Posts

Showing posts from September, 2024

The beginning of everything

 Malam itu aku menerima pesanan whatsapp dari Fazli. Dia ajak untuk makan malam. Membaca mesej itu, aku sudah mengeluh berat. Walaupun aku tidak mengenalinya sangat tapi aku tahu dia seorang yang tegas. Dari riak wajah, pertuturan dan gerak geri menunjukkan ketegasan dan kepimpinannya. Pasti dia akan bertanya hal bisnes padaku. Pada awalnya aku cuma ingin mendapatkan keuntungan dari modal yang aku berikan. Kerana atas dasarnya bisnes adalah seperti itu. Kita beri modal dan peniaga akan gunakan modal kita lalu salurkan keuntungan kepada para pemodal mengikut ketetapan yang dipersetujui, itu pemahamanku tentang bisnes. Apabila kita bekerja dalam sebuah syarikat dan membantu membangunkan syarikat, kita bukan lagi pemegang saham tapi pekerja. Dan aku sudah bekerja. Mengapa aku perlu bekerja lagi? Aku mempersiapkan diri. Segala fikiran negatif aku ketepikan. Sangkaanku ini pertemuan bertiga. Aku, fazli dan dia. Tapi tenyata salah. Hanya ada fazli yang menunggu aku di parking kereta samb...

Lampu Merah

Selalunya ketika lampu kuning menyala, kita boleh agak warna lampu mana yang akan menyala seterusnya. Sama ada merah atau hijau, berhenti atau mulakan. Namun dalam hidup yang penuh dengan kejutan, kita tidak akan menyangka warna apa seterusnya. Begitu juga dengan manusia. Ada hari kau merasa istimewa, namun dalam sekelip mata dia berubah. Lalu kau pun bertanya, ke mana perginya dia yang kau kenal sebelum ini? Apa ada kekuranganmu yang harus kau ubah? Apa dari caramu tertawa lepas? Atau marahmu yang mula kau tunjukkan? Atau ceritamu yang sudah membosankan baginya? Dan kau terus bertanya tanya. Tanpa menyuarakan, kau pilih untuk bertanya sendirian. Aku mendengar tombol lampu isyarat ditekan berkali kali. Lamunanku terhenti. Fokusku ke arah makcik rambut kerinting menyandang beg 99speedmart yang menekan tombol lampu isyarat bagaikan lampu tu boleh bertukar warna jika ditekan banyak kali. Seketika aku tersedar, aku telah terlepas lampu merah! isyarat hijau untuk pejalan kaki telah tiada. K...

Fireworks

 “Sebenarnya i ada masalah trust issue,”luahku padanya. “So do you trust me now?” Aku memberi isyarat cubitan. “Siiikit” Dia tertawa kecil. “Okaylah. Daripada sebelum ni kan, you asyik tolak je ajakan i,” “Sebab i tak kenal you!” “Sekarang kenal dah?” Aku antara mengangguk dan menggeleng. Yang aku tahu dia memang baik berbanding first impression aku. Aku kemudian memberi isyarat cubitan sekali lagi. Dia hanya tertawa kecil. “Thank you for today” ujarku. “You’re most welcome,” jawabnya sambil tersenyum. Malam tu rasa macam tak nak je keluar dari kereta tu. Kebiasaan sebelum balik rumah, kami akan berbual di kereta untuk bertukar idea. Senyaman itu aku dengannya hingga tiada rasa asing. Mungkin pekerjaannya, sedikit sebanyak mempengaruhi cara dia berkomunikasi. Dia kerja apa? Aku akan tahu. Kita akan tahu. Jemputan ke Pesta Malam Akhir Tahun, sedikit sebanyak membuat aku berdebar. Aku bukan jenis sosial jadi pesta seperti itu tentunya asing buat aku. Aku bahkan tidak pernah menyambut...

Friends with benefits

 Men are trash. That’s what i always believe. But he’s different. He’s boring at first, but his gentleman is on NEXT LEVEL kyaaaa~ aku memuat naik petikan itu ke twitter. Entah apa yang buatkan aku rasa macam tu. Apa dari cara dia mengangkat barang barangku tanpa diminta, atau cara dia menegurku untuk menutup auratku yang sedikit terdedah, atau cara dia menjauhi wanita kerana aku bersamanya? Entahlah. Mungkin juga semua jawapan di atas adalah jawapannya. Satu hal yang pasti, tidak semua lelaki yang berbuat baik denganmu itu menyukaimu. Boleh jadi mereka dididik untuk menjadi baik oleh orang tuanya. Baiknya untuk semua, bukan untukmu saja. Jadi berhenti membuat kesimpulan jika tidak ingin berakhir tanpa memula. Aku teringat akan quotes kdrama, “mungkin dunia banyak sekali orang jahat hingga kita menyalah ertikan kebaikan dengan rasa suka”. Watch out! Hanya kerana lampu kuning telah menyala tidak bermakna sudah tidak ada bahaya. Ya, aku sudah cukup berhati hati hinggalah ia perkenalk...

One Night Cinderella

 Lampu merah menyala, memaksa aku untuk berhenti. Aku menyeret kaki. Sesekali keluhku ku lafazkan. Mujur saja tiada orang di kiri dan kananku. Jika tidak pasti mereka pun mendengarnya. Mataku menuju ke hadapan. Menunggu lampu bertukar warna. Seketika, mataku tertumpuh pada sosok yang bejalan kaki di seberang jalan. Ia berhenti tepat di hadapanku. Cantik, bisik hatiku. Dengan baju turtle neck bewarna hitam dipadankan dengan seluar jeans biru pudar, di kakinya tersarung sandal tumit rata sementara bahunya menyandang beg tangan hitam jenama charles and keith. Simple, tapi cukup buat aku terpesona. Mungkin perhatianku lebih tertumpuh padanya berbanding orang orang di sekeliling disebabkan kenangan yang membawaku ke masa lalu. Persis seperti itu. Masih terakam jelas di kepalaku betapa gembiranya aku di hari itu. Pakaian hitam dengan jeans biru pudar aku kenakan bersama selipar rata yang aku beli dari shopee. Dengan memakai make up tipis untuk menambah keyakinanku, aku beranikan diri unt...