HaLO! Bab 4

Bab 4
Balik rumah. Mama dan kakak duduk berdua di bangku sofa eh ah sibuk layan cerita korea. Sanggup layan cerita panjang begitu. Hawa bukan tak tengok cerita korea cuma pelakon dia tu Hawa tak suka. Asyik asyik muka dia je. Naik meluat.

Adam Sang. Idol dari Korea asal Malaysia. Salah seorang ahli group kpop terkenal black4white.

Black4white. Boy Group kpop generasi ke 4 yang terkenal di dunia. Ada 4 orang anggota. Leader K, Vocalist Xiu, Dancer Mike, dan face of the group Adam.

K sebagai leader merangkap main vocalist setelah Xiu. Lucu. Suka buat lawak. Satu satunya member orang asli Korea Selatan. Sangat popular tapi tidak dapat mengalahkan populariti Adam. Sikapnya yang ramah dan mudah tersenyum menarik hati ramai perempuan termasuk Hawa.

Xiu vocalist terhebat generasi ke 4. Hebat sampai boleh fight Park Jae Boom dah ni. Maknae yang comel dan mudah tertawa. Tapi tak banyak bercakap. Lelaki kacukan Chinese Australian. Menetap di Thailand. No wonder dia boleh fasih bertutur banyak bahasa.

Mike dancer asal Canada tandingan Michael Jackson. Juga bertindak sebagai rapper. Kalau dia rap fuhhh boleh feat BTS rap monster ni. Happy go lucky tapi berkarisma. Once dia senyum pengsan semua anak gadis. Terlampau handsome. Bahkan diiktiraf sebagai 2nd most handsome man in the world selepas Cha Eun Woo Astro.

Adam Sang. Face of the group. Selain itu Hawa tak tau apa fungsinya. Misteri. Senyum macam mau tak mau. Paling popular antara semua member black4white. King of drama. Semua drama dia sapu. Idol kesayangan Kakak, pelakon febret Mama dan boyfriend idaman Syamil. Meluat Hawa bila cakap pasal dia. Entah apa bagusnya sampai Mama pun terlibat?

Permintaan ex bos terngiang ngiang di telinga. Adam Kim datang Malaysia. Jadi kenapa? Malaikat ke sampai aku nak sambut bagai? Peduli apa aku dia nak buat konsert solo ke, nak shooting drama ke, bukan hal aku.

Satu lagi aku tak puas hati. Kenapa dia first member yang debut solo dulu? Bukankah sepatutnya K paling layak? Dahlah leader, K lagi berbakat dari si Adam tu. Si Adam tu pandai apa. Kalau berlakon, bolehlah. Ni debut sebagai penyanyi? Sampai nak buat showcase seluruh dunia. Dahlah jarang nyanyi kalau dalam group.

Haish! Kenapa la bos tugaskan aku untuk cari liputan pasal Adam? Lelaki paling aku benci. Paling bikin meluat. Tang mana hotnya, bikin panas adalah. Dahlah tak pandai senyum. Macam mana boleh jadi face of the group aku pun tak tau la.

Tapi...dunia wartawan aku akan hancur kalau aku tidak cari tahu pasal dia. Tundukkan ego wahai Hawa. Jangan ikutkan hawa nafsu kemarahanmu demi cita citamu.

Yes. Demi bidang reporter yang dicintai. Strategi harus diatur. Mungkin inilah masanya untuk Hawa menjalankan tanggungjawab sebagai hater berjaya, tundukkan sang Adam. Hohoho…

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything