Posts

Showing posts from March, 2022

PUPUS page 10 of 12 *bonus*

  The end? Akhirnya Luna dan kawan – kawan berjaya menamatkan pengajian Degree mereka. Acara akhir Tahun pun diadakan bagi meraihkan kejayaan siswa dan siswi. Tema Romeo dan Juliet dipilih untuk acara akhir tahun kali ini. Para lepasan siswazah memakai topeng bermacam macam bentuk dan design.   Bunga memakai topeng bewarna biru dengan gaun biru hijau dengan design corak rama rama seperti gaun model terkenal gigi hadid di met gala. Sementara Luna mengenakan gaun tertutup lengan panjang bewarna putih ala diraja   dipadankan dengan mask putih menutupi separuh wajahnya. Dengan rambut panjang ditoncang satu, Luna seakan akan merasakan déjà vu.   “Shall we dance?” suara itu menghentikan perbualan Bunga dan Luna. Luna dan Bunga berpandangan. Kemudian pandangan mereka dialihkan kepada lelaki yang menghulurkan tangannya. Aaron! “Shall we…” anak mata Aaron jelas tertumpuh pada Bunga. “Me?” soal Bunga pelik. Aaron mengangguk. Bunga memandang Luna. Luna hanya ketaw...

PUPUS page 9 of 12 - The End -

Image
  Talking To The Moon ‘My princess Luna; a moon that reflecting the light into mummy’s and daddy’s world, Happy 23 rd birthday, sayang. You are growing older, sayang yet in daddy’s eyes you still a baby. I’m far from perfect sayang. Maafkan daddy jika keterlaluan dalam mendidik Luna. I never want you to be genius that much. I just want you to not waste your time. I want you to explore the world and be the best version you can be. I don’t want you to feel useless, or maybe I did indirectly. Enjoy your time sayang. Daddy will always by your side even when we’re not in the same world anymore. Tomorrow I’ll fly to the moon with my friends. Doakan daddy selamat sampai dan bawakan lebih banyak hadiah. 3uphor14 itu daddy kirim lebih awal takut tak sempat. Semoga ia bermanfaat untuk kamu. Again, happy birthday, sayang’ MY HERO, DR Starlette <3   Luna menangis tanpa air mata membaca pesanan whatsapp dari daddy. Pesanan yang dia biarkan greytick hampir setahun. Ikut hati ma...

PUPUS page 8 of 12

  Happy Ending Yang kita harapkan dari sebuah perjalanan melelahkan adalah pengakhiran yang bahagia. Dan ketika kita merasa sudah semakin sampai ke titik bahagia ternyata ia cuma permulaan. Nyatanya di hadapan badai kehidupan yang lebih dahsyat sedang menanti. Menunggu masa untuk membaham kita yang lalai.             Luna menghempaskan dirinya ke tanah. Dia terduduk di atas   himpunan daun daun gugur yang basah dek hujan. Betulkah apa yang ia dengar tadi? Luna seperti tidak percaya hingga dia menanyakan soalan yang sama berulang kali.   “Who are you? How did you get here?” wajah lelaki itu terlalu asing buat Luna. Bagaimana dia boleh mendaki bukit Purnama sedangkan tempat itu hanya boleh dimasuki oleh keluarga Mr. Starlette. “I’m from NASA. I’ve searching for you all these while but it’s hard to reach you since I don’t have your number and I tried to dm you on instagram but you’ve been in hiatus so i-“ Lun...

PUPUS page 7 of 12

  Hope Not Luna menadah tangan ke langit, membiarkan titisan hujan menghempaskan diri ke tangan mugilnya. ‘May dan sedikit hujannya,’ bisik hati Luna. It’s raining here. Jika di negara lain pastinya mereka sedang menikmati musim bunga. Pasti bumi mereka dipenuhi bunga yang bermekaran indah. Sesekali bunga itu jatuh ditiup angin oh alangkah indahnya! Luna tidak dapat menikmati suasana itu di sini. Meskipun begitu, Luna percaya Tuhan sangat adil dalam membuat aturan. Perbezaan itulah yang memberi keunikan. Luna masih ingat lagi down nya Luna ketika dia tidak menerima tawaran sambung belajar di oversea. Sungguh perancangan Allah adalah yang terbaik. Jika dia di oversea ketika ini, pasti dia tidak akan bertemu Rafael.                                             ...

PUPUS page 6 of 12

Image
  ARCADE ; Loving you is Losing Game “Bawa e236 ke kolej supaya Mikail cemburu,” mengarut! Cadangan Bunga terngiang-ngiang di telinga Luna. Luna takkan gunakan individu lain untuk membersihkan sisa luka yang disebabkan oleh orang lain. Luna tidak mahu membalas dendam. Lagipun Mikail tak salah. Dia yang salah. Dia yang memberikan hatinya pada orang yang tidak pantas memilikinya. Dan jika dia memperlakukan e236 seperti itu, apa bezanya dia dengan Mikail?   Teringat akan e236, Luna jadi risau. Entah bagaimanalah makhluk bulan itu menyesuaikan diri di bumi. Pasti sukar baginya dengan cuaca bumi yang berubah ubah. Cepat – cepat Luna menampar dirinya ketika sedar dia caring berlebihan terhadap e236. Adakah dia sudah jatuh cinta akan makhluk itu? Mata hijau e236 bermain main di ingatan.   “No, Luna! You shouldn’t fall in love again. Kau sudah tau sakitnya cinta macam mana kan? Jadi jangan cuba – cuba. Keep your boundaries well. You can be friendly and kind to anyone bu...

PUPUS page 5 of 12

  PUPUS Luna memasukkan buku buku nota ke dalam beg sikut miliknya. Mata Luna terpandang salah satu daripada buku catatan. Buku yang suatu ketika dulu istimewa baginya. Kenangan indah yang juga menyakitkan singgah di fikiran Luna sejenak. Tapi kali ini, dia tidak lagi menangis. Dia sudah berjaya menerima. Berjaya move on. Luna membuka lembaran pertama buku tersebut. What is Love ? Tulisan   yang Luna tulis dengan penuh perasaan ketika itu. Luna membuka halaman seterusnya. C 8 H 11 NO 2 + C 10 H 12 N 2 O + C 43 H 66 N 12 O 12 S 2 = LOVE.  Iya, begitulah sains mendefinisikan cinta. Di mana cinta adalah rembesan dopamine dan norepinephrine   yang tinggi oleh neurotransmitter. Hormone hormone inilah yang memberi rasa attraction dan serotonin lah yang memberikan rasa gembira itu Manakala dua hati merasakan attachment itu pula dikawal atur oleh hormone oxytocin dan vasopressin. Bagaimanapun rembesan dopamine dan oxytocin yang berlebihan akan membawa kepada obsessio...

PUPUS page 4 of 12

Purnama Seharian bersengkang mata akhirnya 3uphor14 yang diinginkan sudah siap diinovasi. Sanggup Luna tidak makan hanya minum susu buatan bibik sahaja demi meyiapkan alat itu. Malam itu, anjing menyalak bersahut – sahutan. Luna menghidupkan mesin 3uphor14 sebagai percubaan. Bunyi salakan anjing direkodkan lalu frekuensi anjing tersebut ditukarkan kepada frekuensi yang sama dengan frekuensi manusia.   “Ma-na rakan rakan la-in? Sa-ya jumpa si-sa makanan ma-nusia --…” bunyi mesin itu agak tersekat sekat. Mungkin kerana gangguan pada velocity, wavelength dan amplitude bunyi yang sedikit mengganggu frequency. Mungkin alat ini hanya mampu mengesan satu satu bunyi dalam satu masa, fikir Luna.   Luna memperbaiki mesin ciptaannya. Kali ini mesin itu ‘diajar’ untuk focus pada satu bunyi sahaja dengan menangkap bunyi paling dekat dan paling kuat. Sekali lagi dicuba. Dia menggunakan suaranya sendiri untuk diuji disertai kehadiran bunyi cengkerik di waktu malam. Kemudian, ia tuk...

PUPUS page 3 of 12

Dreams come true Luna berpesta dengan rakan –rakan satu university di acara malam akhir tahun. Di malam itu, semua orang menggunakan mask menghiasi wajah mereka. Ada yang menutup mata, ada yang menutupi keseluruhan muka, ada pulak yang menyisakan mulut sahaja. Luna mengenakan mask bewarna putih dengan butiran mutiara yang bersinar beserta gaun polos bewarna putih. Rambut panjangnya ditoncang dan dihiasi dengan mahkota kecil di atas kepala. Dilehernya tergantung rantai leher pemberian daddy dan mummy iaitu kapsul berbentuk hati. Di dalam kapsul berbentuk hati itu diisi dengan serbuk bulan yang daddy dan mummy dapatkan ketika pertemuan pertama mereka iaitu di bulan.   Sedang Luna sibuk tertawa bersama Bunga dan rakan yang lain, lelaki misteri yang selalu muncul di mimpi Luna datang. Luna berhenti ketawa dan meninggalkan rakan-rakannya. Dia mengejar lelaki itu yang berjalan kian jauh. Hinggalah tiba di suatu taman ia berhenti.   “Jangan biarkan aku terus tertanya-tanya....

PUPUS page 2 of 12

Patahnya sayap malam Luna menutup pintu rumah dengan kuat. Nafasnya naik turun. Peluh menitis di seluruh wajah. Bibik bertanya soalan berkali – kali tapi tidak dijawab oleh Luna. Luna langsung tidak menyedari kehadiran bibik. “Ahhhhhh!” jerit Luna setelah sedar bibik menenungnya. Masih terbawa –bawa ketakutan. “Aaa! Aduh aduh aduh sayang aduh aduh jangan kau temberang. Eh!” melatah pulak bibik ni. Luna terkekek dengar bibik melatah. Adrenaline Luna mula mencapai negative feedback. “Aduh! Ada apa aja Luna? Kamu kenapa? Ke mana saja kamu malam –malam begini. Gak takut diculik pocong?” soal bibik bertubi – tubi. Bibik sudah Luna anggap seperti keluarga. Bibik yang menjaga Luna sejak kematian mummy.   “Bibik ni.. Luna sudah besar la. Pocong takkan berani kacau Luna punya,” “Kamu ini Luna.. Ada – ada saja. Em em,” bibik menggeleng. Luna hanya terkekeh. “Selamat Ulang Tahun sayang,” ucapan bibik yang tiba –tiba itu membuatkan Luna terharu. Didakapnya tubuh wanita 50-an itu....

PUPUS page 1 of 12

It’s your birthday! Make a wish! Luna memandang jam tangan digital. Jam itu bergetar menandakan ada pesanan masuk. Pesanan dari daddy. Luna biarkan pesanan tersebut greytick. Malas baca. Isinya sama saja setiap tahun.   Luna memandang ke langit. Cahaya bulan purnama sangat indah di tengah malam itu. Luna mengeluarkan cup cake bersama sebatang lilin dan pemetik api dari dalam beg sandangnya. Pemetik api ditekan, lilin dinyalakan lalu ditenggelamkan sedikit daripada lilin tersebut ke dalam cup cake kecil. Sesekali Luna merengek ketika tangannya terkena cairan lilin panas.   “It’s the time!” Luna menutup kedua matanya. Diam sejenak. Hembusan bayu di perbukitan menambahkan lagi kesunyian yang Luna rasakan. Air matanya mengalir tanpa sedar. Luna membuka mata dan menghapuskan air matanya. Dia tidak boleh menangis. Dia harus rasa gembira. Luna meniup lilin atas cupcake.   “Happy 23 rd birthday, dearself!” bisik Luna. Luna mengeluarkan telefon bimbit dan meng ‘uplo...