HaLO! Bab 8
Bab 8
Adam Sang, member dari group popular kpop, black4white. Memiliki wajah menawan yang menjadi idaman semua gadis. Ia dikenali sebagai lelaki misteri kerana sosok yang pendiam. Latar belakang juga tidak diketahui. Namun di sebalik kesempurnaan paras dan perwatakan, rupanya ini antara fakta misteri yang telah tersimpan selama ini :
- Adam Sang tidak tahu berbahasa Melayu walau dia orang Malaysia berketurunan Melayu.
- Nama sebenar Muhammad Adam Adrian bin Abdullah tapi beliau menggunakan nama Adam Sang sebagai nama komersial. Ini jelas menunjukkan beliau lupa daratan.
- Adam Sang tidak sekacak yang diperkatakan. Gambar gambar di bawah membuktikan ketidaktampanan Adam.
- Adam mempunyai hidung yang kembang.
“SITI NURUL HAWAAAAAAAAAAA!!!”
Dan burung burung berkicauan. Terbang mencari tempat perlindungan. Bergegar satu ofis dek teriakan si bos.
“Waa! Kali ini dia tak panggil nama panjang kau tapi dia panggil nama kau panjang panjang,” Syamil ketawa kecil.
“Ish kau ni kan Sya. Ada je kau tak puas hati kan. Kau saja kan nak lagakan bos dengan Wawa,” Aena backup habis!
Berkerut kening Syamil dengar bebelan Aena.
“Lagakan apa pulak? Aku cakap benda betul. Maybe bos tu menyesal sebut nama panjang Wawa. Siapa suruh dia sebut nama yang bikin penuh kertas exam. Kan dia dah semput,” bergurau lagi si Syamil.
Aena mencebik. Tak habis habis Syamil nak kutuk si bos. Ni mesti kes nak cari pasal dengan Aena ni. Tak dapat kutuk dia, kutuk pujaan hati dia pulak.
“Kau ni…” Aena mengeluarkan penumbuk.
Hah! Dah mulalah tu. Nak gaduh nak gaduh. Lepas tu tak nak bercakap. Lepas tu aku yang jadi mangsa, jadi penghantar pesanan. Baik hentikan segera.
Hawa angkat majalah jadi penghalang antara dua ekor kucing dan tikus tu. Tak ingin dia nak berdiri di tengah mereka. Tak pasal pasal sejarah ‘tudung terbang’ berulang.
“Dahlah! Dahlah! Korang ni asyik gaduh je. Tak lama berjodoh jugak ni. Dah! Aku pergi jumpa bos dulu kejap. Mungkin aku akan dinaikkan pang.. kat”
“Jodoh?! Hei tak ingin aku kawin dengan dia ni!” kata Aena dan Syamil serentak.
“Hei! Siapa nak kawin dengan kau?! Dahlah lembik macam sotong!” Aena start balik.
“Hei! Ada aku bilang aku nak kan kau?! Aku lagi tak ingin dengan perempuan kayu macam kau!” Syamil tak mau kalah.
Hawa angkat bendera putih. Fed up! Perlahan lahan majalah diturunkan. Lantak kamulah nak bergusti ke nak dance battle ke yang penting tak libatkan aku. Hawa menuju ke bilik bos.
Senyum lebar. Naik pangkat ye? Kau tak tau lagi apa akan jadi nanti. Hawa Hawa.
Pintu diketuk.
“Bos panggil saya?”
Diam. Tidak berjawab. Macam angin berlalu. Angin pun ditegur lagi barangkali.
“Mmmm.. Macam mana dengan article saya. Ahaha.. Saya tau bos mesti suka punya. Lain dari yang lain. Pasti jadi berita terlaris di jualan”
“A’ah. Terlaris. Terlaris dengan kutukan. Saya tidak tau apa awak fikir masa tengah buat ni. I trust you so i terbitkan article ni without read it twice. Tapi tengok apa awak dah buat. Awak buat syarikat kerugian sampai 7 keturunan”
Mak ai. Sampai 7 keturunan. Tu bukan kerugian. Itu sumpahan.
“Sa..” belum pun habis Hawa bercakap. Bos dah angkat tangan.
“Tak perlu minta maaf. I don't need your sorry,”
Eh eh. Orang belum habis cakap dia sudah potong line. Kurang ajar ni. Siapa yang nak cakap sorry? Ini Hawa lah. Tiada istilah sorry dalam hidup.
“A.. Apa maksud bos?”
Pura pura tak tau atau betul betul tak tau. Fyi, Hawa memang lambat loading. Perlu penjelasan.
Bos tarik nafas panjang panjang. Dia berdiri dan BANGGG!!! Meja dipukul kuat.
“MAKSUD SAYA.. AWAK DIPECAT! AMBIL SAMPAH AWAK NI DAN KEMAS BARANG BARANG AWAK. MULAI DARI SAAT INI, DETIK INI, MASA INI SAYA TAK NAK TENGOK LAGI MUKA AWAK. FAHAM!”
Bos tengok tangan yang kemerahan dengan reaksi menahan kesakitan. Siapa suruh pukul meja yang tak bersalah? Padanlah muka.
Baiklah, sel sel otak Hawa dah berhubung. Dia dah faham dia dipecat.
Amboi! Nak tunjuk sangatkah lion king ni champion bahasa melayu sampai nak berbahasa sangat. Dahlah jerit jerit. Nak terbang telinga aku dibuatnya. Kau nak berbahasa dengan aku ye, meh aku bahasakan kau balik!
“Aku faham dan aku mengerti. Ingat aku nak sangatkah tengok muka kau tu yang kencang 24 jam?! Aku tak hairanlah. Aku tak suruh pun kau tengok muka aku. Dan as a reminder, bukan syarikat kau ja yang beroperasi. Banyak lagi syarikat lain. Dahlah ofis start jam 7. Syarikat lain boleh je start jam 10” - dalam mimpi.
Hmmm.. Kalaulah Siti Nurul Hawa Syafakillah anak Muhammad Zain Zainal Abidin Adi Putra dan Nur Senrose ni seberani itu alangkah indahnya. Namun yang indah hanya mimpi. Hanya hati mampu menyumpah.
‘Hantu punya bos!’
“Baiklah. Saya faham,” pendek je jawapan Hawa.
Comments
Post a Comment