Mesin Waktu ⏳
Mesin Waktu
Kau pulang rumah dan terus membantingkan badanmu ke sofa. Langsung kau tidak menyapa aku yang dari tadi menunggumu di depan pintu.
Tak apalah, aku paham. Kau tampak sangat lelah. Pasti kerjamu sngat banyak hari ini.
Dan aku pun mendekatimu. Ingin sekali aku membelai rambutmu tapi risau jika perbuatanku mengganggu tidurmu.
"Sweet dreams, love," aku cuma mampu mengatakan itu lalu ku selimuti tubuhmu. Melihatmu tidur lena membuatku senyum bahagia.
***
"Hujan!" Tangan yang ditadah dibasahi titisan titisan hujan. Tanah pasti sangat licin ketika itu. YoungRo mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh. YoungRo mengutuk diri sendiri. Menyesal tak dengar nasihat roommatenya, Rose. YoungRo tetap meneruskan perjalanan walaupun suasana pagi itu diselubungi awan hitam.
Suasana bukit sunyi ketika itu. Tiada orang lalu lalang. Pendaki mahupun bikers. Sepi. YoungRo berniat untuk patah balik. Sedang menuruni bukit, satu sosok terlihat dengan tenang mendaki bukit di tengah hujan itu. Mereka berpapasan. YoungRo berfikir sejenak. Lalu mengekori sosok di hadapannya. 'Alang alang hujan biar basah!' bisik hati YoungRo.
Sosok itu berhenti di sebuah pokok besar untuk berteduh. YoungRo jadi ragu. Reda atau berteduh? Nak reda tapi dia sudah hilang jejak tapak kaki dek kerana tanah yang dibasahi hujan. YoungRo bukan ingat sangat jalan. YoungRo putuskan untuk berhenti dan berteduh.
Rasa seperti waktu dah banyak terbuang. YoungRo mengerling jam digitalnya. 0800.
"Alaaa terlepas matahari terbit dah!" YoungRo menguatkan suara tanpa sedar. Padahal dia bertekad untuk mengejar matahari terbit kerana baginya pada matahari terbit itu bagaikan fasa penyembuhan.
"Jom!" Sosok di sebelah menghulurkan tangannya. YoungRo kerut kening. Padahal dia sudah mahu pulang.
"Semua ada masanya. Nanti juga masa untuk melihat matahari terbit akan ada. Kamu tau, ada yang lebih indah dari matahari terbit,"
YoungRo kerut kening lagi. 'Aku?' bisik hati YoungRo. 'Perasan!' YoungRo tersenyum mentertawakan diri sendiri.
"Langit setelah hujan," sendiri tanya, sendiri jawab.
"Jom!" Ajaknya sekali lagi. Tanpa ragu, YoungRo meraih tangan orang tersebut padahal YoungRo bukan jenis mudah percaya dengan orang baru.
Mereka bersama mendaki puncak bukit dan menikmati pemandangan langit ketika itu. Matahari terlihat redup tapi tetap bersinar. Matahari tidak sunyi hari itu. Ia ditemani warna warna pelangi. Dan burung burung berkicauan riang, terbang tinggi dengan harapan, akan ada rezeki hari itu. Semua terlihat bahagia.
***
Hari itu hari ulang tahunku yang ke 28. Kau sanggup berjaga hingga tengah malam hanya untuk mengucapkan selamat ulang tahun buatku. Aku terlalu penat malam itu. Aku hanya mampu membaca mesejmu. Aku pasti membalas mesejmu esok hari. Malam ini aku ingin berehat dari semua. Aku lelah. Terlalu lelah.
Pagi itu, rakan sekerja mengajakku ke suatu tempat. Aku sebenarnya tak mahu pergi tapi malu menolak ajakan mereka dan ya, aku menerima ajakan mereka. Ternyata mereka mempersiapkan kejutan sempena hari jadiku. Aku sangat bahagia hari itu. Rasa seperti aku dihargai. Sungguh, aku berharap alangkah indahnya jika waktu berhenti ketika itu.
***
YoungRo melihat ke telefon bimbit. 23:32. Inilah masanya! Bisik hati YoungRo. YoungRo meniup lilin kek yang hampir tenggelam dari pandangan.
"Happy birthday!"
YoungRo meletupkan konfeti dan bersorak riang. Sebentar kemudian, dia memotong kek dan menikmatinya. Tiba tiba terasa sebak di dalam hati. Entah air mata yang jatuh hari itu, air mata bahagia atau air mata sedih.
***
Setelah sekian lama LDR, akhirnya kita bertemu. Kau mengenakan solekan pada hari itu. Cantik! Tapi jujur, aku lebih suka wajahmu tanpa coretan mekap. Lebih natural.
Kita menuju ke tempat kesukaanmu. Laut. Kau kata, kau suka bunyi laut. Terasa tenang. Kita duduk berdua sambil menunggu matahari terbenam. Sedang aku leka membalas pesanan whatsapp JaeGyeong, kau tiba tiba mengajak pulang. Padahal matahari belum terbenam.
"Aku penat," alasanmu ketika aku tanyakan sebabmu mengajak pulang sedang di awalnya kau yang beria.
Sepanjang perjalanan menuju rumahmu, kau hanya diam. Padahal kau suka bercerita. Meskipun fokusku sedikit terganggu tapi aku masih mendengar cerita ceritamu di tepi pantai tadi. Kau bercerita tentang harimu yang memenatkan. Tentang pekerjaanmu. Pelajaranmu. Itulah ceritamu setiap hari. Terkadang aku bosan mendengar keluhanmu. Terkadang ku rasa itu adalah caramu untuk terus berbual denganku. Sejujurnya aku kagum denganmu. Bagaimana kau mampu menyeimbangkan pelajaran dan pekerjaanmu di samping masalah keluargamu yang tak putus putus. Kau perempuan hebat! Jujur.
"Dia siapa?" Entah mengapa pertanyaan itu keluar dari mulutmu. Awalnya aku tak faham siapa maksudmu. Kau terus bertanyakan soalan yang sama hingga akhirnya aku tahu, dia... Entah bagaimana harus ku jelaskan padamu. Tidak tahu harus ku mulakan dari apa. Aku ingin berkata jujur tanpa membuatmu terluka. Tapi ku tahu, apapun jawapan yang keluar dari mulutku tetap akan membuatmu kecewa.
***
YoungRo pulang rumah terus menuju sofa. Menekup kedua kakinya. Rasa penat yang teramat membuatkan air mata mengalir tanpa sedar. YoungRo melepaskan tangisan setelah sekian lama dipendam.
Diam juga adalah sebuah jawapan. Fikir YoungRo.
-(flashback)-YoungRo memandang SuHo lama. Masih menunggu jawapan. Lelaki itu hanya tunduk. High heels ditangan YoungRo memang bukan milik YoungRo. SuHo juga tak pernah terfikir hadiahkan high heels buat YoungRo kerana dia tahu, YoungRo lebih prefer sneakers atau selipar berbanding high heels.
***
Jelas high heels itu milik JaeGyeong Perempuan pertama yang menyentuh hatiku. Dia baik dan penuh kelembutan. Aku sentiasa tersenyum bila bersamanya. Dia tahu benar bagaimana memujukku. Sayangnya, dia milik sahabatku tapi apakah salah jika dia juga mencintaiku? Salah aku kah jika dia memilihku dan bukan sahabatku?
Maaf. Mungkin aku mengecewakanmu. Aku mencintainya tak bermaksud aku tak menyayangimu. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sayang dan peduli tentangmu. Cuma kita terlalu datar dan semakin hari semakin tawar. Apakah kerana kamu jauh dariku? Entahlah. Fikiranku sangat berkecamuk kala itu. Aku memandu laju. Muzik kereta ku perkuat. Biar muzik kuat itu dapat mendiamkan fikiranku yang rancak.
Aku memandu terlalu laju hingga tak sedar lampu isyarat kuning bertukar merah. Di hadapanku, seorang lelaki tua memimpin tangan lelaki muda berkaca mata hitam bersama tongkat melintas jalan. Dengan serta merta aku menekan break mengejut.
***
Bunyi bell menandakan ada orang di sebalik pintu. YoungRo berlari lari anak menuruni anak tangga rumah. YoungRo membuka pintu. YoungRo terkejut dengan kenyataan yang dia dengar.
SuHo berlutut di hadapan YoungRo bersama bunga tulip putih. "Marry me, please,"
"I've lost u once. I can't endure my day without u anymore. So, please..."
YoungRo senyum. "Yes!"
***
Kau terlihat sangat cantik hari itu dengan pakaian serba putih. Solekan tipis amat cocok di wajahmu. Dan part paling cantik di hari itu adalah senyumanmu. Senyuman bahagia.
Eun YoungRo x Lim SuHo tertulis pada papan tanda acrylic jernih yang dihiasi dengan mawar hitam dan putih.
"Are you ready?" Kau di sebelahku tak menjawab sebaliknya hanya tersenyum riang. Kau langsung tak menolehku. Matamu fokus tertumpuh ke hadapan.
"Jom!" Ku menggenggam tanganmu dengan erat seolah olah tak ingin melepaskan. Tiba tiba terasa sebak. Aku menangis tanpa air mata.
Dia berjalan menghampiri kita. Semakin dekat dan dekat lagi. Pandangannya lekat padamu.
"Cantiknya my love," pujinya sambil memegang pipimu. Kau memegang tangannya yang berada di pipimu.
"I love you, sayang. Love u from mula mula dear kenal sayang sampailah 1000 tahun lamanya, hati dear takkan berubah,"
Cringe! Aku di sebelah mula mencebik bibir. 1000 tahun konon. Sekarang boleh la janji, esok esok...
Tapi aku sangat berharap kau tepati janji kau. Jaga dia. Sayangi dia. Jangan ulangi kesilapan aku. Andai saja masa boleh ku ulang kembali, aku takkan sia siakan perempuan setulus dia. Dia yang sanggup menerima segala kekuranganku. Dulu aku selalu menyangka esok masih ada untuk aku perbetulkan kesilapan yang aku lakukan hari ini. Ternyata tidak.
Dengan perlahan, aku lepaskan tanganmu dari genggaman tanganku. Berbahagialah kau bersamanya, dia yang telah lama menunggu balasan cintamu. Dia yang kau kenal sebelumku. Dalam diam, dia menyimpan rasa terhadapmu selama 8tahun. Kamu mungkin telah lama bersama jika kau tak menemuiku. Dia memang setia. Tak sepertiku.
Aku happy lihat kau tersenyum cantik seperti itu. Selamat membuka lembaran baru, YoungRo ku.
Selamat menemukan bahagiamu tapi ku mohon, tolong jangan lupakan aku, Lee SuHo yang sudah menjadi hantu. Jangan lagi tangisi kepergianku kerana kau tak kehilangan aku. Aku sebenarnya yang kehilanganmu.
Kata orang, masa boleh menyembuhkan semuanya. Ternyata tidak. Time is not always about healing, but also losing. Setiap masa yang berdetik, tanpa sedar, masa kita bersama mereka yang kita sayang semakin berkurang. Tanpa sedar, masa kita sudah terhenti padahal kita baru belajar menghargai. - Lee SuHo.
-TAMAT-








Comments
Post a Comment