Posts

Showing posts from 2024

Katil No 6

 Genre : Horror/ Mistik KATIL No 6 Mesin ventilator berbunyi tak henti henti. Bagaikan lipas kudung kami berlari mendapatkan pesakit yang sedang berusaha mencabut tiub pernafasan. “Patient restless! Push mida 2 dan fentanyl 2!” Arah Kak Yen, senior 5tahun dalam bidang icu. Aku yang berdiri berhampiran dengan infusion pump menjalankan seperti yang diarahkan. Mesin masih lagi berbunyi. Kali ini diikuti bunyi mesin monitor. SPO2 pesakit turun sehingga 70%. Tidal volume pada ventilator juga tak naik naik. “Kak, tak nak panggil doktor ke? Spo2 70% dah ni. Mungkin ett dislodged,” tanyaku. Kak yen sebagai jururawat incas diam. Dia mencuba membenarkan kedudukan ETT lalu mengembungkan belon pada ETT. “Ambil emergency trolley. Bawakan akak ambu bag. Kita manual bagging lepas tu suction!” Arahnya. Ivy menarik emergency trolley sementara aku memasang sambungan oksigen ke ambu bag. Kami melaksanakan seperti yang diarahkan kak yen. Namun tidal volume masih rendah. “Panggil doktor!” Arah kak Yen....

Beautiful Ugly

Hi, it’s been a while since my last writing. This is a gift from me for my lovely readers. My first ever english novella ~ hope u guys like it. Love you all 😘 Beautiful Ugly the flower that grew from concretes 🥀 Sometimes i am curious how it feels to be God’s favourite? Born in beautiful ways, effortless smart, pretty face, nice skin, confident talker. To be liked by everyone. While i am here, doing nothing yet hated by most of the populations. It’s okay, people who hate me will hate me, people who love me will love me and people who support me will always support me. Wise words from JiSoo of BlackPink i kept repeated like a mantra. Who cares about others’ opinions? No matter how good i treated them, it won’t stop them on hating me, if they want to. Sometimes, people are weird. They hate you for no reason yet still not satisfied. They even spread gossips about you to their stupid friends. Yes, i called them stupid coz they blindly hating people for silliest reason. And suddenly you a...

The End.

 Entah mengapa pertengahan tahun 2023 aku semakin negatif. Aku dapat rasakan keadaan mentalku tidak stabil. Aku kerap menangis tanpa sebab dan mudah tersinggung dengan perkataan rakan sekerja. Dengan rakan serumah pun aku sudah jarang bertegur sapa. Aku sudah tidak seriuh dahulu. Rasa insecure ku makin tinggi. Aku juga sering menganggap buruk di setiap perbuatannya. Aku bahkan tidak lagi bercakap dengannya dan sering mengabaikan pesanannya. Aku sering cemburu pada hal hal kecil. Misalnya, dia keluar tanpa mengajakku padahal dia bersama dengan orang yang tinggal di kawasan perumahanku atau tempat kerja yang sama denganku. Sedikit sebanyak itu membuatku tersinggung. Aku menceritakan semuanya pada fazli kerana dia sudah aku anggap bagai abang kandungku. Pada awalnya, fazli mendengar semua keluhanku. Sakitku menjadi sakitnya juga. Cuma hanya di awal, akhirnya setelah dia bertemu dengan rakan bisnes Zaf yang jauh lebih unggul dariku, aku diabaikan. Jika di awalnya, aku adalah orang pert...

Sweet Revenge

Aku menerima pesanan whatsapp darinya. “Thank you for coming” - Zaf One. Ya, aku telah mengubah namanya dari senarai kenalanku. Aku menggunakan nama sebenarnya beserta nama company kali ini. Aku mengambil nafas panjang sebelum meluahkan semua kemarahanku. Kemarahanku sudah di level kedua tertinggi yang mana aku tidak lagi mampu tahan. Baru aku perasan dia ada menghantar pesanan malam sebelum kursus diadakan. Aku bersama fazli ketika itu dan aku tidak memeriksa telefon. Tetap saja, dia boleh menghubungiku seperti sebelum ini, tapi mengapa malam itu hanya mesej ringkas? Pasti kerana dia tidak ingin lagi bersamaku dan ingin bersama tiara. Seketika aku teringat akan pertanyaannya sebelum ini. Dia bertanya aktivitiku di malam hujung tahun tahun lepas. “Kan i celebrate tahun baru dengan you!” Jawabku ketika itu. Kini aku mengerti. Dia terlalu banyak bersama wanita hingga menyangka aku sebagai tiara, fikirku. Aku menekan butang mute pada namanya. Mulai hari ini, aku menukar fokusku. Mungkin d...

The beginning of everything

 Malam itu aku menerima pesanan whatsapp dari Fazli. Dia ajak untuk makan malam. Membaca mesej itu, aku sudah mengeluh berat. Walaupun aku tidak mengenalinya sangat tapi aku tahu dia seorang yang tegas. Dari riak wajah, pertuturan dan gerak geri menunjukkan ketegasan dan kepimpinannya. Pasti dia akan bertanya hal bisnes padaku. Pada awalnya aku cuma ingin mendapatkan keuntungan dari modal yang aku berikan. Kerana atas dasarnya bisnes adalah seperti itu. Kita beri modal dan peniaga akan gunakan modal kita lalu salurkan keuntungan kepada para pemodal mengikut ketetapan yang dipersetujui, itu pemahamanku tentang bisnes. Apabila kita bekerja dalam sebuah syarikat dan membantu membangunkan syarikat, kita bukan lagi pemegang saham tapi pekerja. Dan aku sudah bekerja. Mengapa aku perlu bekerja lagi? Aku mempersiapkan diri. Segala fikiran negatif aku ketepikan. Sangkaanku ini pertemuan bertiga. Aku, fazli dan dia. Tapi tenyata salah. Hanya ada fazli yang menunggu aku di parking kereta samb...

Lampu Merah

Selalunya ketika lampu kuning menyala, kita boleh agak warna lampu mana yang akan menyala seterusnya. Sama ada merah atau hijau, berhenti atau mulakan. Namun dalam hidup yang penuh dengan kejutan, kita tidak akan menyangka warna apa seterusnya. Begitu juga dengan manusia. Ada hari kau merasa istimewa, namun dalam sekelip mata dia berubah. Lalu kau pun bertanya, ke mana perginya dia yang kau kenal sebelum ini? Apa ada kekuranganmu yang harus kau ubah? Apa dari caramu tertawa lepas? Atau marahmu yang mula kau tunjukkan? Atau ceritamu yang sudah membosankan baginya? Dan kau terus bertanya tanya. Tanpa menyuarakan, kau pilih untuk bertanya sendirian. Aku mendengar tombol lampu isyarat ditekan berkali kali. Lamunanku terhenti. Fokusku ke arah makcik rambut kerinting menyandang beg 99speedmart yang menekan tombol lampu isyarat bagaikan lampu tu boleh bertukar warna jika ditekan banyak kali. Seketika aku tersedar, aku telah terlepas lampu merah! isyarat hijau untuk pejalan kaki telah tiada. K...

Fireworks

 “Sebenarnya i ada masalah trust issue,”luahku padanya. “So do you trust me now?” Aku memberi isyarat cubitan. “Siiikit” Dia tertawa kecil. “Okaylah. Daripada sebelum ni kan, you asyik tolak je ajakan i,” “Sebab i tak kenal you!” “Sekarang kenal dah?” Aku antara mengangguk dan menggeleng. Yang aku tahu dia memang baik berbanding first impression aku. Aku kemudian memberi isyarat cubitan sekali lagi. Dia hanya tertawa kecil. “Thank you for today” ujarku. “You’re most welcome,” jawabnya sambil tersenyum. Malam tu rasa macam tak nak je keluar dari kereta tu. Kebiasaan sebelum balik rumah, kami akan berbual di kereta untuk bertukar idea. Senyaman itu aku dengannya hingga tiada rasa asing. Mungkin pekerjaannya, sedikit sebanyak mempengaruhi cara dia berkomunikasi. Dia kerja apa? Aku akan tahu. Kita akan tahu. Jemputan ke Pesta Malam Akhir Tahun, sedikit sebanyak membuat aku berdebar. Aku bukan jenis sosial jadi pesta seperti itu tentunya asing buat aku. Aku bahkan tidak pernah menyambut...

Friends with benefits

 Men are trash. That’s what i always believe. But he’s different. He’s boring at first, but his gentleman is on NEXT LEVEL kyaaaa~ aku memuat naik petikan itu ke twitter. Entah apa yang buatkan aku rasa macam tu. Apa dari cara dia mengangkat barang barangku tanpa diminta, atau cara dia menegurku untuk menutup auratku yang sedikit terdedah, atau cara dia menjauhi wanita kerana aku bersamanya? Entahlah. Mungkin juga semua jawapan di atas adalah jawapannya. Satu hal yang pasti, tidak semua lelaki yang berbuat baik denganmu itu menyukaimu. Boleh jadi mereka dididik untuk menjadi baik oleh orang tuanya. Baiknya untuk semua, bukan untukmu saja. Jadi berhenti membuat kesimpulan jika tidak ingin berakhir tanpa memula. Aku teringat akan quotes kdrama, “mungkin dunia banyak sekali orang jahat hingga kita menyalah ertikan kebaikan dengan rasa suka”. Watch out! Hanya kerana lampu kuning telah menyala tidak bermakna sudah tidak ada bahaya. Ya, aku sudah cukup berhati hati hinggalah ia perkenalk...

One Night Cinderella

 Lampu merah menyala, memaksa aku untuk berhenti. Aku menyeret kaki. Sesekali keluhku ku lafazkan. Mujur saja tiada orang di kiri dan kananku. Jika tidak pasti mereka pun mendengarnya. Mataku menuju ke hadapan. Menunggu lampu bertukar warna. Seketika, mataku tertumpuh pada sosok yang bejalan kaki di seberang jalan. Ia berhenti tepat di hadapanku. Cantik, bisik hatiku. Dengan baju turtle neck bewarna hitam dipadankan dengan seluar jeans biru pudar, di kakinya tersarung sandal tumit rata sementara bahunya menyandang beg tangan hitam jenama charles and keith. Simple, tapi cukup buat aku terpesona. Mungkin perhatianku lebih tertumpuh padanya berbanding orang orang di sekeliling disebabkan kenangan yang membawaku ke masa lalu. Persis seperti itu. Masih terakam jelas di kepalaku betapa gembiranya aku di hari itu. Pakaian hitam dengan jeans biru pudar aku kenakan bersama selipar rata yang aku beli dari shopee. Dengan memakai make up tipis untuk menambah keyakinanku, aku beranikan diri unt...