puisi ✨
teruntuk jiwa yang penat.
Hal yang terberat dalam kehidupan adalah ketika diri cuba mengikhlaskan, beberapa kenyataan yang berjalan tak sesuai harapan.
🕊️
Bukannya diri tidak berusaha, mendapatkan apa yang dicita, namun semakin dewasa kau akan mengerti bahawa tak semua yang kau tanam akan berbuah.
Dan pada akhirnya, kau hanya boleh menangis dan pasrah.
Bukannya tak redha, kau hanya sedikit lelah...
🕊️
Teruntuk jiwa yang penat,
Ayo, rehat!
Lepaskan bebanan di bahumu yang berat.
Kau pasti memikulnya sudah terlalu lama, bukan?
Ayo, lepaskan!
Biarkan ianya untuk seketika,
Lihat dirimu,
Jangan lupa, kau juga berhak bahagia.
Comments
Post a Comment