Razan al-najjar 2

2020, Kuala Lumpur Malaysia.

Jenazah Rayyan disambut ribuan orang Malaysia di Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Rayyan diabdikan sebagai wira kebanggaan Malaysia sampai bila-bila.

Razan merenung barang-barang hantaran di bilik Rayyan. Barang berupa kasut, al-Quran dan beg dijadikan sebagai hantaran. Kata Heliza, Rayyan minta semua tu disediakan sementara menunggu kepulangannya menjemput Razan di Palestine. Rayyan begitu bersungguh mengahwini Razan sampai sempat membeli semua tu sebelum bertolak ke Palestine. Razan menangis.

Semua penyesalan tidak berguna lagi. Jika dia dapat putarkan semula waktu pasti dia akan ikut Rayyan pulang tanpa sebarang keraguan. Rayyan pasti sangat merindui tanah airnya. Razan diselubungi rasa bersalah.

Sudah sebulan Rayyan pergi namun Razan masih seperti itu. Termenung dan menangis di bilik Rayyan. Berat badan Razan makin menyusut. Kenangan bersama Rayyan semasa kecil menerpa ingatannya. Benar kata Rayyan, memang dia merindui semua kenangan mereka.

Heliza mendekati Razan untuk memujuk anak gadisnya. Tak sanggup dia melihat Razan menyiksa dirinya seperti itu.

“Assalamualaikum, Ra”. Razan memandang Heliza yang datang padanya bersama senyuman.

“Waalaikumsalam, Ma”. Heliza duduk di samping Razan lalu mengusap lembut rambut Razan.

“Razan, mama nak cakap sikit,” Heliza membuka perbualan.

“Apa dia ma?”

“Ra.. Anak buah papa jurusan undang-undang dah habis belajar di London. Dia nak cari pasangan hidup. Dan kakak papa beria nak kamu jadi menantunya. Ra.. Sampai bila macam ni? Dah sebulan Ian pergi. Sudah masanya Razan cari pengganti. Cari kebahagiaan Ra sendiri. Lagipun, Razan tiada iddah. Tak baik siksa diri macam ni,” pujuk Heliza.

“Ma.. Maafkan Razan tapi Ra tak setuju. Ra tau Ra bukan isteri Ian. Ra cuma tunang Ian. Tapi Ra hanya sayangkan Ian, ma. Percuma Ra hidup bersama orang lain tapi hati Ra, fikiran Ra, ingatan Ra buat Ian. Ra rindukan Ian ma. Ra cuba untuk redha tapi Ian terlalu istimewa di hati Ra,”

Heliza diam seketika. Matanya diarahkan pada lantai kosong di ruang itu. Dia mengambil nafas seketika. Mengumpul kekuatan untuk menyampaikan semua yang berada di minda.

“Kalau Ra rindukan Ian, mama lagi rindu. Mama tak jumpa anak mama buat kali terakhir. Mama tak ada di sisi dia saat detik-detik terakhir hidup dia. Mama tak nampak wajahnya saat dia berjuang menghadapi sakaratul maut. Mama tak…”

Heliza tidak meneruskan ayatnya. Air mata Heliza menitis tanpa sedar. Begitulah rasa sakit yang selama ini dia pendam. Razan memeluk erat tubuh wanita itu. Air matanya tidak terbendung lagi. Tuhan saja yang tahu rasa bersalah yang dia tanggung.

“Maafkan Ra, ma. Maafkan Ra. Semua salah Ra. Ian nak sangat balik Malaysia tapi gara-gara kedegilan Ra, Ian tak jadi balik. Mesti Ian rindu sangat dengan papa dan mama. Semua salah Ra. Maafkan Ra,”

“Ra.. Mama tak pernah salahkan Ra. Semua itu adalah takdir Allah yang telah tertulis di Lauh Mahfuz. Rayyan akan meninggal di bumi Palestin sebagai mujahid di jalan Allah sesuai impiannya. Kita kena redha Ra. Semua yang ada di dunia ni hanya pinjaman semata-mata. Bila tiba masanya, semua akan kembali kepada Sang Pemilik,”

Heliza mengambil tangan Razan lalu mengelus lembut tangan itu. Tangan yang pertama kali diraihnya 24 tahun lalu. Pada tangan itu masih tersarung cincin yang dibelikan Rayyan sebagai tanda pertunangan mereka.

“Razan kena maafkan diri Ra sendiri. Belajar untuk melepaskan. Jangan salahkan diri sendiri. Tiada sesiapa salahkan Ra. Baik mama mahupun papa. Maafkan diri Razan ye,”

Razan memandang wanita itu dengan pandangan sayu. Heliza memeluk Razan. Mengulas rambutnya seperti anak kecil.

****************************************************

2020, Gaza, Palestine

Razan merenung buku lukisan milik arwah Rayyan yang menjadi medan perjuangan perasaan arwah terhadapnya. Seekor rama-rama putih hinggap di buku lukisan itu lalu terbang dengan bebasnya. Razan cuba untuk tersenyum tapi senyuman itu terasa hambar. Apapun dia harus membenarkan kata-kata Heliza. Dia harus belajar lepaskan dan mulakan hidup baru. Buku lukisan itu disimpan rapi dalam peti simpanannya bersama cincin tunang yang selama ini tersarung di jari manis Razan.

Razan memandang peti pertolongan cemas miliknya. Itu tugasnya. Sebagai jururawat Palestin. Dia harus bersikap profesional dengan mengenepikan semua masalah peribadi. Razan menggapai tudungnya. Dia sudah bersedia melanjutkan misi bantuan buat penduduk Palestin.

Pintu dikuak. Razan memandang kepada sosok yang membuka pintu itu. Sepertinya dia bukan dari kalangan mereka. Tubuhnya sasa seperti tubuh musuh. Orang itu memandang Razan.

“Israel!!!!” jerit Razan sekuat hati. Razan mengeluarkan barang-barang di peti pertolongan cemas miliknya dan melemparkan ke arah orang itu. Balingan Razan mengenai dahi orang tersebut.

Jeritan kuat Razan mengejutkan orang-orang di luar khemah. Berlarian orang di luar khemah termasuk Heliza dan Zainuddin.

“Don't! You know me right? I'm Jacob,”

Kata-kata Jacob sedikit pun tidak menghentikan tindakan Razan. Razan terus membaling Jacob.

“Ra jangan. Dia cuma nak tolong kita!” jerit Heliza. Razan memandang Heliza dan orang-orang palestin lainnya. Mereka setuju dengan Heliza. Razan kemudian memandang Jacob. Dahi lelaki itu berdarah.

****************************************************

Razan meletakkan ubat antiseptic di dahi Jacob lalu menampal plaster. Kasihan Jacob. Niatnya hanya untuk menolong. Menurut Umar, salah seorang penduduk Palestin, Jacob bersama mereka semenjak Israel mengkhianati perjanjian mereka. Jacob tidak putus-putus menyumbangkan bantuan terhadap mereka. Jacob bahkan mengajarkan penduduk Palestin teknik perang.

Jacob memerhatikan saja Razan merawatnya. Setiap inci raut wajah Razan menjadi perhatian Jacob. Dari matanya, hidungnya, mulutnya. Setelah beberapa kali pertemuan dengan Razan baru dia sedar, Razan sangat cantik. Bahkan tidak keterlaluan jika dia katakan Razan adalah gadis tercantik di Palestine. Kecantikannya bahkan bisa mengalahkan ratu cantik Israel.

“I'm done!” ujar Razan setelah selesai melakukan tugasnya. Razan tersenyum puas. Razan memandang Jacob yang sejak dari tadi menatapnya. Mata mereka bertembung, Razan menundukkan pandangan.

“Thanks,” ucap Jacob.

Razan memberi jelingan maut.

“No thanks. It's all your fault. When entering someone house, you suppose to give ‘salam’, “ marah Razan.

“Sorry, I don't know,” Jacob hanya mampu mengatakan maaf. Tidak mahu dia bertekak dengan Razan. Perempuan. Mana mahu kalah. Asyik mahu menang saja. Baik dia mengalah sebelum benjol lagi dahi di sebelah terkena penumbuk Razan. Nanti tidak pasal-pasal dahi sebelah berplaster, sebelah benjol.

“I'm done with my job. So I gotta go now,” kata Razan lalu meninggalkan Jacob seorang diri. Razan menghampiri kelompok wanita yang bertungkus lumus menyediakan makanan.

Suasana malam itu agak tenang. Tiada bedilan dari Israel. Bulan purnama menyinari bumi Palestin yang dikelilingi runtuhan rumah-rumah yang musnah. Unggun api dinyalakan untuk menghangatkan malam di Palestin yang dingin.

Razan tersenyum melihat telatah kanak-kanak Palestin yang keriangan bagai tiada masalah. Mereka bernyanyi sambil Jacob memetik gitar. Lagu Kun Anta didendangkan. Semua penduduk di sekitar ikut bernyanyi.

Heliza memberi hidangan pada Razan, menyuruhnya untuk menghidangkan pada orang ramai.

Jacob merenung Razan yang giat mengagih-agihkan makanan. Sinaran purnama mengenai wajah Razan makin menyerlahlah kecantikan Razan.

It's you
It's always you
If im ever gonna fall in love
I know it's gon be you

It's you
It's always you
Met a lot of people but nobody feels like you

Jacob menyanyikan lagu Ali Gatie - it's you. Penduduk Palestin terpukau dengan kemerduan suara Jacob. Razan memberi makanan untuk Jacob sambil tersenyum. Jarang Jacob lihat Razan tersenyum padanya. Selalu Jacob menghadap wajah bengis Razan. Kini Jacob sedar sekasar-kasar Razan dia tetap seorang wanita.

****************************************************

Yatzhir duduk di kerusi sambil menggenggam kedua penumbuknya. Bagaimana Jacob masih hidup? Mudah sekali Jacob memberikan kemerdekaan buat Palestin setelah usahanya selama ini meluaskan pengaruh Israel. Nasib menyebelahinya bila majoriti tentera Zionis setuju untuk melancarkan serangan pada Palestin.

Yatzhir memikirkan Presiden Yitzhak yang melucutkan jawatannya. Dia berdendam dengan Presiden itu. Jika diikutkan hati mahu saja dia meracun Yitzhak agar mati dan dia mengambil tampuk pemerintahan tapi agak sukar kerana pengaruh Yitzhak sangat kuat. Yitzhak memegang AS dan Ukraine. Donie trump merupakan sahabat baik Yitzhak. Jika dia membunuh Yitzhak, Israel akan kehilangan pengaruhnya.

Yatzhir menepuk meja. Dia bertekad untuk membunuh Jacob. Ya, Jacob ada di Palestin. Dia harus melancarkan serangan ke atas Palestin agar dia dapat membunuh Jacob.

****************************************************

Semua orang sudah tidur. Razan bangun untuk melaksanakan solat tahajjud. Di setiap susah senangnya, Razan takkan lupakan sang Pencipta. Razan melirik ke luar khemah. Kelihatan beberapa orang tentera Hamas berjaga. Razan kagum melihat mereka. Sanggup bersengkang mata demi melindungi keluarga dan bangsa tercinta.

Razan keluar untuk mendapatkan bekalan air. Pinggir Laut Mediterranean tidak jauh dari tempat mereka.

Setibanya di pinggir pantai, Razan melihat Jacob berlutut. Pasti Jacob sedang sembahyang mengikut kepercayaannya. Razan menunggu hingga ia selesai kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi Jacob.

Jacob mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Ia adalah gambar Yitzhak. Jacob menangis sambil mengucup gambar itu.

“Dad, I miss you. I miss you so much. I'm sorry if I can't be good enough for you. I miss mother. I miss both of you. I pray God bless both of you. I'm sorry for being such an useless son. I'm sorry. But I never stop praying to God to protect you,”

Jacob menggenggam erat gambar itu. Orang yang selalu dirindunya. Ke mana-mana saja mesti Jacob akan bawa gambar itu bersama. Betapa tersiksa batinnya menjadi seorang tentera dari kecil. Dia bahkan tidak dapat hadir ke pemakaman ibunya. Hanya melalui gambar dia dapat berbicara dan melepaskan rindu. Jacob mengelap air matanya dengan tangan. Jacob membasahi wajahnya dengan air laut biar tidak kelihatan dia baru lepas menangis. Dia menarik nafas panjang sebelum kembali ke kem Palestin.

Sayu hati Razan melihat keadaan Jacob. Terlalu banyak pengorbanan lelaki itu terhadap mereka walau berbeza agama. Razan teringat akan Rayyan. Razan mulai sedar akan sikap keras kepala dan pendendamnya. Razan terharu dengan sikap arwah tunangnya yang sentiasa bersangka baik dan pemaaf. Memikirkan tentang Rayyan, rasa rindu kembali berlabuh di hati. Rindu itu indah walau sakitnya menyiksa. Apatah lagi bila yang dirindukan sudah pergi selama-selamanya.

Razan melemparkan pandangan ke laut Mediterranean yang terbentang luas. Mungkin Tuhan tidak menyatukan mereka di dunia tapi Tuhan mahu menyatukan mereka di akhirat sana. Namun layakkah dirinya menjadi penghuni di Syurga Allah Azza Wajjalla? Air mata Razan menitis. Air mata itu menjadi bukti keinsafan sebagai manusia yang khilaf. Razan segera menghampiri laut dan mengambil air wudhu.

Selesai mengambil air wudhu Razan mencapai tudungnya. Tiba-tiba tangannya ditarik kuat. Dia mahu menjerit tapi mulut Razan ditutup. Razan menggunakan seluruh tenaganya tapi dia tidak berdaya.

Jacob menoleh ke belakang kerana merasakan sesuatu bunyi pelik di belakang. Tapi Jacob mendapati tiada apa-apa selain biawak hutan yang berkelahi. Jacob meneruskan langkahnya menuju ke kem Palestin.

****************************************************

Yatzhir tertawa puas. Musang yang ingin ditawan tapi malah mendapatkan pelanduk cantik. Ia mungkin tidak selincah musang tapi ia boleh menjadi jerat yang mampu menundukkan musang.

Mengikut rancangan, dia mahu membunuh Jacob yang selalu saja mengganggu rancangannya. Yatzhir menggenggam penumbuknya. Shit! Jika saja dia dapat menangkap kedua-duanya sekali. Entah mengapa Jacob boleh terlepas sedangkan Jacob berada di depan mata. Yatzhir memandang Razan. Ya, semua kerana Razan. Kerana dia terpukau dengan gadis Palestin itu hingga melupakan Jacob.

Sekarang dia tak perlu susah payah menghasut pasukan Zionis untuk menyerang Palestin. Pasti Jacob akan datang menyerah sendiri padanya. Dia tidak sabar menantikan hari itu. Hari Jacob berlutut padanya.

****************************************************

Gempar penduduk Gaza akan kehilangan Razan. Seluruh tempat dicari namun Razan tidak dijumpai. Heliza pula menghubungi kakaknya, Hazwani Helmi kalau-kalau Razan pulang ke Malaysia namun Hazwani menyatakan Razan tidak pulang ke Malaysia. Salah seorang tentera hamas memberitahu dia ternampak Razan keluar dari khemah seawal 3 pagi menuju ke pinggir laut Mediterranean.

Jacob terus bergegas menuju pinggir laut Mediterranean dan mendapati sehelai tudung. Pasti itu tudung Razan. Telefon Jacob berbunyi. Panggilan video dari nombor yang cukup ia kenali. Dia adalah Yatzhir.

“Hello, Fox327! How are you?” tanya Yatzhir. Yatzhir memanggil Jacob dengan gelaran tentera bagi Jacob dalam pasukan Zionist.

“What do you want? And where did you get my number?”

Yatzhir tertawa.

“It's not important where and how I get it. The most important is what should I do with this beautiful girl Hahahaha,”

Yatzhir menyedot video Razan yang diikat tangan dan kaki serta mulutnya ditutup. Razan menatap Yatzhir dengan pandangan tajam.

“Razan!” Jacob terkejut melihat gadis itu berada di tawanan lelaki yang maha zalim.

Yatzhir membuka gam yang menutupi mulut Razan. Razan meludah muka Yatzhir. Yatzhir mencekik dagu Razan.

“Don't! Please don't hurt her! If you want me, then take me and let her go!”

Yatzhir tertawa.

“But I want both of you. I'm craving for Palestinian woman since a long long time ago. And now she is here. Tell me why should I let her go?”

Yatzhir ketawa lagi.

“Don't worry about me, Jacob. I can take care of myself. I'm kindly begging you to protect them who I loved,” pinta Razan. Dia sudah tidak peduli akan keadaan dirinya.  Difikirannya hanyalah Heliza dan Zainuddin. Jacob tahu akan hal itu.

Bingit telinga Yatzhir mendengar drama di depannya. Dia mengambil keputusan untuk menamatkan panggilan.

“So, that's all. I give you 5 hours to come here. If you're late even 1 minute, so sorry, your Julliete will only become your memory,” Yatzhir mematikan panggilan video.

“Fuck!” Jacob menyumpah. Dia harus cepat. Jacob kenal akan Yatzhir. Dia lelaki yang buas dan selalu mengambil kesempatan ke atas tawanan-tawanan wanita. Jacob teringat pesan Razan. Dia harus memindahkan Heliza dan Zainuddin dengan segera ke Malaysia.

****************************************************

“I'm sorry because of me, everyone was in trouble,” ujar Jacob pada penduduk Palestine.
Namun tiada satupun penduduk Palestine menyalahkannya. Pada mereka, hidup memang seperti itu harus tolong menolong. Gara-gara menolong mereka, Jacob meninggalkan ayah dan kampung halaman. Walau sebahagian besar mereka tidak dapat berkomunikasi dengan Jacob tapi melalui riak wajah mereka jelas menggambarkan rasa berterima kasih padanya. Jacob menyuruh rakyat Palestine agar tidak melakukan serangan kerana resolusi PBB akan dibentangkan tidak lama lagi. Jacob meminta bantuan Korea Utara untuk membantu dari segi ketenteraan sebagai langkah berjaga-jaga jika Palestine diserang.

Seorang kanak-kanak lelaki mendekati Jacob. Jacob ingat akan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itulah yang memberinya boneka superman. Waktu itu dia berbual dengan lelaki Palestine dan melihat kanak-kanak itu bersama Razan.

Razan yang sedang melukis bunga rose biru menjadi hilang fokus apabila dia menjadi tatapan seorang budak lelaki Palestine. Razan memandang ke arah budak itu.

“Ta’al ina,” panggil Razan. Menyuruh agar budak lelaki itu dekat padanya. Budak lelaki tersebut pun berlari mendekatinya membawa boneka superman. Budak lelaki itu menunjukkan boneka superman pada Razan.

“Ma haza?” tanya Razan. Budak lelaki itu cuma diam.

“Haza.. Superman. Sin.. wau.. Su..,” Razan bahkan mengejanya.

Budak lelaki tadi menunjuk ke arah boneka superman lalu ke Jacob. Razan tertawa kecil kerana memahami maksud budak lelaki itu. Razan pun menyuruhnya pergi ke tempat Jacob. Di situlah dia memberikan superman pada Jacob sebagai tanda Jacob adalah superheronya. Jacob memandang Razan yang tertawa. Itulah kali pertama dia melihat Razan ketawa setelah kematian arwah Rayyan. Dan tawa itulah yang merawat luka di hatinya setelah pemergian sahabat tercinta. Dia nekad, dia harus melindungi gadis itu.

Jacob duduk dan menyapu kepala anak kecil tadi.

“I'll be back,” janjinya seakan kanak-kanak itu mengerti pertuturannya.

****************************************************

2020, Tel Aviv, Israel

Jacob menghadapi puluhan bodyguard Yatzhir. Segala tumbukan dan tendangan yang dipelajarinya sejak dari kecil digunakan untuk mempertahankan diri dan menjatuhkan pihak lawan.

Yatzhir memandang jam di tangannya. Masa berbaki setengah jam lagi. Yatzhir mememekkan bibirnya. Pasti Jacob akan lambat sampai sebelum masanya. Dia memandang Razan yang menggeliat melepaskan diri. Ligat juga gadis itu. Dari pagi semalam hinggalah saat itu dia tidak berhenti bergerak. Yatzhir tersenyum sinis. Tinggal beberapa minit lagi dia akan berpesta menikmati gadis di hadapannya.

Razan tersentuh poket belakang seluarnya. Ada surgical scissor. Ya, dia ingat. Dia memang sentiasa membawa surgical scissor itu bersamanya kerana tugas sebagai jururawat memerlukan surgical scissor. Tak sangka ia amat bermanfaat. Razan mengambil surgical scissor dengan tangannya yang terikat. Dia berusaha memotong tali yang mengikat tangannya. Razan memandang Yatzhir. Yatzhir sedikit pun tidak perasan.

Yatzhir memandang jam tangannya. Sudah lima jam berlalu. Dia dengan bangganya menghampiri Razan. Razan yang berpura-pura belum terlepas hanya memandang tajam ke Yatzhir. Yatzhir menyapu wajah mulus Razan. Razan bertindak pantas menjerut leher Yatzhir dengan tali di tangannya.

Jacob sampai ke tempat Yatzhir dengan muka lebam. Jelas dia baru mengharungi pertarungan yang hebat. Jacob terkejut melihat Yatzhir yang hampir mati dijerut oleh Razan. Jika bukan kerana Jacob menghentikannya pasti Yatzhir mati di tangan Razan. Kini giliran Jacob melawan lelaki yang suatu ketika dulu menjadi pelatihnya. Jacob tidak mengambil masa yang lama apabila dia menjadikan titik saraf Yatzhir sebagai target. Yatzhir tidak sempat mengelak menyebabkan dia terbaring pengsan. Jacob kemudian membawa Razan keluar dari tempat itu.

****************************************************

Jacob membawa Razan ke tempat selamat. Mereka berdua menghembus nafas panjang. Lelah berlari dari cengkaman Yatzhir. Jacob memandang Razan. Razan memandang Jacob. Mereka bertatapan mata. Kedua-duanya ketawa mengenangkan detik-detik cemas tadi.

Jacob memandang Razan semula. Keseriusan wajah Jacob menghentikan helai tawa Razan. Jacob membuka selendang di lehernya dan menggunakan selendang itu untuk menutupi kepala Razan.

“Muslimah should wear hijab, right?” ujar Jacob.

Ya, tudung bukan kewajipan namun memelihara aurat adalah kewajipan. Aurat adalah kehormatan bagi manusia. Dan sebagai satu tanda kasih Allah kepada manusia adalah memberi pakaian untuk melindungi aurat. Dan kerana hijablah yang membezakan wanita muslim dan yang lainnya. Razan terharu dengan Jacob. Walau dia berbangsa yahudi dan beragama Jews namun masih menghormatinya sebagai muslimah.

***************************************************

30 September 2020, Russia

Resolusi PBB dibentangkan. Di antara cadangan adalah mewartakan Palestine sebagai negara yang berdaulat dan merdeka. Sebagai hujah, Palestine tidak membuat serangan atau membunuh mana-mana pihak. Penduduk Palestine tidak menimbulkan keganasan yang mengucar-kacirkan kedua-dua pihak selama perjanjian dibuat hinggalah ke hari tersebut. Sebaliknya, tentera Zionis Israel dibawa pimpinan Yatzhir yang telah dilucutkan jawatan telah menceroboh perjanjian yang terbina antara Palestine dan Israel bersaksikan wakil dari Turkey dan Ukraine. Yatzhir juga telah menculik warga Palestine dan berniat membunuh warga Palestine di Malaysia. Yatzhir juga telah membuat onar di negara Malaysia kerana mengebom salah satu kondominium di Malaysia.

Hasil pungutan suara. 21 melawan 7. Kuasa veto United Kingdom memilih berkecuali. United States of America membantah lagi namun Russia dan satu lagi kuasa veto baharu iaitu Turkey bersetuju kemerdekaan untuk Palestine dengan alasan Palestin harus dianggap sebagai negara yang berdaulat kerana mereka telah berusaha mempertahankan dan tidak menimbulkan kekecohan. Negara-negara lain juga bersetuju atas alasan menghentikan peperangan dan menyelamatkan bumi daripada pencemaran bahan api. Walaupun Amerika menggunakan kuasa veto untuk menolak cadangan tersebut namun Russia dan Turkey  bertegas menerima. Hasilnya kemerdekaan buat Palestin pada 15 Oktober 2020.

Amerika terpaksa berputih mata setelah keputusan dibuat. Mereka tidak dapat mengancam mana-mana negara kerana bila-bila masa Korea Utara akan melepaskan Nuklear jika Amerika memerangi negara kecil. Saham negara-negara seperti Russia, Turkey dan UAE yang besar di Amerika menyebabkan Amerika takut untuk mengancam dari segi ekonomi. Kegagalan Trump dalam ekonomi menyebabkan mata wang Amerika merosot. Ditambah lagi penarikan diri negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan China dari melabur di Amerika menyebabkan mata wang dolar kian jatuh.

****************************************************

21 Februari 2021, Gaza, Palestine

Razan menghembus nafas lega. Kali ini betul-betul dia merasakan kemerdekaan di dunia. Berjuta kali dia mengucap syukur pada yang Maha Esa. Razan memandang langit biru Palestine dipenuhi burung-burung berterbangan. Mereka bagaikan turut bergembira. Kasihan mahkluk lain yang turut menerima kesan dari kezaliman manusia. Rumput hijau mula tumbuh di bumi Palestin. Palestine benar-benar telah merdeka.

Razan teringat akan perjuangan rakyat Palestin yang tidak kenal erti lelah. Benarlah janji Allah, tiap-tiap kesukaran ada kemudahan. Perjuangan itu mengajar mereka erti sabar, kasih sayang dan pengharapan. Razan tidak melupakan jasa baik saudara-saudara mereka di negara lain yang tidak henti-henti memberi sokongan berupa wang dan doa. Terutama keluarga angkatnya yang dia temui 25 tahun lalu merupakan hadiah paling berharga pemberian Illahi. Dia merasakan kasih sayang yang tidak sempat dirasainya bersama keluarga kandung. Walau penat namun dia tetap rela ulang alik dari Palestin ke Malaysia. Heliza dan Zainuddin adalah sebahagian dari tanggungjawabnya. Hampir setiap hari Razan melakukan panggilan video bersama mereka berdua yang kini menunaikan ibadah haji di Mekah. Hanya itu cara Razan untuk melunaskan rasa rindu pada insan yang berbakti pada dia dan negaranya.

Razan membiarkan serban putih milik Rayyan di tubuhnya ditiup sang bayu. Perjuangan tunangnya tidak sia-sia. Serban putih itu akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup Razan. Razan tertunggu-tunggu kelibat Jacob. Sudah 4 bulan Palestin merdeka namun dia tidak melihat kelibat lelaki itu. Kehadirannya dinanti-nantikan oleh penduduk Palestine sebagai hero mereka.

Razan mengimbas semula kenangan bersama Jacob di Gaza. Jacob rupanya pandai merajuk. Seharian dia tidak bercakap dengan Razan kerana cemburu dengan Cristiano Ronaldo. Begitu marah dia kerana Razan menyatakan dia adalah fans fanatik pemain bola dari negara Portugal itu. Razan menyatakan CR7 bagaikan hero bagi mereka kerana lelaki itu banyak berjuang membantu mereka. Jacob merajuk seolah-olah dia tidak dihargai. Bahkan perjuangannya lebih besar dari pemain bola itu. Razan tersenyum mengenangkan wajah rajuk Jacob. Bayangkan seorang tentera bertubuh tegap bermuka masam dengan mulut muncung.

Jauh di sudut hati Razan dia turut merindukan Jacob. Lelaki yang telah membawa sinar baru dalam hidupnya setelah kematian Rayyan. Memang dia pernah membenci lelaki itu suatu ketika dahulu namun hati manusia bolak balik. Kini walau diliputi ego, dia harus akui, dia mula menyayangi Jacob walau tak setanding sayangnya terhadap Rayyan.

****************************************************

Jacob memandang ke luar jendela. Orang Israel sedang mengadakan pesta bersuka ria. Rasa puas dan gembira di hati kerana impian yang ditunggu-tunggu selama ini melihat keamanan kedua-dua negara telah termakbul. Seorang rakan sepasukan Jacob dari Zionis melambai ke arahnya. Mengajaknya untuk berpesta bersama. Jacob menggeleng. Lama dia tidak berada bersama mereka menikmati suasana itu. Dahulu dia hanya berada di dunia tentera dan menembusi seluruh pelosok dunia, menjadi perisik Israel. Kali ini biarlah dia bersama-sama ayahnya yang sudah semakin lemah. Menjadi pengganti Presiden Israel bukan keinginannya. Namun mungkin itu sahaja caranya untuk mengekalkan keamanan kedua-dua negara.

Jujur, menjadi perisik adalah hal yang amat melelahkan. Dia bahkan telah membunuh beberapa nyawa yang tidak berdosa. Berada di dunia tentera Zionis memadam rasa belas kasihan. General Yatzhir mengajar mereka untuk melakukan apa sahaja cara walau tidak berperikemanusiaan. Jacob teringat tentang Yatzhir yang sudah dia anggap bagai ayah keduanya. Dia membesar di bawah Yatzhir. Bahkan dia lebih banyak bersama Yatzhir berbanding ayah kandungnya sendiri. Jauh di sudut hati Jacob, dia berduka atas kematian Yatzhir. Jacob tidak mahu membunuh Yatzhir namun terpaksa memberi hukuman penjara agar dia tidak meneruskan kesalahannya. Tapi Yatzhir memilih untuk membunuh diri daripada dipenjarakan.

Jacob mengeluh berat. Dia dirundung rasa bersalah. Bagaimana bisa Yatzhir saja yang dihukum sedangkan dia tidak? Padahal dia juga pernah membunuh. Membunuh nyawa yang tidak berdosa. Membunuh anak-anak kecil dan wanita yang lemah dan tidak berdaya. Sampai kapan pun dia tetap rasa bersalah terhadap Mahmood. Entah bagaimana dia harus menebusnya semula. Kalaulah dia tidak setuju ke Malaysia mungkin semua itu tak akan terjadi.

Namun kedatangannya ke Malaysia benar-benar mengubah hidupnya. Di sana, dia bertemu Rayyan yang banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan. Rayyan membuatnya lebih mengerti dan menerima Islam. Jacob terkenangkan pertemuan pertama dengan Razan di lapangan terbang. Dia begitu prejudis terhadap Islam ketika itu. Sakit matanya melihat tudung yang tersarung di kepala wanita muslimah. Seakan-akan dia mahu meleraikan tudung itu dari mereka.

Saat pertama kali dia menemui Razan dia tidak menyangka bahawa gadis itu akan menjadi sebahagian yang penting dalam hidupnya. Ketika dia terserempak dengan Razan setelah membunuh isteri dan anak-anak Mahmood, dia bahkan mencuba membunuh perempuan itu. Pertemuan di apartmen Rayyan membuatkan dia takut pada seorang insan yang bergelar wanita. Jacob tersenyum. Razan memang wanita yang ganas. Dahinya bahkan menjadi saksi keganasan Razan. Namun, Razan adalah wanita pertama yang merebut hatinya. Wanita lain mungkin dapat membuat Jacob ketawa tapi Razanlah satu-satunya perempuan yang membuatkannya merasakan seribu satu rasa. Rasa marah, benci, takut, cemburu dan gembira bila bersama Razan.

Jacob mengeluh lagi. Mana mungkin dia dan Razan dapat bersatu. Agama yang berbeza, budaya yang berbeza, bahasa bahkan bangsa yang berbeza. Jacob akur.

Sometimes you can save someone in your heart but not in your life…

Tulis Jacob pada sehelai kertas putih.

Hari itu bibir Jacob mengungkapkan rasa yang selama ini tersimpan rapat di dalam hatinya. Walau betapa kuat dia cuba nafikan namun dia harus akur akan kata hatinya.

“Razan al-najjar, ani ohev otach,” bisiknya dalam bahasa Hebrew.

Ya, Jacob mencintai Razan. Bahkan jika nyawanya dipertaruhkan dia rela demi melindungi Razan. Walau terpisah dari jarak dan waktu, walau jasadnya akan terkubur suatu hari nanti namun nama itu akan kekal dalam ingatannya. Dialah bidadari dunia. Dialah permaisuri hatinya. Dia, Razan al-najjar.

****************************************************

Razan menoleh. Dia merasakan seperti ada orang memanggil namanya. Namun tiada sesiapa di padang pasir itu. Hanya ada dia dan bayu petang yang meniup mengibas-ibas jubah hitam Razan. Razan masih menunggu. Menunggu Jacob untuk dia ungkapkan rasa terima kasihnya. Dia akan menunggu hingga matahari petang berlabuh dan membuka tirai malam.

Matahari telah pun menyembunyikan dirinya. Langit telah menjadi merah. Nampaknya dia harus menunggu lagi. Moga esok masih ada untuk matahari bersinar semula. Dan, pasti dia tetap akan menanti Jacob untuk datang. Azan maghrib bergema di seluruh pelosok semenanjung Gaza. Panggilan dari Sang Pencipta. Mengingatkan untuk melaksanakan solat dan menuju kejayaan. Inilah Islam, agama yang menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Razan hanya mampu menunggu. Moga suatu hari nanti Jacob membuka pintu hatinya untuk Islam, siapa tahu? Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Hayya ala solah
Hayya ala falah
Qodoqomatissolah
Qodoqomatissolah
Allahu akbar Allahu akbar
La ilaha illallah

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything