HaLO! Bab 3
Bab 3
Barang dikemas. Satu per satu barang masuk kotak. Nampaknya memang benar-benar berakhirlah dunia wartawan aku. Cita-cita aku untuk jadi dispatch berjaya tidak kesampaian. Bye semua.
“Sabarlah Wa. Mungkin rezeki kau bukan kat sini. Aku pun tak tau kenapa si bos tu marah betul. Maybe sebab saham syarikat jatuh teruk kot. RTB makin tak laku. Bos tak dapat gaji ramai pekerja. Mungkin sebab tu la kot dia terpaksa kurangkan pekerja,” pujuk si lelaki teragung.
“Tapi kenapa aku, Sya?! Aku ni pekerja berkredibiliti kot,”
Hmmm.. Kredibiliti sangat. Datang kerja pun nak dekat jam 10. Bos lagi sampai dulu.
Aena, si kaca mata datang mendekat.
“Kenapa ni?”
“Tanya lagi. Bos kau tu la. Adakah patut dia pecat pekerja berkredibiliti tinggi macam aku ni? Tak faham betul la!”
“Siapa suruh kau Wa datang kerja pun masa matahari dah nak terbenam,”
Eh eh aku pulak dipersalahkan. Ni melebih ni. Bukan nak back up ke apa tapi mengutuk pula. Sejak bila pula matahari nak terbenam jam 10 pagi?
Memang salah kau la Hawa. Siapa suruh kau mengadu dekat pengabdi cinta bos. Kan hidup hidup kau kena. Pajal!
Hawa angkat beg dan kotak besar.
“Eh eh, kau betul-betul ke nak pergi?”
Aena menarik tangan Hawa.
Eh eh dia ni. “Betul la!”
“Alaaaa. Tak ada la kawan aku nak mengumpat. Kawan aku bercerita. Cerita kau best. Lucu. Suka aku dengar. Tak apa nanti aku pujuk bos supaya ambik kau kerja balik ok,”
“Hmmm.. Tak payah. Kalau bos hati batu tu dengar pujukan, tak adanya si drama queen kita ni kena pecat. Daripada kau sibuk nak pujuk dia ambik balik Wawa kerja baik kau pujuk bos kesayangan kau tu supaya balas cinta kau,”
Apabila si lembut berkata kata. Straight to the point. Tak adanya nak tapis tapis. Nak jaga hati? Jauh sekali.
“Kau apa masalah, Sya? Apa yang kau tak puas hati dengan aku?” O'ouh! Aena dah high blood tu!
Dah dah. Daripada aku menyaksikan WWE depan mata baik aku jalan dulu. Syamil dan Aena tu kalau bergaduh bukan setakat mulut tapi main tangan sekali. Siap bertarik rambut lagi. Hari tu sampai Hawa jadi mangsa. Sibuk sangat kan jadi pengadil. Akhirnya terbuang tudung akibat daya tarikan graviti Syamil dan Aena. Memang dahsyat! Nasib baik Hawa ada pakai inner. Kalau tak, free free dapat dosa tayang aurat.
Tiba tiba…
“Wawa…”
Hawa menoleh. Sang bos. Eh bukan. Ex bos tercegat di pintu.
“Masuk bilik saya kejap,”
Hawa, Syamil dan Aena berpandangan. Nampaknya ada sinar harapan.
Comments
Post a Comment