Posts

Showing posts from 2020

HaLO! Bab 11

Bab 11 “ADAM SANG! ADAM SANG! ADAM SANG!” Riuh sungguh teriakan peminat di auditorium Kuala Lumpur. Kakak yang duduk di sofa pun ikut menyorak. Sampai berterabur air mata nak tunggu Adam masuk pentas. "Saranghaeyo oppa!" itu je la di mulut kakak. Macam dia dengar. Lol. Satu jam Wawa berebut remote dengan Kak Long. Akhirnya Wawa terpaksa mengalah bila mama pun ikut menonton sama. Nak minta sokongan papa hmmm tak payah. Ketua kawasan rumah tu dari jam 9 lagi dah tidur. Siap berdengkur lagi. Mau tidak mau, akur dalam terpaksa. Tak guna! Orang yang buatkan saya dipecat pulak dorang nak tengok. Mata ke atas. Sebentar kemudian..Adam masuk dan mengucapkan salam. Kejap! Dia siap cakap bahasa Melayu lagi. Peminat di auditorium semakin menggila mendengar ayat ayat romantis Adam. Romantislah sangat. “Orang gila dari mana pulak yang buat article kononnya Adam tak pandai cakap Melayu? Lancar je pun Adam cakap Melayu,” kutuk kakak. Hawa tersedak maggie kari. Pedasnya naik ...

HaLO! Bab 10

Bab 10 Adam membuka kotak kecil bewarna merah. Diperhatikan benda kecil bewarna putih dalam kotak tu. Mau ketawa pun ada. Ingat balik kejadian semalam. Mesti milik si Sot tu. Perempuan sewel. Padan muka kau kena pecat! Nasib baik bos kau tarik balik article bodoh kau tu dan minta maaf secara terbuka. Kalau tidak, mana aku nak letak muka? Dahlah kau ambil gambar hodoh aku. Tapi kalau tak tarik balik pun, kau boleh buat apa? Aku ni artis. Semua yang aku buat pun peminat tetap sanjung. Gambar hodoh pun dianggap comel. Adam senyum sumbing. “Senyum sorang sorang nampak” tegur Niel. Datang dari dapur bersama 2 cawan kopi di tangan. Aish kacau lah Niel ni. Tapi bagus jugak manager aku ni. Tak cuma mengacau tapi bawa kopi sekali. Dahlah aku ni peminat kopi sejati. “Aku rasa gigi ni milik perempuan sewel otak tak betul tu. Alah reporter yang cium kaki aku masa kat airport tu. Yang tangkap gambar aku tanpa henti. Dan terbitkan article bodoh. Kononnya aku ni tak pandai cakap Melayu...

Razan al-najjar 2

2020, Kuala Lumpur Malaysia. Jenazah Rayyan disambut ribuan orang Malaysia di Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Rayyan diabdikan sebagai wira kebanggaan Malaysia sampai bila-bila. Razan merenung barang-barang hantaran di bilik Rayyan. Barang berupa kasut, al-Quran dan beg dijadikan sebagai hantaran. Kata Heliza, Rayyan minta semua tu disediakan sementara menunggu kepulangannya menjemput Razan di Palestine. Rayyan begitu bersungguh mengahwini Razan sampai sempat membeli semua tu sebelum bertolak ke Palestine. Razan menangis. Semua penyesalan tidak berguna lagi. Jika dia dapat putarkan semula waktu pasti dia akan ikut Rayyan pulang tanpa sebarang keraguan. Rayyan pasti sangat merindui tanah airnya. Razan diselubungi rasa bersalah. Sudah sebulan Rayyan pergi namun Razan masih seperti itu. Termenung dan menangis di bilik Rayyan. Berat badan Razan makin menyusut. Kenangan bersama Rayyan semasa kecil menerpa ingatannya. Benar kata Rayyan, memang dia merindui semua kena...

HaLO! Bab 9

Bab 9 “Huhuhu uuuu uuuu!” Tangisan Hawa dilepaskan sekuat kuatnya. Tidak mampu lagi dia tahan. Aena cuma mampu menyapu rambut si kawan perlahan. Konon nak pujuk, tapi apa kaitan sakit di hati dengan rambut ek? Asal nampak orang nangis mesti kena sapu rambut dia tak pun belakang dia. Memang buat gitu boleh kurangkan sakit hati ek? Hmm.. Entahlah. “Sabar nongggg!” giliran si lembik memujuk. “Aku tak tau pulak dia tu seteruk itu. Teruk betul la dia tu. Mengalahkan hantu. Abaikan la dia. Terpulanglah dia mau jadi apa. Mau jadi hantu mau jadi buaya. Kau move on je. Cari kerja lain. InsyaAllah banyak je tempat kerja lain untuk kau teruskan minat kau dalam wartawan” Lah! Ingatkan Aena nak nyanyi lagu Elizabeth Tan, hantu atau buaya. Membebel rupanya. “Eh eh lehhh. Hantu hantu dia pun kau nak jugak kan?” memerli pulak si lembik sorang ni ye. Aena menghadiahkan jelingan tajam. “Tu dulu. Masa aku belum kenal sangat perangai dia. Lepas apa yang dia dah buat dekat Wawa, aku...

HaLO! Bab 8

Bab 8 Adam Sang, member dari group popular kpop, black4white. Memiliki wajah menawan yang menjadi idaman semua gadis. Ia dikenali sebagai lelaki misteri kerana sosok yang pendiam. Latar belakang juga tidak diketahui. Namun di sebalik kesempurnaan paras dan perwatakan, rupanya ini antara fakta misteri yang telah tersimpan selama ini : Adam Sang tidak tahu berbahasa Melayu walau dia orang Malaysia berketurunan Melayu. Nama sebenar Muhammad Adam Adrian bin Abdullah tapi beliau menggunakan nama Adam Sang sebagai nama komersial. Ini jelas menunjukkan beliau lupa daratan. Adam Sang tidak sekacak yang diperkatakan. Gambar gambar di bawah membuktikan ketidaktampanan Adam. Adam mempunyai hidung yang kembang. “SITI NURUL HAWAAAAAAAAAAA!!!” Dan burung burung berkicauan. Terbang mencari tempat perlindungan. Bergegar satu ofis dek teriakan si bos. “Waa! Kali ini dia tak panggil nama panjang kau tapi dia panggil nama kau panjang panjang,” Syamil ketawa kecil. “Ish kau n...

HaLO! Bab 7

Bab 7 Kringggg!!!! Masa untuk bangun. Siap sedia untuk publish article pasal Adam. Pasti bos suka. Dan Hawa akan naik pangkat! Lah sangat...  Masuk tandas. Berus gigi. Sakit semalam masih belum hilang. Rasa ganjil. Kenapa tu agaknya? Hawa tunduk. Tengok dekat singki. Ada darah. Aku makan vitamin C banyak banyak kot takkan ada scurvi? Hawa tengok cermin di depan. “MAMAAAAAAA!!!” Terkejut satu rumah mendengar teriakan Hawa. Entah hantu apa merasuk. Mama berlari ke bilik puteri bongsunya. Dah kenapa? Sudahlah budak tu bangun paling awal pun jam 9. Ni baru jam 6 tiba tiba terpekik terlolong. Takut juga Hawa histeria.  “Kenapa nong?!” tanya Mama. Rambut Hawa disapu lembut. Hawa mememekkan bibir. Air mata berlinangan.  “Ma, gigi Wawa hilang sebiji,” adu Hawa. Hei..budak bertuah ni nasib baik anak kandung darah daging. Kalau bukan, nak kena hempap jugak dengan mop. Kakak yang baru je datang dari bilik sebelah terkekek ketawa. Mengejeklah tu. Papa ...