HaLO! Bab5

Bab 5
Berlarian semua peminat dan wartawan bagaikan semut hitam menghimpun gula. Habis penuh KLIA. Sudahlah badan Hawa kecil makin kecil dihimpit orang orang. Bagaikan burger dia dihimpit. Tinggal tambah sos dan mayonis. Tudung jangan cakap, bukan dilanda taufan lagi tapi puting beliung. Dahlah susah betul nak bentuk tudung, haih!

Geser lagi! Sikit lagi! Mesti dapat tempat paling depan supaya dapat sorotan paling best. Lion King mesti puas hati punya. Hehe…

Dah dapat tempat paling depan. Sekarang tinggal tunggu tetamu ‘kehormat’ lalu. Dan, soalan akan dilemparkan. Hawa sudah sedia. Segala bahasa Korea yang dipelajari selama menonton kdrama digunakan. Kalau tak guna sekarang, bila lagi kan?

3..2.. Detik detik dikira. Tarik nafas hembus nafas. Dia tidak akan dibuang, dia akan dinaikkan pangkat.

Peminat bertolak tolak dari belakang. Ah! Kacau! Hawa membalas. Punggungnya digunakan untuk menolak orang belakang. Masih tidak aman. Dia ditolak lagi. Tiba-tiba…

PAP!!!

Hawa jatuh di kaki Adam. Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapa aku boleh bersujud di depan orang yang paling aku benci?!

“Gwenchana?”

Amboi! Amboi! Amboi! Dah tinggal lama di Korea lupa pula asal Malaysia. Ni boleh jadi liputan ni. Kamera dikeluarkan. Gambar Adam dipotret tanpa henti. Adam terkejut. Hidungnya kembang menahan marah.

Memang Adam benci kamera. Rasa insecure. Kebanyakan artis phobia dengan kamera. Yoona SNSD juga salah satunya.

Belum pun cukup sepuluh keping gambar, Hawa sudah dihimpit peminat Adam. Badan Hawa ditarik. Sasaeng fans menggila. Tubuh Adam ditarik dan dipeluk.

Arhhh! Gila punya orang! Sampai terkujur Hawa dibuatnya gara gara nak peluk Adam je. Kalau K tidak apa juga. Ini setakat si Adam tu. Pergi mampus! Yang penting aku dah ambil gambar. Yahooo!

Suasana jadi riuh. Bodyguard Adam menarik sasaeng fan tadi. Pelukan dilepaskan. Adam terbatuk batuk. Rasa macam mau putus nafas. Kuat betul pelukan tadi. Adam diiringi ke kereta dengan pantas. Ala kononnya nak protect lah tu. Sudah kena kacau baru nak protect. Apalah?

Sementara itu…

Darah menitik dari mulut Hawa. Apa ni? Oh! Darah. Hah?! Darah?

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything