Diari Hati
Diari Hati
Ajari aku cinta dalam diam
Pada keheningan doa-doa malam
Dalam kesepian tanpa sentuhan haram
Dan demi kesucian cinta yang terpendam
Hana membaca setiap bait puisi hasil nukilan sahabatnya. Ada sedikit rasa tersentuh. Amiruddin memang sasterawan yang baik. Karya-karyanya dapat menyentuh hati pembaca. Sedangkan Hana yang dikenal sebagai manusia ‘tin kosong’ pun bisa tersentuh.
Dean yang baru kembali dari perpustakaan terkejut melihat Hana bersama diari di tangan. Diari itu milik Dean. Bagaimana Hana mendapatkan diari itu dia pun tidak tahu. Langkah dipercepat menghampiri Hana. Dia harus segera mendapatkan diari itu.
“Ah’haaaaa! Bagilah balik,” rengek Hana.
“Tak boleh!” gertak Dean.
“Apasal pulak tak boleh?” tanya Hana sambil mememekkan bibirnya. Mengharap simpati.
Dean memandang Hana. Dia diam seketika.
“Tak boleh sebab tak boleh. Diari ni milik aku so suka hati akulah nak bagi tengok ka tidak,”
“Buku buruk macam tu kau sebut tu diari. Macam manuskrip sejarah je aku tengok. Entah dari abad berapa kau simpan buku tu,” perli Hana.
“Manuskrip sejarah ke buku teks ke, kalau orang punya jangan ambik kalau tak ada kebenaran. Itu namanya mencuri. Mencuri tu haram. Haram tu berdosa. Berdosa masuk neraka,” sindir Dean sambil tersenyum sinis.
Hana tarik muka.
“Apa ni sindir-sindir orang sampai macam tu sekali. Orang bukan sengaja ambik. Orang nak pinjam nota. Dah jugak orang bagitau Dean kan. Orang nak pakai sekarang jadi orang ambiklah kat dalam beg. Dalam beg tu ada tu je. Orang tak tau pulak tu diari. Orang buka, orang bacalah,” ujar Hana.
Dean cuba mengimbas kembali ingatannya. Memang benar kata Hana. Hana sudah memberitahu dia. Dean melihat buku di tangannya. Tak hairan mengapa hanya tinggal diari di dalam beg kerana dia membawa nota bersama ke perpustakaan. Dean menghela nafas pendek. Itu kesilapan Dean sendiri. Bagaimana kalau Hana sudah membaca seluruh diari itu? Ah! Mustahil. Halaman Hana baca tu muka surat pertama. Takkanlah Hana baca dari belakang ke depan. Melainkan Hana ni memang jenis terbalik.
“Dah! Dah! Orang, orang, orang, orang, orang. Berdiri bulu roma pulak aku dengar,” ejek Dean.
Dean menghulurkan buku nota kepada Hana. “Nah. Buku nota yang kau cari”. Hana mengambil buku nota itu dengan wajah riang. Hana masih tercegat di hadapan Dean. Matanya dikelip-kelipkan. Dean tahu apa mahunya.
“Dengar sini, Hannah Aliesya. Aku dah kira baik hati tak marah-marah siap bagi pinjam nota lagi. Kalau diukur kesalahan kau ni, selongkar beg orang tanpa kebenaran memang patut dihukum akta 1 kurungan 5. Dapat diklasifikasikan sebagai kes pencerobohan harta, tau,”
Kening Hana berkerut. Eh eh leh. Sekkeknya dia ni. Orang minta baca ‘diari’ dia je kot. Dah sampai masuk akta bagai ni dah kenapa. Entah betul entah tidak akta dia sebut tu. Suka hati ulam jantung dia je nak bagi ‘kurungan-kurungan’.
“Tsk. Aku cuma nak baca jelah. Tu pun nak berkira,”
“Bukan berkira cik Hana tuan puteri pujaan hati kanda dinda bonda nenda. Masalahnya ni diari. Kalau dah nama diari tu rahsia. Tak boleh bagi orang lain tengok,” jelas Dean. Rasa geram dengan Hana yang tidak pandai paham.
“Rahsia apa yang besar sangat sampai aku tak boleh tengok. Kita kawan dah lama kot. Sejak dari kecik lagi. Semua pasal aku kau tau dan rasanya semua pasal kau pun aku tau. Jadi rahsia apa? Lainlah kalau pasal perasaan sebab kau tak pernah cerita pasal benda ni kat aku,”
Hana memandang Dean sambil tersengih bagai kerang busuk.
“Kau ada syok kat someone eh?“ usik Hana.
Dean diam. Terkaku rasanya. Wajahnya jadi merah bagaikan sirap gardenia rose.
“Diam tandanya setuju. Jadi betullah kan?” usik Hana lagi.
“Eh leh. Ego. Tak nak mengaku. Siapalah orang yang malang tu ye?” gurau Hana sambil tertawa kecil.
Hana bagaikan mempersenda perasaan Dean.
“It’s not even a joke, Hana,” marah Dean. Kemarahannya cuba untuk ditahan. Dia mengambil langkah meninggalkan Hana. Hana menelan air liur. Tidak pernah dia melihat Dean semarah itu. Hana mengetap bibirnya. Adakah gurauannya terlalu berlebihan? Hana jadi serba salah.
………...
“Takda ayah! Takda ayah! Hana anak haram! Anak haram!” ejek sekumpulan budak-budak tadika.
Air mata Hana berlinangan. Gurauan itu keterlaluan baginya. Memang benar dia hanya tinggal dengan ibunya sahaja tapi mereka tiada hak untuk mengejeknya.
“Diamlah!” gertak Hana. Dia sudah tidak tahan dengan caci makian mereka.
Bella tersenyum sinis. Dengan langkah angkuhnya dia mendekati Hana.
“Kau nak lawan? Marilah lawan. Kami ramai kau satu orang je,” olok Bella. Hana memandang Bella dengan pandangan berapi-api.
“Apa tengok-tengok? Ada hutang? Eleh, takutlah tu”. Hana hanya diam. Nafasnya turun naik turun naik dengan cepat. Penumbuknya digenggam erat.
“Nak lawan. Cepatlah. Meh sini. Pukul lah aku!” cabar Bella. Hana masih membisu. Dia menggigit bibirnya menahan geram.
Bella menonjol kepala Hana. Hana diam. Masih membatu. Giliran Aeril pula menolak bahu Hana. Hana tetap diam. Faizal menarik beg Hana hingga terputus dari pegangannya. Kemudian beg itu dia jatuhkan ke tanah. Hana mengutip beg tersebut.
Bella rasa menyampah dengan kebisuan Hana. Dia hilang sabarnya. Lalu dia menolak Hana dengan kasar hingga Hana tersungkur bersama beg di tangan.
“Hoi! Kau ni dah lah takda ayah, takda adab lagi. Aku cakap dengan kau, kau buat macam tunggul je kan. Mama kau tak ajar ke?!”
Berdesing telinga Hana. Pantang betul dia mendengar orang mengaitkan ibunya. Sudah! Dia sudah cukup sabar. Hana lantas berdiri. Dia memukul Bella menggunakan beg ditangannya dengan kuat. Muka Bella merah. Bibirnya berdarah. Bella merengek. Dia menangis dengan kuat.
Aeril dan Faizal terkejut dengan tindakan Hana. Aeril segera mendapatkan Bella dan memujuknya. Pandangan Aeril tertumpuh pada Hana yang masih belum berganjak. Aeril menarik rambut Hana. Hana melawan. Dia menendang menumbuk Aeril tapi tumbukan itu tidak berkesan. Aeril menolak Hana hingga tersungkur semula ke tanah. Tangan Aeril mencengkam pasir di kakinya lalu pasir itu dicampakkan ke wajah Hana. Hana tidak dapat melihat kerana pasir mengenai matanya.
Bella tersenyum puas. Aeril mengambil kesempatan itu untuk ‘membalas dendam’ terhadap Hana. Dia bersedia untuk menendang Hana yang kini tidak berdaya. Hana kini hanya mampu menangis. Dia sudah tidak dapat melihat apa-apa. Bahkan beg galasnya dia sudah tidak tahu berada di mana. Kali itu dia benar-benar sudah pasrah. Mungkin dia akan cedera parah.
“Prakkkk!” Hana mendengar bunyi sepakan yang kuat. Tapi Hana tidak merasakan sepakan itu. Hana tidak tahu apa yang terjadi. Suasana jadi sepi. Hana dapat merasakan budak-budak nakal tu masih bersamanya tapi mereka tidak lagi bersuara.
Seseorang mendapatkan Hana. Meletakkan Hana di belakangnya. Dan perlahan-lahan orang itu membawa Hana pergi meninggalkan orang-orang pembuli. Hana kerap bertanya siapakah orang yang menggendongnya itu namun orang itu hanya diam. Apa yang Hana tahu, saiz tubuh mereka tidak jauh beza. Hari itu, Hana ukirkan orang tersebut sebagai hero masa kecilnya.
……….
Dean menghela nafas berat. Andainya Hana tahu tentang perasaannya, akankah Hana bertindak sedemikian? Tertawa bagaikan ia sebuah gurauan. Andainya Hana tahu betapa tersiksanya dia memendam rasa yang selama ini dia rahsiakan. Mungkinkah Hana akan faham dan bersimpati dengan dia?
Namun yang dia inginkan bukan simpati. Dia hanya mahu difahami. Dia hanya ingin dihargai. Cukup itu.
Hana terlalu berharga buat Dean. Hana adalah tawa dan tangisannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dan dari mana terjadinya semua itu. Bahkan walau dia telaah semua buku-buku ilmiah dari penulis-penulis ilmuwan seluruh dunia dia tidak akan mampu menemukan jawaban.
Puas dia cuba padamkan tapi semakin dia mencuba, semakin kuat perasaan itu menerpa. Dia sedar. Dia pasrah. Dia tidak akan mungkin dapat padamkan.
………
Telefon Hana berdering menandakan panggilan masuk. Hana abaikan. Dia melemparkan pandangan pada padang yang terbentang luas. Hana mengeluh berat. Air mata berlinangan cuba untuk dia tahan. Jujur, dia merindui suara itu tapi ego membatasi segalanya.
Berdosakah dia menyimpan rasa marah pada wanita yang selama ini membesarkannya? Dia tidak benci. Sama sekali tidak bahkan kerana sayanglah dia rasa sesakit itu. Rasa sakit bila ditipu. Dia tidak menyangka wanita yang ia sayangi hanyalah ibu angkat dan bukan ibu kandung seperti dia sangka. Mungkin jika dia diberitahu sendiri oleh wanita itu mungkin dia tidak akan semarah itu.
KLIK!
Kerlipan kamera mengejutkan Hana yang sedang dibuai khayalan. Hana memandang ke pokok nun jauh di sana menangkap sosok tubuh yang mengambil gambarnya itu. Kening berkerut. Cuba untuk memfokuskan mata. Orang itu menyedari Hana memerhatikan dia. Lantas dia berhenti dan buat seperti tiada apa berlaku.
Hana bangun dan mendekati orang itu. Sedar dirinya didekati Hana. Dia berusaha melarikan diri.
“Wait! Kenapa lari dari saya?” tanya Hana. Pertanyaan Hana tidak diendahkan. Orang itu terus menjauh. Malas Hana kejar. Hana hanya mengutuk dari jauh.
‘Hish! Dia ni. Sudahlah jadikan aku model tanpa bayaran. Pastu bla begitu aje. Nanti kau!’ ugut Hana dalam hati.
Nasib Hana baik. Dia menemukan kad matriks orang yang memotretnya di padang tersebut.
“Hmmm.. Adrian Ayden Paduka..” Hana membaca nama yang tertera pada kad matriks.
Dari kad matriks jelas menunjukkan Adrian bukan orang Malaysia. Dia pelajar Indonesia yang mengambil jurusan pemotretan di Malaysia.
“Muka boleh tahan,” puji Hana sambil memuncungkan bibirnya. Direnung lama lama gambar Adrian pada kad matriks yang mirip Randy Pangalela. Kad matriks tu dibelek berkali kali.
‘sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’, bisik hati Hana. Dia tidak perlu mencari Adrian. Adrian yang akan datang mencarinya.
…….
Sudah tiga hari Adrian mencari cari kad matriks miliknya namun masih belum ditemui. Dia tidak menyangka kad matriks itu ada pada perempuan yang dipotretnya tempoh hari. Adrian melihat kad matriks itu tergantung di beg Hana.
Hana sengaja gantung di beg supaya pandai juga ‘Mr. Photographer’ tak berbayar tu datang dekat Hana. Kira macam nak bagi ikan makan umpan. Kena tayang dulu baru ia datang.
‘Biar dia nampak. Lepas tu, dia mintak kad dia ni. Aku minta kamera dia dan padam gambar aku,’ senyum senyum saja Hana sambil melihat Adrian dengan anak mata.
“Hei, kamu! Dari mana kamu dapat kad itu? Kamu curi ya? Dasar maling!”
Hati Hana jadi panas. Sudahlah mengambil gambarnya tanpa kebenaran, dia dituduh lagi mencuri.
“Apa maling maling? Aku baling kang! Suka suka ja tuduh aku mencuri. Yang kau tu, ambil gambar aku tanpa kebenaran, panggil apa pulak? Maling kundang?!”
“Macam ni la. Kau bagi kamera kau tu, aku bagi balik kad matriks kau ni. Jangan risau, aku bukan pemungkir janji,” tambah Hana. Syarat sudah dibuat. Tinggal tunggu persetujuan tertuduh.
“Loh! Itu kan nggak adil. Ngapain aku ngasih kamera aku ke kamu kalau aku dapat cuman kad aku. Ya, itukan dua dua miliknya aku,” berputar belit pula lelaki indon ni.
“Eh kau ingat aku tak tau. Kau curi gambar aku dalam diam. Jadikan aku model tanpa bayaran. Kau ingat aku tak tau, huh?!” Hana mendabik dada.
Adrian tersenyum sinis. Mendekati Hana dan tunduk memandang Hana. Wajahnya didekatkan ke Hana. Hana jadi tidak selesa.
“Emang loh siapa mau gue potretin? Model percuma? Cehhh. Udah liat cermin apa belum?”
‘Wah wah wah! Hebatnya kamu! Yakinnya kamu! Dari ‘kamu’ ‘aku’ jadi ‘loh’ ‘gue’ pulak. Suruh aku lihat cermin pulak. Dia tidak tau aku ni sentiasa bawa cermin ke hulu ke hilir. Sabar Hana! Sabar!’. Hana hanya menatap tajam Adrian. Tidak sedikit pun Adrian rasa takut dengan renungan Hana. Malah dia tersenyum lagi.
“Model itu kan seharusnya tinggi. Bandingin sama loh..” kepala Hana ditepuk dua kali.
“Ambil buku di lebri aja mau pake kerusi,” Adrian ketawa mengejek.
‘Kurang ajar! Dia ejek aku pendek!’. Mata Hana yang bulat makin membulat macam burung hantu.
Adrian pula tanpa mengambil masa yang banyak, dia terus menarik kad matriks yang tergantung di beg Hana dan berlari meninggalkan Hana.
Hanya tinggal rantai kain kad matriks itu lagi tergantung di beg Hana. Hana nekad. Kali ini dia harus mengejarnya.
“Berhenti! Berhenti!” jerit Hana tapi sikit pun tidak diendahkan. Adrian malah menjelir lidah padanya.
Hana naik geram. Diambil kasut nike dari kakinya lalu dilempar ke arah Adrian. Adrian mengelak. O’ow! Kasut itu mengenai Miss Julie. Pensyarah tergarang di kolej. Mendapat gelaran berprestij cik Singa dari siswa siswi.
Hana bersiul. Bagaikan tiada apa berlaku. Dengan muka tidak bersalah, Hana memusingkan badan. Kaki kanan dibuka, bersedia untuk pergi.
“HANAAAAAAA!”
Oh. My. God! Dia tahu itu Hana. Hana telan liur. Adrian hanya ketawa kecil. Kurang ajar! Dia boleh ketawa? Gara gara dialah aku kena macam ni. Matilah aku! Makkk!
……
“Nak call Dean ka tidak ni? Dia masih marah aku ke?” Hana menarik nafas panjang.
Kalau tak call, macam mana nak selesaikan masalah Hana. Hanya Dean sajalah yang boleh membantu Hana memandangkan Dean satu satunya pelajar kesayangan Miss Julie. Cakap Dean sajalah yang didengar.
Hana mengimbas kembali kejadian siang tadi.
“What are you think you're doing?” tanya Miss Julie.
Bekas tapak kasut yang masih berbekas di wajahnya membuatkan Hana mahu ketawa tapi ditahan.
“Sorry, Miss. I didn't even mean it. I didn't mean to hurt you. I'm sorry,” Hana tunduk memandang lantai. Kosong.
“You didn't mean it? Why are you using your shoe and throw it at me? And just now you said you didn't mean. So what does it mean?”
“No. I'm not trying to throw the shoe at you. I.. I..”
Takkan aku nak cakap aku nak baling dekat setan pula. Nanti tak pasal pasal dia refer aku pergi kaunseling. Kononnya aku ni berhalusinasi. Padahal aku nampak setan bertopeng manusia. Iya, Adrianlah setan bertopeng manusia itu. Semua gara gara dia.
Cik Julie bersedia mendengar ungkapan seterusnya.
“Never mind,” itu yang terkeluar dari mulut Hana.
“So you don't have any explanation regarding this issue?”
Hana hanya diam. Tidak tahu apa nak jawab. Jawab jujur pun salah, jawab bohong pun salah. Jadi diamkan saja.
“Alright. Later I will tell Mr. Sarif to extend your study!”
Mata Hana terbeliak. Dia tidak mahu dilanjutkan masa belajar. Hana terbayang rakan rakannya yang satu batch dengannya sudah habis dan dia masih belajar. TIDAKKKKK!
“No, Miss. I'm sorry. Please be kind on me. I'm begging you, please,” Hana melutut di kaki Cik Julie.
“I already made my decision. No one can change my mind. You know me well, right?”
Hana mengalah. Dia lantas berdiri dan meninggalkan ruangan pengajar singa betina itu. Hana kenal sangat perangai pensyarah tersebut. Tiada yang mampu mengubah fikirannya kecuali…
Dean! Lekas dia mencapai telefon cuba menghubungi Dean. Dia tiada pilihan lain. Hanya Dean yang mampu membantunya, hanya Dean yang dipercayai Miss Julie dan kerana dia tahu.. Dean akan selalu ada untuknya.
Hana terpandang gambar dia dan Dean semasa kecil. Gambar itu dia jadikan wallpaper handphone. Hana tersenyum. Mengingat semula kenangan dia bersama Dean. Hanya Dean yang rela menjadi kawannya masa itu.
Siapalah perempuan yang ada dalam hati Dean? Pasti perempuan itu sangat bertuah memiliki hati Dean.
“Assalamualaikum.. Dean. Hana ni,”
“Waalaikumsalam.. Hana..” Dean teruja mendapat panggilan dari Hana. Tidak perlu perkenalkan diri kerana dia amat mengenali suara itu. Suara yang mengubat rasa rindu dalam hatinya. Entah mengapa walau mereka berjumpa hampir setiap hari, dia tetap rasa rindu akan Hana. Lebih-lebih lagi kini dia tidak dapat bersua dengan Hana kerana jauh darinya.
“Deannnn..” rengek Hana. Jantung Dean berdegup kencang. Rasa risau menyelubungi. Dean dapat rasakan Hana dalam kesusahan.
“Kau kenapa?” tanya Dean. Bimbang.
“Miss Julie. Hana tak sengaja. Hana geram dengan satu orang hamba Allah lepas tu Hana baling kasut dekat dia tapi Miss Julie yang kena. Miss Julie nak refer benda ni kat unit disiplin. Katanya, dia akan buat sampai Hana extend sem. Hana tak nak! Hana nak habis sama sama Dean. Tolong Hana! Dean je boleh tolong..”
Kegusaran Dean bertambah. Dia harus segera balik dari kampung ke kolej. Namun, ada benda perlu dia selesaikan. Dia akan selesaikan masalah itu segera agar Hana tidak akan bersedih.
…….
Aku sakit bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku
Aku sakit bila kau tau hatiku
Karna diriku tak bererti bagimu
Sadarkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Usahlah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumiku
Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu
Dean mendekati Aeril yang sudah hanyut dibuai lagu ditemani guitar lapuknya. Dia menepuk bahu abangnya lembut.
“Hei!” tegur Aeril. Terkejut dengan sapaan Dean.
“Jiwang betul tu!” tegur Dean.
“Test vocal. Lama tak karoks,”
Dean mengangguk pelan sambil tersenyum mendengar jawapan abangnya. Dean memandang ke langit malam. Langit malam cerah diterangi sinaran bulan purnama. Sinaran bayu menghembus lembut membelai tubuh mereka berdua. Dean menikmati suasana itu. Suasana yang tidak mungkin dia rasai di bandar.
“Best kat sini. Tak macam kat KL. Sejuk je. Tenang hati. Malam ni pun indah. Sesuai untuk orang terbuai dalam perasaan,” perli Dean.
Namun dalam perli ada serius. Dia turut terbuai dalam perasaan. Merindui sang bintang yang nun jauh di sana. Tidak kelihatan. Mungkin kerana cahaya bulan yang menutupi kerlipan sang bintang.
“Tadi Bella ada datang cari Dean..” Aeril bersuara.
Mendengar nama Bella, hati Dean tersentak. Dia tahu abangnya mencintai gadis itu tapi Bella pula mencintai Dean. Rasa serba salah. Namun tidak ada rasa cinta dia sisakan buat Bella.
“Dia tau Dean balik.. Sebab tu dia datang. Tapi Dean tak ada. Dean masa tu kat rumah mama Hana. Dia bagi ni kat Dean,” Aeril menyerahkan sebuah hadiah pada Dean.
Dean membuka kotak hadiah itu. Ia berisi ukulele bewarna biru. Dean menyerahkan hadiah itu kepada Aeril.
“Aku tak perlu ni. Aku rasa kau yang perlu,”
“Eh, apa pulak? Aku ada gitar ni! Walaupun lapuk masih power. Macam orang bilang, otai masih berbisa!” ujar Aeril lalu ketawa.
Dean hanya senyum hambar. Dia tahu dalam tawa itu ada tangisan tersimpan.
“Ambik je lah. Sombong lagi. Aku tak minat muzik sangat. Kau yang minat lebih. Jadi memang untuk kau. Aku bukan pandai main pun ukulele ni. Lain la kau. Semua kau teror,”
“Tapi Bella bagi kau,”
“Dan aku bagi kau,”
“Tak baik sia siakan pemberian orang,”
“Sebab tu aku bagi kau. Sebab kalau dengan aku, sia sia. Hanya hiasan semata mata. Aku mana reti,” Dean tetap bertegas menolak.
“Kau tau tak? Kadang kadang aku tak paham la dengan kau ni. Bella tu cukup perfect. Cantik, baik dengan ayah dan ibu, suka kau. Tapi kenapa kau tak suka dia ek? Aku tak paham kenapa Hana jugak yang kau pilih,”
Memanglah perfect dekat mata kau sebab kau suka dia! Memang kau tak akan paham punya. Kalau kau tak paham aku, aku lagi tak paham kau. Untuk apa kau berkorban buat Bella sedangkan Bella tak suka kau? Buat apa kau bersusah payah buat aku terima Bella kalau kau tersiksa? Kau bahagiakah lihat orang yang kau sayang bersama orang lain? Bukankah hal itu cukup menyedihkan?
“Asal pulak Hana masuk ni? Tak ada kena mengena la. Aha,” Dean ketawa kecil. Ketawa yang dipaksa.
“Kau lupa ek aku ni abang kau? Aku tau la Dean. Dari perhatian kau bagi kat Hana jelas betul kau suka dia,”
Jelas sangatkah? Padahal dia tidak pernah menyatakan pada sesiapa. Jika ia sejelas itu, mengapa Hana masih buta dalam melihat cintanya? Masih pekak dalam mendengar bisikan hatinya?
“Mana mana je la. Yang aku tau bagus hadiah ni kau ambik dari aku letak merata rata sampai hilang dari radar. Dah! Tutup cerita,” Dean ubah topik.
“Sekarang, mari sambung karoks. Lama tak karoks dengan big brader ni,” siku Dean menyinggul tangan Aeril. Tangan di sandarkan pada tubuh sado Aeril.
“Sana la. Macam mana aku nak main gitar?!” Aeril menyingkirkan tangan Dean.
“Okay, okayyyy,” Dean akur.
Mereka menyanyikan lagu projector band bertajuk “sudah ku tahu” bersama. Suara mereka memecahkan keheningan malam.
…….
Dean sedikit lega. Masalah hampir semua selesai. Tinggal satu lagi. Hana tidak boleh digantung sem. Dia tidak mungkin dapat melalui satu sem tanpa Hana. Selama ini dia bersemangat kerana Hana.
Pujuk Miss Julie? Siapa dapat memujuk cik singa tu? Amiruddin. Ya, memang dia saja yang dapat pujuk miss Julie. Tapi.. Tebal sudah muka Dean bahkan hilang sudah idea untuk memujuk. Banyak kali sudah Dean pujuk miss Julie dengan macam macam alasan namun penyebab hanya satu.. Hana. Nakal sekali gadis itu. Dean tersengih sendiri.
Dean sudah mengatur langkah. Dia akan berjumpa terus dengan Professor Sarip jika Hana ditangguh pengajian. Tiada yang perlu dibimbangkan dengan miss Julie kerana dia tiada kuasa. Cukup buktikan Hana pada tidak bersalah. Alahai tak pasal pasal jadi peguam bela sebab Hana.
“Dean!!!”
Dean menoleh. Hana dengan senyuman lebar berlari menujunya. Dah nak kena gantung sem pun masih boleh ketawa ketawa lari lari. Dean geleng kepala. ‘Aih tak faham aku’.
“Thanks Dean. Terima kasih sangat sebab tolong Hana,” hana tersengih macam kerang busuk. Baju Dean ditarik tarik.
‘Pulak.. Belum buat apa apa dah kena terima kasih?’
Dean pandang Hana. Hana nampak sangat gembira dari riak wajah. Dean lega. Dia bahagia bila lihat Hana tersenyum begitu.
“Sayang Dean..” Hana melabuhkan kepala di bahu Dean. ‘Sayang?’ satu perkataan itu sahaja sudah cukup buat Dean berteka teki.
“Kaulah sahabat aku dunia akhirat,”
‘Sahabat?’ teka teki sudah terjawab. Dean cuma seorang sahabat di mata Hana.
“Hana nak belanja Dean makan aiskrim malam ni. Nak tak?” Hana merangkul lengan Dean.
“Tak nak!” Dean menepis tangan Hana.
Tersentak Hana dengar jawapan Dean.
“Aku cau dulu. Aku sibuk,”
Dean tinggalkan Hana tanpa tengok wajah Hana pun. ‘Tadi okay je. Sekarang moody. Lelaki memang ceng gini eh? Cepat tukar mood’
…….
Hana jalan seorang malam tu. Dari satu kedai ke satu kedai susah betul nak cari barang yang dia perlukan.
“Hai si cantik! Kamu seorang saja?”
Hana mengerling orang yang menegurnya. Lelaki sama yang mengambil gambar Hana. Hana tidak layan. Hana menuju ke kaunter. Membayar barang yang dibeli.
Adrian berlari ke pintu keluar. Hana dihalang dari keluar.
“Kamu lumayan sombong ya. Oh iya, aku Adrian. Kamu bisa manggil aku Ed. Nama kamu siapa?”
‘Dasar sundal bolong!’kutuk Hana. Hana jadi bimbang jika Adrian mengapa apakan dia. Menyesal jalan malam seorang seorang.
Hana tenangkan diri. Tanpa cakap banyak Hana terus menyenggol titik yang melemahkan lelaki. Adrian mengadu kesakitan. Dia mengepit pahanya bagaikan sotong lembik. Hana ambil kesempatan itu untuk keluar.
‘Biar dia rasa. Itu hanya amaran awal! Maju lu sini biar gua tunjukkan skill gua!’
“Dasar kamu! Bukannya berterima kasih malah mukulin aku. Aku sudah nolongin kamu agar nggak gantung sem!” jerit Adrian. Sakit di titik terlemah beransur hilang.
‘Tolong?! Sejak bila dia tolong aku? Setahu aku Dean yang tolong. Apa apa je lah. Lelaki gatal! Sajalah tu nak jual minyak’. Hana tak pedulikan Adrian. Hana berjalan hingga kabur dari pandangan Adrian.
……..
Adrian balik rumah dengan baju basah kuyup. Amat disayangkan kerana hanya tinggal baju itu yang bersih. Yang lain kotor. Adrian memang malas basuh kain. Selalunya hantar ke dobi saja. Tapi gara gara penangan pukulan Hana Adrian lupa ambil pakaian di dobi. Payung pun dia lupa beli. Tak sangka dalam perjalanan ke rumah hujan lebat pula.
“Kau basah ni? Kau tak bawa payung ek?“
Adrian menggeleng saja bila rakan sebiliknya bertanya. Nasib baik Amiruddin sudah faham benar perangai roommatenya. Adrian memang tidak suka bercakap. Dia lebih banyak diam dari bercakap.
Adrian mengambil tuala lalu menuju ke bilik mandi. Tiba tiba dia bersuara.
“Kamu ada baju lebih nggak? Bisa aku minjam satu soalnya baju aku belum aku ambil di dobi,”
‘Adrian ke tu?’ Dean bagaikan tidak percaya. Adrian sudah bercakap. Setelah empat sem bersama akhirnya Dean mendengar suara Adrian.
“Bisa, bisa! Eh.. Boleh, boleh!” Dean pula yang tidak pandai bercakap sekarang.
“Thanks. Kamu udah mandi kan? Aku mandi dulu ya,”
Entah apa yang mengubah Adrian. Perubahan yang amat drastik. Dalam satu malam Adrian boleh jadi orang yang berbeza dari sebelumnya. Selama ini Dean bagai hidup dengan boneka. Bercakap pun sendiri sendiri. Adrian cuma angguk atau geleng. Jawapan hanya ya atau tidak. Bagai robot yang telah diprogramkan.
…….
Hana membaling gumpalan kertas kepada lelaki berbaju kotak kotak lalu bersembunyi di sebalik pokok bunga. Kertas itu mengenai kepala lelaki tersebut. Lelaki itu menoleh. Tiada siapa yang berada di sana. Dia memandang ke bawah. Ada sesuatu pada gumpalan kertas itu menarik perhatiannya. Dia membuka gumpalan kertas itu.
Thanks for helping me! Jumpa tempat biasa.
Hannah Aliesya ♡
“Hannah Aliesya itu siapa?” Adrian pelik sendiri. Tapi tiada yang dia perlu hairankan kerana Adrian memang banyak peminat di kolej. Banyak siswi yang tergila gilakan Adrian. Mereka suka penampilan pendiam dan misteri Adrian. Banyak yang cuba menawan hatinya dengan pelbagai cara. Namun belum ada yang pernah membaling kepalanya dengan kertas.
Hannah Aliesya? Adrian senyum sendiri. Dia tidak sabar berjumpa dengan pemilik nama yang mencuit hatinya.
……
Sepanjang kelas berlangsung, mata Hana tidak lari dari memandang Dean.
‘Dia nak ke jumpa aku? Kenapa dia buat macam tak ada apa apa je?’
Dean sedar dia diperhatikan. Pipi jadi panas. Siapa tak panas kena tengok crush sendiri? Dean berdehem. Cuba untuk fokus pada kuliah. Sesekali mata mengerling ke arah Hana. Hana tidak lagi memandangnya.
‘Tengoklah sini lagi! Tengoklah!’. Dean bagaikan tok dukun cuba mengeluarkan jampi. Berharap Hana memandangnya kembali.
‘Salah kaulah Dean! Siapa suruh jual mahal masa Hana tengok kau? Patutnya kau tengok balik. Tatap mata dia. Pastu tunjukkanlah senyuman menawan kau tu. Ini tak. Bodohlah kau ni!’. Dean kutuk diri sendiri.
“Sampai mana dah?” tanya lecturer.
Terkejut Dean bila wajah lecturer betul betul depan matanya. Riak wajah terkejut Dean buatkan seisi kelas ketawa. Hana turut ketawa. Dean lihat Hana ketawa, hati Dean gembira.
……
“Tempat biasa? Di mana itu ya?” Adrian mati akal. Dia tidak tahu di mana tempat yang dimaksudkan. Puas dia cari satu kolej tapi tidak jumpa. Gadis misteri bernama ‘Hannah Aliesya’ itu tidak kelihatan. Setiap tempat Adrian pergi ada saja perempuan yang menyapanya. Bila Adrian bertanya nama mereka, dia jadi hampa. Mereka bukan Hannah Aliesya.
Adrian putus asa. Mungkin dia harus berserah pada takdir. Kalau memang Hannah Aliesya adalah sebahagian karakter dalam hidupnya Adrian yakin.. Mereka akan dipertemukan.
Adrian teruskan hobi sepeti biasa. Dia memotret pemandangan di sekitar kolej. Dan hatinya terpaut pada satu pemandangan. Tidak jauh dari tempat dia bertemu gadis cerewet tempoh hari. Di bawah pokok di tepi padang yang luas itu ada sebuah kotak hadiah besar. Pada pokok itu pula ada origami kertas berbentuk bunga dan rama rama. Adrian menghampiri tempat itu dengan lebih dekat. Di sekelilinya ada tebaran kertas kertas.
Adrian membaca tulisan pada kertas itu satu per satu.
‘Tqvm♡’, ‘happy birthday!’
Adrian menghampiri kotak hadiah besar itu. Ada tulisan pada penutupnya. Adrian cuba meneliti tulisan tangan pada catatan itu.
‘Terima kasih sahabat. Aku tidak tau apa nak cakap, yang aku tau aku sangat berterima kasih kerana kau telah tolong selamatkan nyawa aku. Kau tolong aku pujuk miss Julie supaya aku tak kena gantung sem. Terima kasih wei. Aku harap kau suka dengan surprise ni. Sila buka kotak ini… ’
Adrian kagum. Dalam hati dia terharu, pandai jugak perempuan cerewet itu berterima kasih. Kini tahulah dia orang yang membalingnya dengan gumpalan kertas itu adalah orang yang sama dengan si cerewet. Adrian mengambil kamera dan memotret semua yang ada di situ. Lalu Adrian membuka kotak itu.
“Happy birthday!” Hana melompat keluar dari kotak.
“Terima kasih. Kamu lumayan romantis. Ternyata kamu juga naksir sama aku. Iya. Kalau nggak naksir masa kamu tau kapan tanggal lahir aku. Well actually, esok harinya tapi aku hargai kerja keras kamu,” Adrian tersenyum sinis.
‘Kenapa pulak lelaki indon ni yang datang?’. Hana terlopong. Dia bagai kehilangan kata. Macam mana boleh salah orang? Hana berfikir seratus kali.
Hana mengimbas kembali lelaki yang dibalingnya. Memang pakai baju kotak kotak macam Adrian tengah pakai sekarang. Paksa pula memori untuk mengingat baju Dean. Dean pakai baju kotak kotak juga. Bezanya Adrian hijau muda, Dean hijau gelap. Hana tepuk dahi.
‘Kenapalah tak perati betul betul? Kan dah perasan lelaki indon ni,’
Hana memandang wajah Adrian dengan pandangan menyampah. Adrian senyum padanya.
“Sudunya mana?” tanya Adrian.
“Kau nak buat apa?” tanya Hana marah. Muka sudah merah. Menahan malu. Malu sebab salah orang.
“Loh! Jadi gimana mau makan kuihnya?”
“Tak perlu sudu! Nah! Kau makan semua!”
Hana menekup kek ke wajah Adrian. Habis muka tampan Adrian dipenuhi kek. Hana meninggalkan Adrian sendirian. Adrian terkejut dengan tindakan Hana. Cepat betul mood dia berubah. Adrian tersenyum. Hana berbeza dari perempuan lain yang dikenalnya.
……..
“Kenapa pakai baju ni? Kenapa mesti baju petak petak ni. Kenapa mesti warna ni?”
Dean terkejut dengan pertanyaan Hana yang tiba tiba. Selama ini Hana tidak mempersoalkan penampilan Dean kerana Hana tahu itu memang gaya Dean. Dan Dean memang banyak koleksi baju berwarna hijau kerana Dean suka warna hijau.
“Kenapa? Salah ke?” Dean tanya balik.
“Salah tu taklah. Tapi.. Eh entahlah. Lupakan je lah,”
Hana mengambil nafas panjang. Otak berusaha untuk lupakan semua yang berlaku sebentar tadi.
“Tadi kau cakap nak beritahu aku something. Apa dia? Cakaplah,” Hana alih topik.
“Oh ya. Aku ada dua benda nak cakap. First, pasal ibu Hana,”
Dean diam seketika. Perhati reaksi Hana. Hana tunduk sebaik sahaja nama ibunya disebut. Jelas dari riak wajah Hana tidak selesa dengan topik itu. Tapi sekejap saja. Kemudian dia kembali ke wajah ceria.
“Kalau pasal tu. Aku tak nak dengar. Next,”
Keras sekali hati Hana. Dean menggeleng kepala.
“Hanaaa…” Hana angkat kening. Dean mengeluh. Baiklah. Mungkin Hana perlukan sedikit lagi masa.
“Okay, next pasal kes Hana dengan miss Julie tu. Aku pelik macam mana miss Julie boleh tarik balik laporan tu. Aku tak tau siapa yang pujuk dia tapi bukan aku,” akur Dean.
“Bukan kau?! Habis tu siapa?!” terbeliak mata Hana. Wajah Adrian sekali lagi muncul di fikiran. Aduhhhh! Bersalahnya Hana. Patutlah lelaki tu balik balik mengaku dia yang tolong Hana. Entah macam manalah Adrian pujuk miss Julie tu…
Adrian berlari mengejar miss Julie hingga nafas turun naik. Miss Julie menoleh. Adrian merapikan dirinya. Rambut acak acak sikit. Ramai perempuan tergoda dengannya, dia harus gunakan kesempatan itu untuk miss Julie tarik balik laporan. Miss Julie memandang Adrian dengan pandangan jengkel.
“What do you want?!” Sikit pun dia tak terpancing.
Adrian telan liur. Dia gigit bibir. Mungkin pesona Adrian cuma berkesan bagi perempuan di bawah 40 tahun.
Sebentar kemudian, Professor Sarip lalu di hadapan mereka berdua.
“Morning prof!” tegur Adrian.
“Morning!” jawab professor Sarip sambil memandang Adrian lalu miss Julie.
Miss Julie pula bagaikan cacing kepanasan. Jari telunjuk digigit gigit. Badan bergoyang bagaikan ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Rambut tepi diletakkan di belakang telinga. Miss Julie kekal dalam posisi itu hinggalah prof Sarip jauh dari mereka. Kini Adrian pula yang memandangnya dengan pandangan jengkel.
‘Ulat bulu banget sih ini tante!’ kutuk Adrian. Adrian lalu terfikir sesuatu. Dia memandang kamera yang tergantung di lehernya.
“Aku bisa kok ambil gambarnya miss dengan prof Sarip untuk pemotretan. Soalnya kamu dua itu cocok sekali. Prof Sarip itukan ganteng, karisma dan cool gitu. Miss juga cantik, manis dan seksi gitu,”
Malu dengan pujian melangit Adrian, Miss Julie memukul Adrian.
“Ah! You're so funny,”
“Sungguh. Benar kok. Tapi.. Mungkin kamu dua nggak mau. Aku cari orang lain aja jadi modelnya aku,”
“Mau. Mau! Aku mau kok. Let us be your model. Please make it happen,”
“Bisa aja. Tapi aku ada permintaan ni buat miss,”
“What is it? You can ask anything dear,” bersungguh betul miss singa ni!
‘Yes! Cik Singa ini sudah bisa ku tundukkan’. Adrian diam seketika cuba mencari ilham untuk kekal dalam karakter. Kemudian, dia bersuara.
“Tarik balik laporan tentang Hana. Soalnya kan, Hana itu teman aku. Dia yang bantuin aku setting tempat dan barang buat pemotretan. Jadi aku tu susah kalau nggak ada dia,”
Miss Julie diam sejenak.
“Don't worry I'll do it asap,” akur miss Julie.
“Yes! Makasih miss. Makasih banget!” Adrian mahu memeluk miss Julie kerana terlalu bahagia.
“Hey!” tegur miss Julie. Adrian tidak jadi memeluknya. Dia ketawa gembira.
…….
Adrian termenung menatap lukisan sendiri yang belum siap sepenuhnya. Terlihat seperti potret seseorang namun hanya bahagian mata sahaja yang dapat dia lukis.
Dean memandang Adrian yang sedang berkhayal. Dia pun tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu. Adrian terlalu misteri buat Dean. Bagi Dean, Adrian lelaki misterius yang penuh teka teki.
“Boleh tembus mata orang dalam lukisan tu kau tengok begitu,” gurau Dean.
Lamunan Adrian terhenti. Adrian menoleh ke arah Dean dan menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas.
“Kamu itu lucu!” komen Adrian. Dean ketawa kecil mendengar komen Adrian.
“Oh ya, bajumu yang aku pake ntar aku kembalikan ya. Soalnya aku belum cuci. Maaf,”
Adrian teringat baju kotak kotak Dean yang dipinjamnya. Balik saja dari kuliah, Adrian bahkan tidak mandi. Dia membuka bajunya lantas fikirannya menerawang teringat akan Hana. Dia langsung mencapai pensel dan melakar potret Hana pada sehelai kertas lukisan. Namun belum sempurna. Masih pada mata.
“Chill la. Baju je pun. Tak payah tergesa gesa. Bila bila masa kau boleh bagi balik. Tapi jangan sampai tak bagi langsung lah,” gurau Dean. Giliran Adrian ketawa kecil.
Dean menghampiri tempat tidur lalu melabuhkan punggungnya. Tangan mencapai buku bertajuk Milea, suara dari Dilan.
“Aku lihat kamu suka baca buku,” tegur Adrian.
“Ya. Kerana baca buku itu lebih mudah dari baca hati manusia,” Dean bergurau lagi. Namun dalam gurauan ada benarnya.
“Dean.. Kamu pernah naksir seseorang gak?”
Soalan Adrian membuatkan Dean terkedu. Hati kecilnya menidakkan, dia tidak pernah jatuh cinta tapi dia sedang jatuh cinta. Jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Dan dia tidak dapat lari dari perasaan itu. Setiap saat, minit dan waktu Dean jatuh cinta pada orang yang sama.
Dean memandang Adrian seolah meminta pertolongan agar lelaki itu berhenti bertanyakan soal hati padanya. Sungguh dia tidak mampu mengungkapkan perasaan itu pada sesiapa. Dia tidak ingin siapapun tahu tentang cintanya yang sudah dia simpan lebih 10 tahun.
“Bagi kamu.. Apa cinta itu harus dikatakan atau dipendam?” Adrian bertanya lagi padahal soalan tadi belum terjawab.
Giliran Adrian memandang Dean. Mengharapkan ada jawapan keluar dari mulut lelaki itu. Pasrah. Kali ini Dean harus berkata sesuatu.
“Apa yang kau faham pasal cinta?” soalan dijawab soalan.
Adriam diam seketika. Dia memandang sesuatu pada laci mejanya. Adrian tersenyum.
“Cinta itu sesuatu yang manusia butuhkan. Karna cinta bisa beri kekuatan pada pencinta. Bagi aku cinta itu penawar,”
Dean diam mendengar jawapan Adrian kerana jawapan itu berbeza sekali dengan perspektifnya soal cinta.
…….
“Hai!”
Hana menjeling. Jengkel dengan lelaki di hadapannya. Ke mana pergi Hana di situ juga ada dia.
‘Lelaki indon ni lagi!’. Hana mengeluh.
“Apa lu mau?!” macam gangster Hana bertanya.
Adrian ketawa kecil dengar respon Hana.
“Kamu itu pelik ya. Kemarin baik saja hari ni kok marah lagi. Sedang menses ya?”
‘Macam mana pulak dia tau aku menses ni?! Dasar psiko!’kutuk Hana dalam hati.
“Aku nak tau kau kenapa nak kejar kejar aku? Kau suka aku ek?”
Adrian ketawa lagi.
“Loh! Perasan amat sih kamu! Asal kamu tau ya.. Perempuan kayak kamu.. bukan test aku,” Adrian berbisik di telinga Hana ketika menyebut ‘bukan test aku’.
Hana tambah bengang. Ikutkan hati mau saja dia lumat lumat lelaki itu. Namun sayang, Adrian terlalu tinggi untuk dia lumat. Silap hari bulan, Adrian yang lumat Hana balik.
“Aku nemu kamu karna ada hal perlu aku bicarakan. Soal kuliah kamu,”
Wajah Hana berubah bila Adrian sebut tentang pengajian. Dean sudah nafikan bukan dia yang membantu Hana. Besar kemungkinan Adrianlah yang tolong Hana pujuk Miss Julie.
‘Memang dialah kot yang tolong aku. Aduh! Macam mana ni? Mesti dia nak aku balas jasa dia tu. Mungkin dia akan minta nombor phone aku. Pastu bawa couple. Eh, aku tak nak kapel dengan orang macam dia ni. Muka je boleh tau dia ni playboy. Tak nak!’
Bunyi petikan jari Adrian mengejutkan lamunan Hana.
“Hei! Kamu dengar gak?”
“Dengar sini! Kalau memang betul kau yang tolong aku, aku nak cakap terima kasih banyak banyak. Memang aku terhutang budi dengan kau. Tapi kalau kau nak bawa aku kapel. Sorrylah. I'm not available. Aku dah ada boyfriend. Nama dia Amiruddin,”
Adrian tercengang seketika. Lalu Adrian ketawa dengan kuat.
“Kamu memang narsistik ya. Kapan aku bilang mau pacaran sama kamu? Aku juga nggak mau punya cewek kayak kamu. Udah cerewet, suka marah marah lagi. Kalo aku jadi pacarnya kamu pasti umur aku nggak panjang,” Adrian ketawa lagi.
“Tadinya itu aku bilang aku mau minta bantuan kamu set tempat buat photoshoot bu guru singa itu. Soalnya aku udah janji sama dia gara gara mau nolongin kamu. Aku tipu dia kalo kamu tu assistant aku. Itu aku bilang. Kapan aku mau pacaran sama kamu? Gila apa? Cisss,”
Merah seluruh wajah Hana dengar penjelasan Adrian. Rasa bagai mahu menampar diri sendiri. Jauh betul dia melencong.
“Minta nombor hp kamu,”
Hana tak dapat menatap Adrian kerana malu hanya tangan ditadahkan. Minta dihulurkan telefon Adrian. Adrian memberikan telefon pada Hana. Hana menekan punat telefon lalu memberikan semula pada Adrian.
“Siapa nama kamu?”
“Hana,” berat mulut Hana menjawab.
“Ok. Save. Ini ni buat projek bu guru bengis loh itu. Bukan mau goda kamu. Aku bilang ini supaya kamu nggak salah ngerti lagi,” perli Adrian. Hana hanya tunduk. Dia sudah malu besar hari itu.
…….
Turun naik nafas Hana kerana kelelahan. Adrian menyuruh Hana mengangkat semua barang sedangkan dia tidak angkat satu barang pun. Hana ditinggalkan di belakang. Sesekali Adrian menoleh Hana. Mulut Hana terkumat kamit. Entah ke berapa kali dia memaki Adrian sepanjang perjalanan. Kononnya Hana yang pilih tempat tapi Adrian pula yang putuskan. Semua cadangan Hana ditolak. Adrian memilih atas bukit sebagai tempat photoshoot.
Selesai shooting Hana kemas balik semua barang, sumbat dalam beg. Adrian pula sibuk bercerita dengan Miss Julie. Geram rasanya lihat Adrian bergelak sakan dengan cik Singa sedangkan dia dibiarkan mengemas sendirian. Hana hempas saja semua barang. Adrian mengerling ke arah Hana. Adrian tersenyum puas. Suka dia kenakan Hana walau dalam hati dia kasihan memperlakukan Hana seperti itu.
Semua peralatan sudah siap Hana kemas. Miss Julie dan Prof. Sarif pun sudah pulang. Hana mahu pulang tapi Adrian tahan. Pelik Hana, entah apa yang dia tunggu. Seharian Hana tak pegang telefon, terasa lama sekali. Hana memeriksa telefonnya. 20 panggilan masuk dari Dean. Hana menekan punat telefon untuk menghubungi Dean semula. Adrian yang datang secara tiba tiba merampas telefon Hana.
“Apa masalah kau ni huh?!” gertak Hana.
“Masalah aku? Kamu tuh yang bermasalah. Aku tu ketua kamu jadi kamu harus ikut semua peraturannya aku. Aku nggak suka kamu pegang hp,”
‘Ketua? Ewww~’
“Kau tak cakap pun peraturan tu tadi? Lagipun shooting sudah habis, model tu pun sudah balik. Aku bawa kau balik kau tak nak. Kau pikir aku ni apa? Robot. Tak tau penat tak tau bosan?”
“Jadi kamu mau bilang kalo kamu lagi bosan? Usah risau. Kamu gak akan bosan kok, aku janji. Cuman kamu perlu nunggu sebentar aja lagi,”
“Sebentar apa pulak? Tak lama lagi asar dah nak habis dah. Kawan aku pun dah call 20 kali. Aku ni ada orang risau tau. Biasalah orang ada couple katakan,” perli Hana.
Riak wajah Adrian berubah. Ada rasa tidak puas hati di wajahnya. Adrian memandang arah lain lalu meninggalkan Hana. Hana berlari mengejar Adrian.
“Kau nak pergi mana? Bak sini henfon aku!”
Kaki Hana tergelincir. Hana menjerit. Dia tidak dapat kawal keseimbangan badannya. Adrian menyelamatkan Hana dari terjatuh. Kedua dua senyap. Hanya mata saling bertatapan. Adrian tersenyum lalu meleraikan tangan dari badan Hana. Dia mengalihkan pandangan pada matahari terbenam di hujung sana. Hana turut menyaksikan keindahan kejadian alam ciptaan Tuhan itu. Cukup cantik. Burung burung berkicauan. Laut terlihat tenang dari jauh. Langit bewarna kemerahan. Hana memejamkan matanya. Menikmati bayu petang yang menyapa tubuhnya.
“Aku cuman mau menikmati waktu ini dengan kamu. Kamu suka?”
Hana mengangguk.
“Tapi kenapa aku?”
“Karna kamu beda,”
“Hmmm?!”
“Beda ya beda la. Meskipun aku nggak tau apa matahari itu bersinar lagi esoknya. Meskipun aku nggak tau kapan bisa menikmati lagi cahaya sang mentari, kamu ada. Kamu bagi aku harapan untuk terbit semula,”
Tambahlah Hana tak faham. Rasanya Hana perlukan Dean untuk menafsir kata kata Adrian.
“Dunia itu kejam...” Adrian bersuara lagi. “Eh?” Hana bingung.
“Ibu aku ninggalin aku ketika aku masih bayi..”
“Dia pergi mana?”
Adrian menunjuk atas. Hana terdiam. Tidak tahu bagaimana dia perlu bereaksi. Dia tidak mahu Adrian rasa simpati pada diri sendiri.
“Ayah aku udah kayak orang gila yang nggak tau bagaimana untuk hidup. Dia nggak peduli sama aku. Hidup dia cuman kerja sama perempuan. Banyak perempuan dia mainkan tapi nggak ada dia kawini. Katanya dia sedih. Dia pikir aku nggak ada perasaan apa? Aku juga bisa terluka. Aku juga tau sedih,”
Adrian diam seketika. Ada butiran kristal di matanya. Hana ragu ragu bagaimana mahu memujuk Adrian. Tangannya mengusap belakang Adrian.
“Kau boleh nangis. It's okay. The clouds rain sometimes when the things get heavier,” pujuk Hana.
Adrian mengangkat kepala. Dia senyum pada Hana. Hana tersenyum sumbing. Rasa kekok untuk tersenyum di suasana seperti itu.
“Ayo pulang. Udah malam. Ntar cowok kamu bimbang. Beda sama aku, orang solo kayak aku kapan aja bisa pulang. Nggak ada yang ngongkong,” Adrian perli Hana balik.
‘Hei dia ni! Baru je aku sejuk hati dengan dia. Dia bikin panas lagi balik!’.
Hana mengangkat beg tapi Adrian menahannya. Dia mengambil beg di tangan Hana lalu disandarkan di belakangnya. Hana pelik dengan perubahan sikap Adrian. Mungkin angin petang atas bukit tu yang meluruskan kepala otak Adrian yang miring.
……
Seharian Dean risau kerana tidak menerima khabar dari Hana. Mendengar suara Hana di corong telefon barulah hatinya rasa lega. Ikutkan hati dia mahu bertanya Hana pergi ke mana dan dengan siapa. Namun dia tahu Hana penat. Hana pasti marah jika dia bertanya banyak soalan. Lagipun dia sedar dia tidak layak. Siapa dia untuk mempersoalkan kehidupan peribadi Hana sedangkan sedikitpun Hana tiada perasaan padanya melainkan seorang sahabat.
Adrian yang baru masuk menyapa Dean yang kelihatan gusar bersama telefon di tangan.
“Kamu nunggu aku ya?”
“Eh! A’ah,” jawab Dean. Padahal dia sendiri tidak tahu apa yang dia jawab. Dia mengiyakan sahaja. Dean tidak pelik kalau Adrian tidak balik sebab Adrian memang begitu. Banyak menghabiskan masa di luar sendirian.
Adrian bergerak ke tempat tidurnya. Dia kemudian menuju ke meja belajar dan mengeluarkan alat lukisan. Jari jemarinya menari lagi. Menyelesaikan potret yang separuh siap. Tiba tiba dia bersuara..
“Dean.. Kamu belum jawab kan pertanyaan aku tempoh hari?”
“Pasal apa?”
“Bagi kamu.. Cinta itu perlu diluahkan atau simpan aja?”
Dean diam. Dia sendiri mengalami dilema kerana hal itu. Adrian tahu Dean tidak akan mampu menemukan jawabannya. Jadi dia mengambil jalan untuk bercerita.
“Begini..aku ada naksir satu cewek ni. Aku nggak yakin kalau dia bisa terima aku atau nggak. Tapi aku yakin aku hanya mahu dia. Aku percaya aku nggak bisa hidup tanpa dia. Aku perlu dia buat semangat aku. Karna itu aku nggak bisa kehilangan dia,”
“Sebenarnya aku tiada jawapan untuk itu. Jawapan itu ada pada tangan kau sendiri. Kau boleh cintai dia dalam diam dan itu lagi ikhlas. Tapi kalau kau luahkan itu tak bermaksud kau tak ikhlas. Kalau kau luahkan lebih bagus. Sebab kau tunjukkan dengan dia yang kau berani. Berani untuk melawan diri kau sendiri. Kalau kau luahkan kau tidak akan ada penyesalan. So go confess to her, why not?”
Bijak Dean berbicara. Dia sendiri takut dengan perasaan sendiri. Ironi betul kata kata dengan perlakuannya. Namun soalan Adrian membuatkan dia sedar dia perlu luahkan cinta yang selama ini dia pendam. Perasaan itu yang membuatkan dia terasa sangat sakit. Iya, dia juga harus nyatakan perasaannya.
“Thanks, Dean,” ujar Adrian. Lukisan potret itu sudah siap. Sepenuhnya.
…….
“Siapa Hannah Aliesya?”
Soalan Adrian terngiang-ngiang di telinga Dean. Mengapa Adrian bertanya soalan itu padanya secara tiba tiba?
Dean terpandang dua sosok tubuh yang dia kenali. Keduanya terlihat mesra bermain bola keranjang bersama. Timbul rasa tidak puas hati melihat kemesraan mereka. Dean mendekati mereka.
“Hai! Boleh aku join sekali?!” tegur Dean. Kalau diikutkan panas dalam hati memang dia mahu tinggikan suara. Namun dia masih berfikir mengikut waras akal.
Kedua-duanya berhenti dan memandang Dean.
“Ya, bisa aja,” jawab Adrian sambil tersenyum.
Mata Dean tertumpu pada Hana. Gadis itu diam sahaja sambil bercekak pinggang. Sesekali dia menarik nafas panjang akibat kelelahan.
“Tak apalah,” Dean sedar kehadirannya cuma mengganggu. Biarlah dia undur diri.
“Loh! Emang kenapa? Bentar tadi mau kok sekarang nggak mau? Ayolah. Lagi ramai lagi seru mainnya,” ujar Adrian.
“Tak. Aku baru ingat aku masih ada tugas belum selesai. Kamu main sajalah dulu. Lain kali je la aku join k,”
Dean menjawab soalan Adrian tapi mata masih memandang Hana. Namun Hana tetap diam membisu tanpa bercakap sepatah pun.
“Kalau gitu ya udah. Lain kali kamu ikut ya. Bantu aku kalahin si kecik ini,” ujar Adrian sambil mencengkam kepala Hana. Hana memberontak.
Dean tersenyum. Senyuman yang dipaksa. Dia mengangguk sebagai jawapan kepada pelawaan Adrian. Perlahan lahan Dean meninggalkan Adrian dan Hana berdua. Dia pergi dengan beribu persoalan. Apakah status hubungan Adrian dan Hana? Jika mereka bercinta kenapa Hana tidak pernah bercerita tentang Adrian padanya? Siapa dia bagi Hana?
…….
Majlis konvokesyen akan berlangsung tidak lama lagi. Dean sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam bahagian persembahan bertungkus lumus melakukan kerja sehabis baik.
“Serius betul hang bruh!” tegur Malek, gitaris band PERFectioN.
“Biasalah. Kalau aku tak serius, tidak berjalanlah performance kita nanti,” jawab Dean.
“Hmmm..betui jugak,”
“Hei, bruh! Ada satu benda aku musykil ni. Apa cerita hang dengan si Hana tu? Bukan korang dua couple ke? Pasaipa pulak dia bercinta dengan budak indon tu?”
‘Bercinta?’. Kini persoalan Dean terjawab. Adrian dan Hana memang sah bercinta. Hancur luruh hati Dean. Selama ini dia mendambakan cinta Hana sekelip mata sahaja dia jatuh ke tangan orang lain.
Dia mahu marah. Tapi apa haknya? Dia hanya sahabat bagi Hana.
“Hubungan aku dan Hana tidak lebih dari seorang kawan,”
“Huh?!” terkejut beruk Malek. Ya. Memang benar Dean dan Hana hanya kawan. Tapi itu tidak bermakna Hana boleh ketepikan Dean dalam urusan peribadi. Timbul rasa marah di hati Dean. Kenapa orang lain lebih tahu hubungan Hana dengan orang lain berbanding dirinya? Rasa diperbodohkan. Semua yang dia lakukan sikit pun tidak bernilai di mata Hana.
……..
Hana pelik dengan perubahan sikap Dean. Sejak dua menjak Dean seakan menjauh darinya. Dean gunakan alasan konvokesyen semakin dekat. Dan sejak dari itu Hana rasa kosong. Seperti dia kehilangan sesuatu dari dirinya. Kini Dean tidak lagi menghubungi Hana seperti selalu. Dean tidak lagi bertanya khabar. Tidak lagi menghantar pesanan di whatsapp menyuruhnya untuk belajar. Jujur Hana rindu semua nasihat Dean. Padahal dia paling benci nasihat itu dulu. Dean yang selalu menasihatinya untuk memaafkan ibunya.
Adrian berlari bersama aiskrim di kedua dua tangannya. Aiskrim di tangan Adrian mula mencair. Larian dipercepatkan agar aiskrim dapat diberikan pada Hana sebelum cair.
“Nah! Buat kamu,” Adrian memberikan aiskrim pada Hana. Nafasnya turun naik, kelelahan berlari dari kedai aiskrim. Peluh membasahi badan Adrian.
“Thanks,” jawab Hana dengan nada hambar.
“Tadi tu eskrimnya masih beku tapi nampak kamu aja terus cair. Mungkin karna kamu tu hangat sekali. Bukan eskrim ni aja, hatiku juga cair gara gara kamu,” Adrian buat lawak tapi Hana hanya tersenyum hambar.
“Kamu tu kenapa? Muram terus. Lagi period ya? Atau lagi sakit? Sini aku lihat,” Adrian meletakkan belakang tangan di dahi Hana. Hana menepis tangan Adrian.
“I'm fine,” jawab Hana.
“Jadi kenapa muram aja? Lagi ada masalah? Cuba cerita sama aku. Mungkin aku bisa bantu,”
Hana memandang Adrian. Bersungguh lelaki itu bertanya. Hana kemudian memandang aiskrim di tangannya, hampir cair sepenuhnya. Tisu di tangan sudah basah. Hana biarkan saja. Hana menarik nafas panjang.
“Ed.. Betulkah awak ada ajak Dean keluar dengan kita?”
Adrian jadi marah. Setiap kali keluar dating berdua, di mulut Hana hanya Dean sahaja. Memang Adrian tidak bawa Dean bersama. Dia sengaja. Dia mahu menghabiskan masa berdua dengan Hana.
“Kamu tu kenapa sih? Dean mulu. Emang pacarmu siapa? Aku atau dia? Aku juga punya hati, punya perasaan. Apa pendapatmu kalo kamu dengan pacarmu tapi pikiran dengan orang lain? Aku tu pacarmu! Susah payah aku lakuin semua agar kamu bisa bahgia tapi sikit pun kamu nggak hargai!”
Adrian menghela nafas berat. Hana mencapai tangan Adrian.
“Bie.. Sorry. I didn't mean to hurt you,” pujuk Hana.
Adrian memalingkan badan menghadap Hana. Dia terus memeluk Hana erat.
“Maafin aku. Aku nggak sengaja marahin kamu. I love you,”
“Ya, aku maafkan. Aku juga minta maaf. Aku hanya nak kau paham, aku dan Dean kawan baik dari dulu and love you much more,” Hana membalas pelukan Adrian.
“Kenapa aku ngerasa sejuk di belakang ya?”
Kedua-duanya tersedar aiskrim yang sudah cair di tangan masing masing. Mereka menikmati aiskrim cair itu berlatar belakangkan air pancuran yang menari mengikut rentak.
……..
“Kamu bercanda kan?”
Adrian menatap wanita di hadapannya dengan harapan wanita tersebut mengiyakan pertanyaan Adrian. Namun wanita itu menggeleng. Dia terlihat serius.
“I'm telling you the truth,”
“Tapi… MuMustahil. Aku turutin semua katamu, masa..”
Adrian mencengkam kepalanya. Berkali kali dia mengatakan pada dirinya bahawa semua itu adalah mimpi. Wanita tadi menggenggam lembut tangan Adrian.
“I'm sorry,” ujar wanita itu. Matanya berkaca kaca. Dia faham apa yang sedang dihadapi lelaki di hadapannya itu. Namun rasa simpati tidak mampu mengubah apa apa.
“Adrian…”
Adrian mendongak kepala. Mencari pemilik suara itu. HANA? Bagaimana Hana boleh berada di waktu itu? Adrian tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Hana. Dia tidak tahu dari mana dia harus jelaskan.
Wanita tadi turut memandang Hana. Dia berdiri lalu tersenyum pada Hana.
“Kamu mesti Hana kan? Ed selalu bicara tentang kamu,”
Hana hanya tersengih. Dia melirik Adrian. Mengisyaratkan pertanyaan siapa wanita itu. Dari segi penampilan wanita itu tidak jauh beza umur dengan Adrian. Berpakaian kemas dengan blouse yang dipadankan bersama palazo bertie di hadapan. Dengan kasut tumit tinggi jelas dia seorang yang bekerjaya. Jika bukan akauntan mesti peguam, duga Hana.
“Hana ini Amanda. Kawan aku dari kecil,” Adrian berdiri dan memperkenalkan Amanda pada Hana.
“Nah kan. Aku benar loh. Kamu Hana yang Ed selalu cerita ke aku. Hi, Hana nice to meet you,” sapa Amanda lalu menghulurkan tangan pada Hana. Hana menyambutnya.
“Nice to meet you, too,” terketar ketar suara Hana menjawab.
“Eh, kok berdiri aja. Have a seat. Take your order,” jemput Amanda.
“No, thanks. Hana cuma nak take away je. Kawan Hana tunggu kat luar tu,” tolak Hana.
“Oh okay,” Amanda akur.
“Hana balik dulu ya. Sara dah tunggu lama tu,”
Hana melirik Adrian. Adrian tersenyum dan melambai pada Hana. Hana membalas lambaian Adrian.
Dan perlahan lahan bayangan Hana dan Sara hilang dari pandangan. Adrian menarik nafas berat.
“Lumayan cantik,” puji Amanda. Amanda tersenyum memandang Adrian. Wajah Adrian muram. Senyuman Amanda dipadamkan.
“Kamu udah bilang ke dia?” Adrian menggeleng.
“Lebih baik kamu jujur aja karna satu hari nanti dia pasti bakal tau,”
Tiada respon dari Adrian. Adrian masih termenung. Memandang pada makanan terhidang, sedikit pun tidak disentuh. Hilang selera mendengar kabar dari Amanda.
…….
Dean menulis sesuatu pada sehelai kertas.
Aku menjauh bukan kerana aku membencimu
Bukan juga kerana aku telah berjumpa dengan seorang yang lebih baik darimu
Tapi aku menjauh kerana aku mahu melihatmu bahagia walau tanpa aku
Melihatmu ketawa buatkan aku bahagia meskipun bukan dengan aku
Tahukah kau aku sering mendoakan kebahagiaanmu?
Mungkin kau menyangka aku melupakanmu,
Mana mungkin aku lupakan kau yang menceriakan hari hariku
Aku di sini sendiri bersama kerinduan terhadapmu
Adakah kau juga merinduiku
Sahabatmu,
Dean
Pintu dikuak. Adrian masuk. Lekas lekas Dean menggengam kertas tadi lalu membuang ke dalam tong sampah.
“Baru balik?” tegur Dean. Adrian mengangguk perlahan.
“Barusan kamu lagi buang apa?” Adrian bertanya pasal kertas yang dibuang Dean.
“Tak ada apa apa. Itu cuma.. Emm.. Just tulis tulis buat hilang bosan. Manatau dapat idea baru untuk tulis lagu,”
Adrian mengangguk tanda faham.
“Konvo itu kapan? Esok kan?” Dean angguk.
“Kamu telah persiapkan segalanya. Pasti lumayan hebat. Aku bangga punya roommate seperti kamu,” puji Adrian. Dean hanya tersengih.
“Apapun good luck!” Adrian memukul bahu Dean.
“Thanks bro. Datang ya esok,”
Adrian hanya senyum. Tidak mengiyakan tidak juga menidakkan. Adrian menuju ke katil.
“Ed..” Adrian menoleh.
“Aku nak minta tolong dengan kau sikit,”
“Apa?”
“Tolong bagi ni dekat Hana. Cakap dekat dia, happy birthday dari aku. Aku tak dapat bagi terus dekat dia sebab aku busy,” ujar Dean sambil menghulurkan kotak hadiah besar pada Adrian.
‘Esok ulang tahun Hana?’ Adrian bertanya pada diri sendiri. Sedikit pun dia tidak ingat akan hal itu. Dia memeriksa kalendar. Memang benar 12 Disember adalah hari jadi Hana. Adrian mencemuh diri sendiri. Dia tiadapun buat persediaan untuk hari jadi Hana.
Adrian memandang Dean yang sudah dibuai mimpi. Dan dadanya terasa sesak. Adrian menghembus nafas berat. Kekesalan timbul dalam dirinya. Adrian mahu menjerit. Dia rasa bersalah. Rasa bersalah yang teramat sangat. Dia tahu Dean menyukai Hana. Dia tahu isi diari Dean yang selama ini Dean simpan rapi. Tapi dia memilih untuk pentingkan diri. Semua pesanan yang Hana berikan pada Dean, dia sembunyikan. Dia jauhkan Hana dari Dean.
“Dari mana kau dapat nombor aku?” tanya Hana. Pelik Adrian kerap menghubunginya.
“Amiruddin. Dia yang bagi ke aku. Kok kamu bohongin aku,”
“Tipu apa?”
“Kamu lagi bilang kalau Amiruddin pacar kamu padahal Amiruddin bilang kamu hanya sekadar teman,”
“Amiruddin cakap macam tu? Macam mana kau boleh jumpa dia?”
“Loh Dean itukan roommate aku,”
“Maafkan aku.. Maafkan aku,” Adrian menangis mengingati kesalahannya. Dia menipu. Dia tipu Hana padahal dia dapat nombor telefon Hana ketika dia mengambil telefon Hana tempoh hari. Bukan dari Dean. Bila dia bertanya siapa Hannah Aliesya pada Dean, Dean tidak menjawab pertanyaan Adrian kerana Dean tidak mahu Adrian mengambil Hana darinya. Namun hak yang dia takuti itu tetap terjadi. Adrian lebih dahulu menyatakan cinta pada Hana.
Adrian memeriksa gambar gambar Hana yang dia ambil di kameranya. Adrian tersenyum dalam tangisan. Hana hadir mengukir tawa di hidupnya hingga dia terleka akan adanya takdir dan ketentuan. Adrian teringat pesanan Amanda supaya dia bersikap jujur. Adrian akui, dia seorang pembohong tapi cintanya pada Hana bukan mainan. Dia betul betul mencintai gadis itu.
…….
Adrian menutup mata Hana. Dia memimpin Hana hinggalah sampai di satu tempat, Adrian membuka kain yang diikat menutupi mata Hana. Hana terkejut melihat gambar gambarnya tergantung di beberapa daunan pokok. Pokok yang menyimpan kenangan Adrian dan Hana. Di pokok itu, Adrian mengambil gambar Hana dan di situ jugalah Hana menekup kek ke muka Adrian.
“Selamat ulang tahun cinta,” ucap Adrian.
Hana memeluk Adrian. Meluahkan rasa terharu dan terima kasih buat lelaki itu.
“Thanks, Bie. Thank you so much. Hana tak tau nak luahkan macam mana lagi. Hana betul betul rasa happy. Bie tau, bie adalah lelaki kedua yang buatkan Hana rasa bertuah,”
“Yang kedua? Yang pertama pasti Dean kan?”
Hana memandang Adrian lalu menggeleng.
“Dean ketiga,” jawab Hana. Adrian mengangkat kening sebelah kiri.
“Yang pertama, Hana pun tak tau siapa dia. Yang pasti, dia adalah hero kecil Hana,”
“Misteri?” soal Adrian. Hana mengangguk.
“Tak tau kenapa Hana dipertemukan dengan orang yang misteri misteri ni,” Hana gelak kecil mengingatkan Adrian dahulu juga lelaki misteri di kolej mereka.
“Sounds creepy tapi Dean cakap, orang misteri ni lebih ikhlas. Sebab dorang protect dan sayang seseorang tu dalam diam,”
Adrian terkedu bila Hana menyebut nama Dean. Dia teringat akan pesanan Dean. Adrian menyuruh Hana tunggu dan menuju ke kereta. Adrian kembali bersama kotak hadiah yang besar. Hana membuka kotak hadiah itu. Gembira sekali Hana bila isi kotak hadiah itu boneka kesukaannya, the little heroes.
“Thanks once again Bie. How do you know I like this so much?” Hana memeluk boneka tersebut.
“Bukan dari Bie. Itu pemberian Dean. Katanya, dia sibuk. Dia suruh aku kirim ucapan happy birthday ke kamu,”
“Ingat jugak si Bahenol tu kat aku ye,”
“Kamu suka?” tanya Adrian. Hana mengangguk cepat.
“Suukaaa bangat. Tak sangka ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup aku,”
Adrian memandang Hana yang tersenyum lebar. Wajah Adrian serius.
“Hanaaa..”
“Ada sesuatu aku mau ngomong ke kamu..”
“Cakap je. Apa dia?”
“Let's break up,”
Terbeliak mata Hana. Dia menyalahkan pendengarannya. Mustahil! Adrian takkan putuskan Hana. Adrian sudah janji takkan tinggalkan Hana.
“It's not funny,”
“No Hana! I'm not kidding,”
“Tapi kenapa? Apa salah aku? Tolong bagitau aku. Aku akan ubah. I promise,” Adrian menggeleng.
“Kamu nggak ada salah. Nggak ada kurang. Aku yang salah. Maafkan aku,”
Air mata Hana menitis. Setelah semua dia perjuangkan akhirnya Adrian bukan miliknya. Hana menekan dadanya. Terasa sakit di hati.
“Jadi kau bawa aku ke sini semata mata mau cakap ini? Kau jahat! Kau jahat! Aku benci!” Hana memukul dada Adrian. Adrian menahan sakit pukulan Hana seperti mana dia menahan air mata dari jatuh. Adrian tahu Hana terluka dan itu bukan keinginannya. Dia juga terluka.
“Mungkin ini kali terakhir aku melihatmu karna aku akan balik ke Indonesia petang ini,”
Sekali lagi Hana tergamam. Terasa dipersenda. Adrian yang dahulu berusaha meminta hatinya kini pergi meninggalkannya tanpa alasan. Lalu kenapa Adrian perlu datang kalau ianya cuma sekadar persinggahan? Mengapa ada pertemuan jika pengakhirannya sebuah perpisahan yang menyakitkan?
“Maaf,” itu kata terakhir Adrian. Dan perlahan lahan Adrian meninggalkan Hana. Bayang Adrian menghilang ditelan kereta. Puas dia tahan namun air mata lelakinya jatuh jua.
……….
Majlis konvokesyen bekas mahasiswa kolej berlangsung mengikut perancangan. Detik mendebarkan Dean dan band PERFectioN akan berakhir. Setelah semua persiapan dilakukan mereka akan menjadikan majlis penutupan lebih happening.
Dean mencapai telefon bimbit lalu tangan pantas menaip namun dipadam. Taip lagi lalu padam. Dean menarik nafas panjang.
“Kejap lagi persembahan kami. Jangan lupa datang!”. SEND. Mesej dihantar kepada Hana. Fuhhh! Barulah rasa lega.
Menanti detik persembahan bermula, telefon bimbit Dean bergetar. Panggilan masuk. Dean melihat nama Hana tertera di skrin telefon. Memang dia menantikan kata semangat dari Hana. Dean terus menekan butang hijau.
“Hello?!”
Tiada sahutan. Dean hanya mendengar bunyi tangisan teresak esak di corong telefon.
“Hello Hana! Kenapa ni?” jantungnya tiba tiba berdegup kencang.
“Dean..Dean..” Hana cuba bercerita tapi tidak dapat menahan tangisan.
“Okay, tak apa, aku paham. Hana di mana sekarang?”
Tiada jawapan. Sunyi sepi. Dean memeriksa telefonnya. Bateri habis cas. Dean menyumpah. Dia membaling telefonnya.
“Hang kenapa Dean tetiba emosi?” Malek bingung dengan tindakan Dean.
“Aku tak dapat join persembahan ni la bro!”
“Huh?! Hang jangan main main. Persembahan tu bermula sat gi. Hang tu vokalis,”
“Tak apa. Amirul, tolong ganti aku. Aku ada emergency,”
Amirul back up singer pun kebingungan. Nasib baik dia juga ada turut serta dalam latihan.
“Buli! Tapi sia sia la kau tulis tu lirik, latihan semua last last kau nda nyanyi jugak,”
Betul kata Amirul tapi bagi Dean, lirik lagu itu dia tuliskan buat Hana dan tiadalah erti dia bernyanyi jika orang yang ditujukan tidak mendengar.
“Aku pergi dulu,” Dean menepuk bahu Amirul dan Malek. Lalu berlari mencari Hana.
……..
Puas Dean mencari satu kolej dia tidak jumpa. Dean terfikir untuk cari di tempat tinggal Hana tapi menurut Sara, dia ada nampak Hana bersama Adrian beberapa jam lalu. Dean mencari kelibat Adrian tapi Adrian pun tidak kelihatan. Dean hampir putus asa. Nafasnya turun naik kerana kelelahan. Akhirnya Dean teringat tempat kesukaan mereka berdua. Dean segera menuju pokok di hujung padang kolej. Ya, Hana di sana.
Dean menghampiri Hana yang tertunduk menangis sendirian. Hana seperti tidak keruan. Dean mencari kelibat Adrian tapi tiada. Kenapa Hana ditinggalkan sendirian? Dean bertekad jika dia menemui Adrian pasti dia belasah lelaki itu cukup cukup.
“Hana, kenapa ni?”
Hana terus memeluk Dean.
“Dean..dia putuskan Hana. Dia tinggalkan Hana sendiri. Dia balik Indonesia petang ni. Dean.. Tolong Hana. Hana tak boleh hidup tanpa dia,”
“Hana.. Jangan macam ni. Lelaki macam tu tak layak untuk kau. Aku boleh tolong kau, bawa dia kembali dekat kau tapi kalau dia mahu pergi lambat laun dia tetap akan pergi. Tak perlu bersedih untuk orang tak guna macam tu!”
Hana meleraikan pelukan dari Dean. Sangkaanya Dean akan faham. Namun dia silap. Dean langsung tak faham. Dia mengadu pada orang yang salah. Dean tak pernah bercinta dan tak pernah jatuh cinta, Dean tak akan faham apa yang Hana rasa.
“Aku salah orang untuk bercerita. Aku bercerita pada orang yang tidak tau apa itu makna cinta,”
Dean tergamam dengar jawapan Hana.
‘Tak. Kau tak salah bercerita. Aku yang salah mendengar. Aku yang selalu ada pada orang yang tidak pernah melihat cintaku padanya. Jika ada nama lain bagi cinta itulah ‘sakit’. Iya, cinta adalah kesakitan. Jika kau berani membuka hatimu pada cinta bermakna kau juga harus sedia untuk disakiti,’
Menahan semua kepedihannya, Dean merapikan rambut Hana.
“Sudah, mari balik! Mungkin bantal pelukmu lebih paham air matamu lebih dari aku!”
Perlahan lahan Hana berdiri.
“Kejap!” Hana berhenti berjalan. Dean tunduk lalu mengikat tali kasut Hana.
“Kan aku dah cakap dulu, ikat tali kasut macam ni. Susah nak terbuka. Dah! Jom!” perbuatan Dean mengingatkan Hana pada Adrian kerana Adrian juga pernah mengajarnya cara ikat kasut yang betul. Air mata Hana mengalir lagi.
Dean menoleh. Hana masih di belakang. Dean menunggu Hana yang berjalan bagai kereta api. Bila Hana sudah dekat, Dean duduk. Dean menepuk bahunya dua kali, mengisyaratkan untuk Hana naik di pundaknya. Hana tergamam. Lalu Dean terus menggendong Hana.
“Kalau tunggu kau jalan sampai besoklah kita tidak sampai sampai,” Dean tersenyum. Hana memang perempuan yang sukar dijaga. Ingatan Dean mengimbau semula kenangan di zaman kanak kanak. Dia juga pernah menggendong Hana ketika Hana dibuli oleh Bella dan abangnya.
……..
Petang itu, selesai menghantar Hana pulang, Dean terus menuju ke KLIA. Dean menangkap sosok yang dia cari. Adrian terlihat berpelukan bersama seorang wanita. Dean menghampiri mereka. Tanpa bercakap banyak, Dean menepuk bahu Adrian lalu menghadiahkan sebuah penumbuk di pipi Adrian. Kekuatan tumbukan Dean menyebabkan Adrian terpelanting. Amanda terkejut.
“Kau memang jahanam kan? Kau ambik Hana dari aku lepas tu kau bla begitu saja, pengecut!”
Adrian menyentuh pipinya yang ditumbuk Dean. Dia mengerang kesakitan.
“Aku tidak ambil Hana dari kamu tapi kamu yang berikan dia padaku. Kamu bilang aku pengecut, cehh! Kamu tu yang pengecut! Kamu takut berdepan dengan perasaan sendiri. Kamu terlalu lambat hingga kamu jadi galau begini,”
“Jadi kau bercinta dengan Hana semata mata nak kenakan aku?!”
“Mengapa aku harus kenain kamu? Kamu bukan musuh aku. Aku pacaran dengan dia karna aku memang mencintainya,”
“Kalau kau cintakan dia kenapa tinggalkan dia? Apa sebab dia?” Dean menunjuk Amanda. Mata Amanda membulat.
“Bukankah aku sudah bilang, kamu harus bicara sejujurnya,” kata Amanda pada Adrian.
“Iya. Aku putusin Hana karna Amanda,” Adrian mencapai tangan Amanda.
“Aku bakalan nikah dengan Amanda. Papa aku nggak mau orang Malaysia. Masa aku mau kecewain papa aku cuman karna seorang perempuan,”
Amanda terkejut dengan jawapan Adrian. Pandai sekali dia memutar belitkan fakta. Amanda mahu bersuara tapi Adrian mengisyaratkan dia untuk diam.
“Hana...kamu bisa ambil semula,”
Panas hati Dean mendengar kata kata Adrian seolah olah Hana barang yang tidak bernyawa. Dean mencapai kolar baju Adrian. Nafasnya turun naik. Adrian sudah bersedia menerima tumbukan kali kedua. Tapi Dean melepaskannya semula.
“Pukul saja aku! Ayo! Kenapa kamu berhenti?”
“Sia sia.. Keadaan takkan berubah jika aku pukul kau mati sampai sekalipun,”
Pengumuman dari pihak Air Asia yang menyatakan penerbangan ke Indonesia akan bertolak. Adrian mengambil begnya dan menuju ke kapal terbang bersama Amanda. Dean berdiri dengan nafas yang berat dan melangkah keluar dari tempat itu.
“Sebentar!”
Dean menoleh. Amanda tercegat di pintu pemeriksaan.
“Siapa nama kamu?” jerit Amanda.
“Amiruddin Attar,”
……..
Dean membawa motosikal Yamaha Suzuki dengan lajunya. Sesekali dia menoleh ke belakang, mengharapkan Hana akan memberi respon. Namun Hana senyap saja hanya tangan diperkuat mencengkam baju Dean.
Dean bawa Hana balik kampung sementara cuti sem atas permintaan gadis itu. Setelah penat Dean memujuk, akhirnya Hana setuju untuk mendengar penjelasan Dean mengenai ibunya.
Ya, memang Hana anak angkat Mak cik Sofiya tapi mak cik Sofiya sudah menganggap Hana bagai anak sendiri. Hana sebenarnya anak buah kepada arwah tunang Sofiya, Hanafi. Ayah dan ibu Hana serta Hanafi terkorban dalam kemalangan jalan raya di hari pernikahan Sofiya dan Hanafi. Hampir sahaja Sofiya menjadi gila ketika itu namun adanya Hana menghiburkan hatinya. Wajah Hana yang sedikit iras Hanafi mengubat rindu pada arwah tunang. Walaupun ramai yang masuk meminang Sofiya tetap menolak dengan alasan jodohnya sudah tertutup untuk lelaki lain selain Hanafi. Sofiya juga tidak mahu Hana dijaga oleh ayah tiri yang jahat kerana itu dia sanggup besarkan Hana seorang diri.
Setibanya Hana di kampung dia terus mencari ibunya. Hana memeluk Sofiya sambil menangis memohon maaf.
“Ibu..maafkan Hana bu. Hana derhaka pada ibu. Maafkan Hana. Hana sayang ibu,”
Tangan tua itu mengusap rambut anak gadisnya. Air matanya mengalir, Tuhan mengabulkan doa doanya selama ini. Akhirnya kerinduan yang dia tanggung terubat. Ibu mana yang tidak maafkan kesalahan anaknya. Sebesar manapun kesalahan seorang anak hati ibu tidak akan sampai hati untuk membenci.
Sofiya perlahan lahan menghampiri Dean. Tangan merayap cuba mendapatkan Dean. Dean memegang tangan tua itu.
“Terima kasih, nak. Dean sudah banyak tolong mak cik. Terima kasih jagakan Hana selama ini,”
“Sama sama, mak cik. Bukan Dean yang jaga Hana tapi doa mak cik la yang menjaganya,” Sofiya tersenyum mendengar jawapan Dean. Alhamdulillah.
……..
“Seronoklah kau kan! Hana sudah berbaik dengan mak cik Sofiya,” perli Aeril.
“Mak cik Sofiya tu aku sudah anggap macam mak sendiri,” jawab Dean.
“Oh! kiranya mak tu mak aku sorang la yer?”
“Taklah sampai macam tu. Mak kita tu mak aku jugak. Pasal apa pulak kau nak bersendirian berhad. Cuma mak cik Sofiya tu kan baik. Lagipun…”
“Lagipun anak dia tu bakal isteri kau, kan?” Aeril menyampuk. Dean hanya ketawa mendengar usikan Aeril.
“Rancak borak! Cerita pasal apa tu?” Bella yang datang entah dari mana tiba tiba datang menyampuk.
“Eh, Bella! Lama tak nampak Bella. Bella apa khabar?” tegur Aeril.
“Kabar baik. Bella sibuk. Tu yang tak nampak tu. Bella datang ni pun nak jumpa Dean kejap,”
Aeril yang tadi gembira kini menjadi sedih. Jelas terlihat dari riak wajahnya. Dean memalingkan muka dari Bella. Dia memandang abangnya berharap Aeril tidak akan meninggalkan mereka berdua. Namun Aeril pergi jua.
Bella merapatkan diri dengan Dean. Dean menjauh. Bella mendekat, Dean menjauh lagi. Akhirnya Bella putus asa.
“Dean sihat?”
“Emm sihat sihat. Alhamdulillah,” jawab Dean sambil menggigit gigit tangkai padi.
“Dean… kenapa Dean dingin betul dengan Bella?”
“Dingin ke? Dingin macam mana? Mungkin aku ni ada keturunan frozen kot tu yang Bella rasa dingin tu,”
Bella ketawa dengar Dean berseloroh.
“Dean ni kelakarlah. Tu yang Bella suka Dean tu,”
Keduanya diam seketika.
“Rasanya Bella tak payah cakap kot. Dean tau yang Bella suka dengan Dean. Bella dah lama tunggu Dean. Sejak dari kecil lagi. Dean.. takkan Dean tiada sekelumit perasaan pun terhadap Bella. Kita kenal dah lama,”
Dean membuang tangkai padi dari mulutnya.
“Bella..apa aku boleh cakap. Berhenti berharap dengan aku. Bella tu cantik, mesti ramai yang minat Bella. Aku tak layak untuk cinta Bella. To be honest, aku memang pernah cuba suka Bella. Tapi tak dapat. Aku sayangkan Bella macam abang sayangkan adik. Sia sia Bella. Sia sia aku bersama dengan Bella kalau aku tak cintakan Bella. Bella takkan bahagia,”
Bella menangis Dean menolak cintanya. Rasa seperti si bodoh terus mengharap pada orang yang tak sudi. Susah payah dia datang, menebalkan muka, menjadi bunga yang mencari kumbang namun hanya penolakan yang dia terima.
Dean memujuk Bella. Dean berikan sapu tangan pada Bella.
“Don't cry, Bella. I don't deserve your tears. People said, when one door closed, there are still another doors open,”
Dean memandang Aeril yang berada jauh di sana. Di bawah panas terik, Aeril bercucuk tanam.
“Dalam diam ada orang yang tunggu Bella lebih lama dari Bella tunggu aku. Go for that door Bella before it closes,”
“Orang tunggu Bella? Siapa?” Bella memandang sosok yang mencuri perhatian Dean. Aeril!
……..
“As. Salaaamu. Alaikum,” Dean bertingkah seperti kanak kanak.
Hana yang termenung di tangga terkejut dengan kehadiran Dean bersama basikal lapuknya.
“Patutlah tak laku. Suka sangat termenung kat tangga,”
Hana menjeling dengar usikan Dean.
“Apa hal lu mari sini?”
“Waaa.. Main kasar nampak. Gua mau pungut utang. Lu banyak lokek punya olang. Lu punya utang sudah lama lu tidak bayal,”
“Alaa.. Soli la tauke. Gua belum ada duit mah. Gua masih belajar. Belum kelaja mah,”
“Gua bukan tauke. Gua pali pali. Sikalang gua mau bawa tuan puteli naik ini keleta labu,”
Eh, dari cerita tailong bertukar ke cinderella pulak. Kering gusi Hana ketawa. Ada ada sahaja idea Dean buat Hana terhibur.
“Sudah! Sini!” Dean mengarahkan Hana untuk duduk di kerusi belakang.
Dean bawa Hana keliling kampung dengan basikal. Tidak hanya itu Dean bawa Hana main layang layang. Layang layang Hana terbang tinggi sementara layang layang Dean tidak dapat terbang. Sakit perut Hana mentertawakan Dean. Padahal Dean sengaja tidak membiarkan layang layang itu terbang agar Hana dapat ketawa. Dean menghantar Hana balik dengan basikal lapuk. Mereka melalui sawah padi yang diusahakan keluarga Dean. Cahaya matahari yang hampir terbenam memancar pada sawah padi menjadikan warna sawah padi sedikit keperangan. Hana menikmati pemandangan yang indah itu di samping tiupan bayu petang. Sekali lagi membawanya pada kenangan bersama Adrian.
“Dean.. Hana sudah biasa tengok matahari terbenam. Besok boleh tak Dean datang awal pagi, Hana nak tengok matahari terbit pula. Mesti lebih cantik,” pinta Hana.
Dean yang mengayuh basikal bersahaja, “Ini pali pali mah. Apa saja tuan puteli mau. Tapi sikalang pali pali mau cepat. Masa tuan puteli sudah mau habis,”
Dean mempercepatkan kayuhan agar mereka boleh sampai di rumah Hana sebelum maghrib. Kerana kecepatan yang luar biasa ditambah lagi dengan basikal yang sudah berusia, rim basikal longgar, basikal tidak dapat dikawal, Hana dan Dean terjatuh ke sawah. Habis basah lumpur badan mereka berdua. Hana hanya mampu ketawa.
Tepat azan berkumandang, Hana sampai di rumah. Sebelum Dean balik, Hana mengucapkan terima kasih.
“Terima kasih pari pari buatkan aku gembira,”
“No prob,” Dean mengayuh basikal menuju ke rumah. Sempat lagi Hana menjerit, meminta Dean untuk berhati hati.
…….
Dean merebahkan diri di katil setelah penat membonceng Hana seharian. Dia mengenangkan detik detik bersama Hana. Memang Hana ketawa tapi Hana tak bahagia. Dean tahu Hana masih terkenangkan Adrian. Sudah sebulan Adrian tinggalkan Hana dan Hana masih seperti itu.
Dean menangis. Dia mengasihani dirinya. Berbagai cara dia sudah cuba untuk buatkan Hana sedar kehadirannya. Namun Hana masih begitu, menganggapnya cuma sebatas teman.
Hati Dean terus berbicara,
Aku penat. Aku penat mengejar cinta yang tak pernah ku dapat. Menggenggam erat jari jari ketika dia sedang sekarat. Ketika matanya sudah tidak larat, menanggung beban yang berat, pundak aku sediakan untuk dia berehat. Tapi apa aku dapat? Dia masih seperti itu. Masih buta dalam menyedari kehadiranku. Masih pekak dalam mendengar suara hatiku. Mungkin ada baiknya untuk aku menyerah sahaja. Percuma. Aku takkan pernah ada dalam hatinya.
Telefon berbunyi menandakan pesanan masuk. Dean membuka facebook messanger.
Hi, Amiruddin. Aku Amanda. Ada hal yang perlu aku bicarakan
Pasal apa? - Amiruddin
Tentang Adrian - Amanda
Kenapa dengan Adrian? - Amiruddin
Aku tidak dapat bicara di sini. Terlalu banyak perlu aku katakan. Kapan kamu free? Aku mau jumpa sama kamu - Amanda
Bukan kamu di Indonesia? - Amiruddin
Tidak. Aku kini di Malaysia. Adrian juga. Kamu akan tau kenapa lepas aku ketemu kamu - Amanda
Baik. Kita jumpa esok - Amiruddin
Dean tidak faham kenapa wanita itu menghubunginya. Sejak di KLIA lagi, Amanda bahkan bertanyakan nama sebenar Dean. Esok, esok semuanya akan terjawab.
…….
Dean memandang Adrian yang terbaring tidak bermaya dengan pandangan sayu. Nafasnya turun naik, tidak teratur. Degupan jantung juga sama, tidak teratur. Dean teringat kata kata Amanda tempoh hari.
“Adrian berbohong ke kalian. Aku bukan istri pilihan papanya. Aku doktor peribadinya. Aku nggak mau kamu terus salahin dia jadi aku ketemu kamu,”
Amanda menarik nafas berat. Dia menyambung semula ayatnya.
“Adrian itu emang sakit. Bahkan sebelum dia ke Malaysia, dia udah sakit. Hubungan dia dan papanya nggak berapa bagus. Dia sempat menghidap depresi. Itu memburukkan lagi sakitnya. Ubat pun dia nggak makan. Kalau aku nggak marah dia nggak bakalan makan. Namun beda setelah dia ketemu Hana. Dia rajin sekali makan ubat. Malah dia sering bertanya kapan rawatan selanjutnya. Adrian cinta bangat sama Hana. Tapi dia nggak punya pilihan. Dia nggak mau Hana menderita seandainya satu hari nanti dia akan pergi. Makanya saat tau penyakitnya nggak bakalan sembuh, dia putusin Hana. Karna dia tau cepat atau lambat, dia bakalan ninggalin Hana,”
Pandangan Dean kemudian dialihkan pada gadis di sebelah Adrian. Hana tertidur kelelahan. Semalaman dia menangisi Adrian. Puas dia memaksa Adrian untuk bangun dan bercakap dengannya. Tapi Adrian masih seperti itu. Hanya air mata yang mengalir membasahi pipi Adrian. Adrian dapat merasakan kehadiran Hana disisinya tapi dia tidak dapat berbuat apa apa. Dia benar benar tidak berdaya. Dean menutupi badan Hana dengan jaket miliknya. Pasti tubuh kecil itu kesejukan.
Hana terbangun. Dia mengucapkan terima kasih pada Dean.
‘Seandainya aku bisa putar semula waktu, aku nggak mau bertemu denganmu. Aku akan simpan perasaanku ke kamu. Aku nggak bakalan luahkan cinta ini. Dan kamu nggak akan tersiksa sebegini. Ini salah aku! Dan seandainya aku bisa bicara semula, aku akan nyeru kamu untuk sadar dari tidur panjangmu. Kamu telah dibuai mimpi tentangku hingga kau tidak sadar, cintamu sebenarnya bukan padaku. Tapi pada dia, lelaki yang kau sangka sahabatmu. Kamu butuh dia lebih dari kamu butuh aku. Kalau saja waktu bisa ku putar kembali, aku nggak bakalan rebut kamu dari dia. Karna aku cuman pemisah pada dua hati yang saling mencintai. Bagaimana cara buat kamu sadar? Mungkin hanya bila kamu kehilangan dia baru kau sadar, kamu sangat mencintai Dean, Hana,’ Adrian cuba mendapatkan tangan Hana. Hana nampak pergerakan jari jari Adrian.
“Adrian! Bie! Hana di sini Bie. Hana takkan pergi!” Hana mencium tangan Adrian.
“Dean Adrian tau aku ada kat sini Dean. Dia tau!”
Hana menyapu rambut Adrian yang sedikit. Dia mencium dahi Adrian.
“Bie! Bangun Bie! Jangan tinggalkan Hana lagi. Hana tak sanggup hidup tanpa Bie,”
Mulut Adrian terkumat kamit. Hana cuba memahami perkataannya. Hana menangis. Sedikit pun dia tidak faham. Dean sedih melihat Hana yang menangis lagi. Sedang matanya sudah bengkak semalaman menangis. Dean keluar meninggalkan Hana bersama Adrian.
Dean mendapatkan Dr. Amanda.
“Tolong buat apa saja dengan saya, yang penting Adrian boleh diselamatkan. Kalau boleh ambil seluruh organ saya, ambil la. Saya rela. Saya merayu tolong selamatkan Adrian,” Dean berlutut di hadapan Amanda. Amanda hanya tergamam. Air mata Dean jatuh membasahi pipi.
‘Andai nyawaku jadi taruhan. Aku rela demi melihat Hana bahagia. Mungkin inilah pengorbanan terakhirku buatnya’
……..
Benar kata orang, kau tidak akan sedar betapa berharganya seseorang dalam hidupmu sehingga kau kehilangannya. Hanya apabila kau kehilangan barulah kau akan tahu apa itu erti menghargai. Dahulu, Adrian pernah berkata, “Andai dia buatkan kau ketawa, itu suka. Andai dia buatkan kau menangis, itu sayang”. Sekarang orang yang membuatkan Hana menangis adalah orang yang pernah membuatkan dia ketawa. Dan orang itu adalah Dean.
Kehilangan Dean buatkan Hana benar benar rasa kosong. Dia bukan sahaja merasa kosong di hati malah separuh dirinya seolah olah telah pergi. Pergi bersama bayangan Dean.
Hana meneliti setiap barang di bilik Adrian. Adrian memang lelaki berseni. Biliknya bagaikan sebuah pameran, penuh dengan unsur seni. Hana menatap gambar gambarnya yang diambil Adrian ditampal pada dinding bilik. Hana tersenyum melihat gelagat sendiri. Kemudian Hana beralih pada lukisan tangan Adrian. Hana tersenyum pada sebuah potret dan di bawah potret itu bertulis, Hannah Aliesya. Hana menyelak lukisan lain. Dean dan Hana yang menatap satu sama lain manakala di sisi lain Adrian menekup muka bersendirian. Hana cuba menafsirkan di balik lukisan itu.
“Tak paham,” Hana mengutuk diri sendiri kerana tidak dapat memahami maksud di sebalik lukisan itu.
Pintu bilik dikuak.
“Kamu masih di sini? Ayo turun! Aku perlu bawa kamu keliling Indonesia,”
Hana menurut. Dia meletakkan lukisan Adrian di tempat asal.
Lagu celengan rindu nyanyian Fiersa besari diputar. Bergema satu kereta.
“So kita nak ke mana?” tanya Hana.
“Kamu bakalan tau deh!” jawab si pemandu.
…….
“Ada apa dengan cinta? Awak pun minat filem ini jugak ek?”
“Of course la. Ceritanya menarik bangat,”
“Tidak sangka doktor pun pandai berjiwang,” gurau Hana.
Sama sekali Hana tidak menyangka Dr. Amanda akan membawanya ke pameran buku AADC. Dia sangka Amanda akan membawanya ke tempat pelancongan di Indonesia.
“Doktor itu kan cuman bidang pekerjaan,” jawab Amanda.
“Awak samalah dengan kawan saya. Dia pun minat citer citer Indonesia jugak. Ada apa dengan cinta, Dilan, perahu kertas, tenggelamnya kapal van der wijck, semua dia layan,” Hana ketawa kecil mengenangkan sikap Dean yang suka mengumpul buku. Semua buku dia kumpul. Sentuh sikit saja, Dean akan bising. Tak faham Hana dengan sikap pencinta buku Dean.
“Kawan kamu itu Dean ya?”. Hana mengangguk.
Amanda tersenyum lebar. Senyuman itu seperti ada sesuatu. “Asal senyum macam tu?”
“Salah apa? Senyum itukan bagus untuk kesihatan. Nangis tu bebanin paru paru aja. Dan.. Adrian itu udah lama pergi. Udah 2 tahun. Udah masanya cari pengganti,”
“Apa kau merepek ni? Dahlah. Mari masuk,”
Pameran buku AADC dipenuhi orang. Ramai orang berbaris semata mata mahu mendapat tandatangan author. Hana dan Amanda turut berbaris.
“Aku hairan kenapa kamu harus ngebohongin diri kamu kalo kamu lagi rindu Dean?”
“Mana ada saya berbohong. Saya memang rindu dia sebagai sahabat,”
“Bohong! Kamu sebenarnya rindu lebih dari itu kan? Kamu tau nggak, sejak Dean lanjutin pelajarannya, kamu bicara tentang dia mulu. Bilang aja kalau di pikiran kamu itu cuman dia,”
Hana ketawa kecil. Bagaimana pula Amanda boleh tahu apa yang ada di fikirannya?
“Menurut psikologi kalau kita mikirin orang yang sama mulu, orang itu duluan mikirin kita deh. Nah! Maksudnya Dean juga mikirin kamu. Tapi kamu dua itu sama deh. Egois!”. Hana ketawa lagi. Amanda pula yang geram lebih. Tapi Hana ragu. Dean tak pernah pun cakap dia suka Hana. Dia layan Hana tiada beza dengan kawan perempuan yang lain.
Tiba tiba dewan itu jadi riuh. Kononnya akan ada karya baru dari author AADC dan menariknya kali ini dia akan bergandingan dengan penulis dari Malaysia. Dan penulis itu sudah pun datang. Amanda bagai cacing kepanasan, leher dipanjangkan mengintai penulis yang dimaksudkan.
“Sabarlah. Nanti sampai jugak giliran kita,” Hana menahan Amanda yang sudah tidak sabar bertemu para author.
Akhirnya giliran mereka sudah sampai. Alangkah terkejutnya Hana ternyata penulis baru itu Dean. Mahu saja dia teriak kegembiraan. Tak sangka sahabat baiknya sudah menjadi penulis sesuai minatnya.
“Hana!” panggil Dean saat Hana dan Amanda hendak keluar meninggalkan pameran.
Jantung Hana berdegup kencang. Amanda pula sudah tersenyum girang. Dia menolak Hana. Mungkin inilah masanya Dean meluahkan rasa cinta.
“Aku cuma nak tanya, apa kabar kau sekarang?”
Amanda jengkel. “Kalau cuman itu bilang aja di whatsapp”. Hana mencubit Amanda. Amanda kesakitan.
“Baik je. Kau pulak macam mana? Bila balik Malaysia?”
“Aku pun baik jugak. Tak lama lagi aku akan balik Malaysia. Okaylah Hana. Jumpa di Malaysia nanti,”
Dean melambai Hana dan Hana membalas lambaian. Mengeluh besar Amanda dengan perangai mereka berdua.
……..
Balik Malaysia saja, rumah Hana dipenuhi barang hantaran. Katanya ada orang datang melamar Hana dan Sofiya menerima lamaran itu. Pada mulanya Hana marah namun dia redha. Dia harus berserah pada takdir.
Hana memandang sosok suaminya dari belakang dengan wajah muram. Entah bagaimana dia harus melayari bahtera syurga tanpa cinta.
Selesai ijab kabul, suami Hana menghadapnya. Mata Hana membulat. Amiruddin?!
“Aku dah lama nak cakap benda ni kat kau. Tapi aku takut kau tolak. Aku suka kau wei,” ujar Dean. Kali ini dia beranikan diri untuk meluah. Tapi belum berani menatap mata Hana.
“Hana pun cintakan abang,” jawab Hana sambil menggapai tangan Dean. Dean mendongak kepala. Menatap wajah Hana. Dean tersenyum. Perempuan itu akhirnya menjadi miliknya.
Dean mencium dahi Hana lalu Hana membalas dengan mengucup tangan Dean.
Mencintai tak seharusnya memiliki namun andai termiliki maka ianya lebih bermakna. Cinta tak perlu diluahkan namun jika kau luahkan maka kau lebih jujur pada perasaanmu. Jangan risau andai cintamu tak bebalas kerana ia mengajarkanmu menjadi lebih ikhlas. Jangan pernah berbohong dengan hatimu kerana hati takkan dapat menipu.
Dean meletakkan pen dan menutup diari. Dia memandang Hana yang sudah lena dibuai mimpi. Dean mengucap syukur. Doa doanya dulu kini telah termakbul.
—TAMAT—
Comments
Post a Comment