Sweet Revenge

Aku menerima pesanan whatsapp darinya.

“Thank you for coming” - Zaf One. Ya, aku telah mengubah namanya dari senarai kenalanku. Aku menggunakan nama sebenarnya beserta nama company kali ini.

Aku mengambil nafas panjang sebelum meluahkan semua kemarahanku. Kemarahanku sudah di level kedua tertinggi yang mana aku tidak lagi mampu tahan.

Baru aku perasan dia ada menghantar pesanan malam sebelum kursus diadakan. Aku bersama fazli ketika itu dan aku tidak memeriksa telefon. Tetap saja, dia boleh menghubungiku seperti sebelum ini, tapi mengapa malam itu hanya mesej ringkas? Pasti kerana dia tidak ingin lagi bersamaku dan ingin bersama tiara. Seketika aku teringat akan pertanyaannya sebelum ini. Dia bertanya aktivitiku di malam hujung tahun tahun lepas.

“Kan i celebrate tahun baru dengan you!” Jawabku ketika itu.

Kini aku mengerti. Dia terlalu banyak bersama wanita hingga menyangka aku sebagai tiara, fikirku.


Aku menekan butang mute pada namanya. Mulai hari ini, aku menukar fokusku. Mungkin dia bosan dengan wanita berlembut dan baik. Akan aku tunjukkan aku perempuan seperti apa. Aku akan menang. Aku akan kalahkan dia! Ini dendam aku. Dan tiada balas dendam yang lebih baik melainkan menjadikan dirimu lebih daripada mereka. Itu tekadku.

Aku berhias mempercantik diri. Imej wanita polos dan tomboi aku ubah menjadi feminine dan berani. Aku menghubungi client untuk bertemu.

“Aeri!” Aku menoleh ketika terdengar suara yang sangat aku kenali. Aku lihat dia melambai tangan padaku. Aku hanya menghadiakan senyuman padanya lalu pergi meninggalkan dia.

Tidak lama aku mendapat pesanan darinya yang telah aku mute.

“Makin sombong nampak. Jomlah lepak kejap. Nak borak,”

Aku membiarkan pesanan itu berlalu tanpa balasan.


Entah berapa kali dia mengajak aku untuk bertemu. Aku hanya mengatakan aku sibuk. Tapi aku memang sibuk. Sibuk menaikkan level aku agar setanding dengannya. Sanggup dia menunggu lama di depan rumahku hanya untuk bersua tapi itu sedikitpun tidak melunakkan hatiku.


Usahaku mencari client akhirnya berhasil dalam masa singkat yang diberikan fazli. Sam, aku merasa bersalah padanya kerana menariknya ke dalam masalahku. Tapi sejak adanya Sam, aku makin gembira dan semangat. Personaliti sam yang easy going buatkan gusiku kering kerana ketawa. Tiada lagi tangisan. Cuma aku merasa sedikit terkilan kerana aku tidak dapat melindungi sam dari fazli. Sepertiku, sam juga tidak menyukai fazli yang terlalu memaksa.

Aku juga merasa selamat dengan adanya sam. Kerana fazli kerap mengajakku keluar berdua. Bukan tidak profesional tapi bagiku hal itu salah. Rasanya dalam team ada ramai tapi tidak pernah fazli mengajak mereka. Mungkin aku terlalu mudah padanya.

Malam itu fazli mengajak aku untuk keluar. Katanya ingin melihat match sam. Sam beritahu awal awal dia ada perlawanan bola dengan zaf. Meskipun aku benci dengan zaf tapi pada satu sisi aku merasa kasihan padanya. Dia yang menemuiku tapi fazli pula yang mengambilku. Aku setuju keluar dengan fazli kerana aku ingin melihat perlawanan bola sepak mereka. Aku sudah lama tidak melihat perlawanan bola. Namun ternyata fazli membawa aku ke gerai makanan.


Setibanya ke gerai makan yang fazli bawa, aku langsung tidak melihat kelibat sam. Aku tercari cari kelibat mereka berdua. Biarpun aku sudah selevel dengan zaf dan hasratku telahpun tercapai, aku tetap merasa bersalah.

“jangan jadi seperti zaf yang tidak bertanggungjawab. Tinggalkan partner seorang seorang,” nasihat fazli, yang menambah lagi kebencianku pada zaf. Aku ingin menangis mengingat peristiwa di meja makan tempoh hari. Bagaimana zaf meninggalkanku dan makan bersama tiara. Ya, aku tidak patut lupa tragicnya kejadian tu.


Menurut sam, zaf tidak datang ke perlawanan bola seperti janjinya. Muka cuak sam menunjukkan kemarahannya pada zaf. Zaf juga mulai tidak aktif dalam company. Dia jadi budak liar yang tidak tentu arah. Profile whatsappnya dipadamkan. Aku terbaca status whatsapp zaf yang aku yakin seratus peratus ditujukan padaku.

“Pura pura baik!” Status whatsapp zaf mengeruhkan lagi hubungan kami. Ya, orang yang pura pura baik inilah yang membantumu ketika kau dalam masalah, meskipun dia tahu itu adalah sebahagian perancanganmu. Orang yang pura pura baik inilah yang mengangkatmu tiap kali kau jatuh, yang sering khawatirkan diammu. Orang yang pura pura baik inilah yang membiarkan dirinya dipergunakan olehmu demi mencapai levelmu dalam company. Dan sekarang ia tidak ingin lagi berpura pura. Kerana kepuraan itu memberi tiket padamu dan orang orangmu untuk memijaknya.


Sudah dekat sebulan zaf menghilang. Dan aku masih menjalani kehidupan seperti biasa. Aku bahkan hampir mengatasi level zaf. Rezekiku melimpah ruah. Aku membeli barangan kesukaanku dari bonus company. Aku sudah melupakan dendamku. Fokusku kini untuk melihat orang orang bersamaku berjaya bersama. Aku ingin sam juga merasakannya. Zaf benar benar hilang tanpa kabar berita. Bahkan tiara juga tidak tahu ke mana pergi zaf kesayangannya.

Aku memberanikan diri menghubungi zaf. Dia membalas pesananku dengan cepat. Aku memberitahu yang aku akan naik level dan memberikan sedikit kata kata semangat untuknya. Aku kasihan padanya. Kerja ini adalah full time job baginya. Jika dia berhenti hanya gara gara krisis antara kami, bagaimana dia meneruskan kehidupannya? Dia anak lelaki yang di bahunya terpikul tanggungjawab. Meski ibu bapanya berada, tetap sahaja dia harus berduit. Aku membayangkan zaf sebagai abang kandungku, apakah aku sanggup melihat dia seperti itu? Sepertiku dan orang orang bersamaku, zaf juga harus berjaya.


- to be continued

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything