan memori dan penukar pitch serta frequency bunyi. Dia akan
menemui makhluk gerhana bulan itu dan menjadikannya sebagai salah satu bahan
uji kaji.
Comments
Post a Comment