Posts

Showing posts from 2022

Daun Jatuh di Bulan August 🍁🍂

Image
  Daun Jatuh Di Bulan August Genre : Melodrama. "Teratai! Buka pintu ni Teratai! TERATAI!" aku menjerit bagai nak gila. Pintu bagaikan nak pecah dek ketukanku. Aku memutar tombol pintu berkali- kali. Masih tidak bersahut. Ikutkan  hati mahu saja ku pecahkan pintu hospital itu tapi aku masih dalam keadaan waras. Misi misi di sebelahku sudah cemas. Doktor berlari setelah dipanggil oleh salah seorang misi. Seorang lagi misi datang bersama master key. Pintu dibuka. Aku terus berlari mencapai Teratai. Di sebelahnya, ada botol ubat tidur kosong bersama kertas dengan tulisan tangan. Sempat ku baca sekilas lalu. Isi surat itu berisikan pesanan terakhir Teratai. Aku menggenggam tangan Teratai. Sejuk. Sangat sejuk. Aku menggoncangkan badan Teratai yang diam tak berganjak. Ku lihat pergerakan dada. Tiada pergerakan pada dadanya. Nurse bertugas memeriksa spo2 Teratai. Tidak dapat dikesan. ECG menunjukkan graf mendatar. BP cuff tidak dapat mengesan kadar tekanan darah. "Ready for int...

Mesin Waktu ⏳

Image
 Mesin Waktu Kau pulang rumah dan terus membantingkan badanmu ke sofa. Langsung kau tidak menyapa aku yang dari tadi menunggumu di depan pintu. Tak apalah, aku paham. Kau tampak sangat lelah. Pasti kerjamu sngat banyak hari ini. Dan aku pun mendekatimu. Ingin sekali aku membelai rambutmu tapi risau jika perbuatanku mengganggu tidurmu. "Sweet dreams, love," aku cuma mampu mengatakan itu lalu ku selimuti tubuhmu. Melihatmu tidur lena membuatku senyum bahagia. *** "Hujan!" Tangan yang ditadah dibasahi titisan titisan hujan. Tanah pasti sangat licin ketika itu. YoungRo mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh. YoungRo mengutuk diri sendiri. Menyesal tak dengar nasihat roommatenya, Rose. YoungRo tetap meneruskan perjalanan walaupun suasana pagi itu diselubungi awan hitam. Suasana bukit sunyi ketika itu. Tiada orang lalu lalang. Pendaki mahupun bikers. Sepi. YoungRo berniat untuk patah balik. Sedang menuruni bukit, satu sosok terlihat dengan tenang mendaki bukit ...

puisi ✨

 Ruang Rindu Dia termenung seorang diri, d i ruang yang gelap itu, Tiba tiba terasa kosong,  kosong sekosong kosongnya, Rasa sunyi yang mencengkam, r asa rindu yang maha dalam. Kalaulah yang dirindukan masih ada, mereka pasti dapat bergurau mesra,  bergelak tawa… seperti yang lainnya. Terkadang dia tidak tahu alasan Tuhan mempertemukan jika akhirnya dipisahkan. Bukannya dia tidak redha, hanya saja… Jika diberi peluang, dia mau bersama mereka lebih lama, Walau sehari saja, dia ingin bertemu, walau dalam ruang mimpi, rindu ini berlabuh. Rindu… dan tiada yang lebih sakit daripada merindukan orang yg telah tiada. Al-Fatihah.

puisi ✨

 teruntuk jiwa yang penat. Hal yang terberat dalam kehidupan adalah ketika diri cuba mengikhlaskan, beberapa kenyataan yang berjalan tak sesuai harapan. 🕊️ Bukannya diri tidak berusaha, mendapatkan apa yang dicita, namun semakin dewasa kau akan mengerti bahawa tak semua yang kau tanam akan berbuah. Dan pada akhirnya, kau hanya boleh menangis dan pasrah. Bukannya tak redha, kau hanya sedikit lelah... 🕊️ Teruntuk jiwa yang penat, Ayo, rehat! Lepaskan bebanan di bahumu yang berat. Kau pasti memikulnya sudah terlalu lama, bukan? Ayo, lepaskan! Biarkan ianya untuk seketika, Lihat dirimu, Jangan lupa, kau juga berhak bahagia.

puisi ✨

 Si Badut (circus) Mati mati ku kira, aku adalah hujan di kala kemaraumu, pelangi setelah badaimu dan cahaya setelah gelapmu, Nyatanya bukan. Aku hanyalah penghibur di kala sedihmu, pengisi di jiwa kosongmu dan peneman di hari sunyimu. Ku buat kau tertawa dengan leluconku, lalu sekarang aku yang kau jadikan bahan leluconmu, Layaknya si badut yang berusaha keras hanya untuk membuat kau tertawa, sesudah tangisanmu mulai redah dan wajahmu mulai ceria, kau kembali menuju rumah impianmu.

PUPUS page 10 of 12 *bonus*

  The end? Akhirnya Luna dan kawan – kawan berjaya menamatkan pengajian Degree mereka. Acara akhir Tahun pun diadakan bagi meraihkan kejayaan siswa dan siswi. Tema Romeo dan Juliet dipilih untuk acara akhir tahun kali ini. Para lepasan siswazah memakai topeng bermacam macam bentuk dan design.   Bunga memakai topeng bewarna biru dengan gaun biru hijau dengan design corak rama rama seperti gaun model terkenal gigi hadid di met gala. Sementara Luna mengenakan gaun tertutup lengan panjang bewarna putih ala diraja   dipadankan dengan mask putih menutupi separuh wajahnya. Dengan rambut panjang ditoncang satu, Luna seakan akan merasakan déjà vu.   “Shall we dance?” suara itu menghentikan perbualan Bunga dan Luna. Luna dan Bunga berpandangan. Kemudian pandangan mereka dialihkan kepada lelaki yang menghulurkan tangannya. Aaron! “Shall we…” anak mata Aaron jelas tertumpuh pada Bunga. “Me?” soal Bunga pelik. Aaron mengangguk. Bunga memandang Luna. Luna hanya ketaw...

PUPUS page 9 of 12 - The End -

Image
  Talking To The Moon ‘My princess Luna; a moon that reflecting the light into mummy’s and daddy’s world, Happy 23 rd birthday, sayang. You are growing older, sayang yet in daddy’s eyes you still a baby. I’m far from perfect sayang. Maafkan daddy jika keterlaluan dalam mendidik Luna. I never want you to be genius that much. I just want you to not waste your time. I want you to explore the world and be the best version you can be. I don’t want you to feel useless, or maybe I did indirectly. Enjoy your time sayang. Daddy will always by your side even when we’re not in the same world anymore. Tomorrow I’ll fly to the moon with my friends. Doakan daddy selamat sampai dan bawakan lebih banyak hadiah. 3uphor14 itu daddy kirim lebih awal takut tak sempat. Semoga ia bermanfaat untuk kamu. Again, happy birthday, sayang’ MY HERO, DR Starlette <3   Luna menangis tanpa air mata membaca pesanan whatsapp dari daddy. Pesanan yang dia biarkan greytick hampir setahun. Ikut hati ma...

PUPUS page 8 of 12

  Happy Ending Yang kita harapkan dari sebuah perjalanan melelahkan adalah pengakhiran yang bahagia. Dan ketika kita merasa sudah semakin sampai ke titik bahagia ternyata ia cuma permulaan. Nyatanya di hadapan badai kehidupan yang lebih dahsyat sedang menanti. Menunggu masa untuk membaham kita yang lalai.             Luna menghempaskan dirinya ke tanah. Dia terduduk di atas   himpunan daun daun gugur yang basah dek hujan. Betulkah apa yang ia dengar tadi? Luna seperti tidak percaya hingga dia menanyakan soalan yang sama berulang kali.   “Who are you? How did you get here?” wajah lelaki itu terlalu asing buat Luna. Bagaimana dia boleh mendaki bukit Purnama sedangkan tempat itu hanya boleh dimasuki oleh keluarga Mr. Starlette. “I’m from NASA. I’ve searching for you all these while but it’s hard to reach you since I don’t have your number and I tried to dm you on instagram but you’ve been in hiatus so i-“ Lun...

PUPUS page 7 of 12

  Hope Not Luna menadah tangan ke langit, membiarkan titisan hujan menghempaskan diri ke tangan mugilnya. ‘May dan sedikit hujannya,’ bisik hati Luna. It’s raining here. Jika di negara lain pastinya mereka sedang menikmati musim bunga. Pasti bumi mereka dipenuhi bunga yang bermekaran indah. Sesekali bunga itu jatuh ditiup angin oh alangkah indahnya! Luna tidak dapat menikmati suasana itu di sini. Meskipun begitu, Luna percaya Tuhan sangat adil dalam membuat aturan. Perbezaan itulah yang memberi keunikan. Luna masih ingat lagi down nya Luna ketika dia tidak menerima tawaran sambung belajar di oversea. Sungguh perancangan Allah adalah yang terbaik. Jika dia di oversea ketika ini, pasti dia tidak akan bertemu Rafael.                                             ...

PUPUS page 6 of 12

Image
  ARCADE ; Loving you is Losing Game “Bawa e236 ke kolej supaya Mikail cemburu,” mengarut! Cadangan Bunga terngiang-ngiang di telinga Luna. Luna takkan gunakan individu lain untuk membersihkan sisa luka yang disebabkan oleh orang lain. Luna tidak mahu membalas dendam. Lagipun Mikail tak salah. Dia yang salah. Dia yang memberikan hatinya pada orang yang tidak pantas memilikinya. Dan jika dia memperlakukan e236 seperti itu, apa bezanya dia dengan Mikail?   Teringat akan e236, Luna jadi risau. Entah bagaimanalah makhluk bulan itu menyesuaikan diri di bumi. Pasti sukar baginya dengan cuaca bumi yang berubah ubah. Cepat – cepat Luna menampar dirinya ketika sedar dia caring berlebihan terhadap e236. Adakah dia sudah jatuh cinta akan makhluk itu? Mata hijau e236 bermain main di ingatan.   “No, Luna! You shouldn’t fall in love again. Kau sudah tau sakitnya cinta macam mana kan? Jadi jangan cuba – cuba. Keep your boundaries well. You can be friendly and kind to anyone bu...

PUPUS page 5 of 12

  PUPUS Luna memasukkan buku buku nota ke dalam beg sikut miliknya. Mata Luna terpandang salah satu daripada buku catatan. Buku yang suatu ketika dulu istimewa baginya. Kenangan indah yang juga menyakitkan singgah di fikiran Luna sejenak. Tapi kali ini, dia tidak lagi menangis. Dia sudah berjaya menerima. Berjaya move on. Luna membuka lembaran pertama buku tersebut. What is Love ? Tulisan   yang Luna tulis dengan penuh perasaan ketika itu. Luna membuka halaman seterusnya. C 8 H 11 NO 2 + C 10 H 12 N 2 O + C 43 H 66 N 12 O 12 S 2 = LOVE.  Iya, begitulah sains mendefinisikan cinta. Di mana cinta adalah rembesan dopamine dan norepinephrine   yang tinggi oleh neurotransmitter. Hormone hormone inilah yang memberi rasa attraction dan serotonin lah yang memberikan rasa gembira itu Manakala dua hati merasakan attachment itu pula dikawal atur oleh hormone oxytocin dan vasopressin. Bagaimanapun rembesan dopamine dan oxytocin yang berlebihan akan membawa kepada obsessio...