Razan al-najjar 2
2020, Kuala Lumpur Malaysia. Jenazah Rayyan disambut ribuan orang Malaysia di Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Rayyan diabdikan sebagai wira kebanggaan Malaysia sampai bila-bila. Razan merenung barang-barang hantaran di bilik Rayyan. Barang berupa kasut, al-Quran dan beg dijadikan sebagai hantaran. Kata Heliza, Rayyan minta semua tu disediakan sementara menunggu kepulangannya menjemput Razan di Palestine. Rayyan begitu bersungguh mengahwini Razan sampai sempat membeli semua tu sebelum bertolak ke Palestine. Razan menangis. Semua penyesalan tidak berguna lagi. Jika dia dapat putarkan semula waktu pasti dia akan ikut Rayyan pulang tanpa sebarang keraguan. Rayyan pasti sangat merindui tanah airnya. Razan diselubungi rasa bersalah. Sudah sebulan Rayyan pergi namun Razan masih seperti itu. Termenung dan menangis di bilik Rayyan. Berat badan Razan makin menyusut. Kenangan bersama Rayyan semasa kecil menerpa ingatannya. Benar kata Rayyan, memang dia merindui semua kena...