HaLO! Bab 10

Bab 10
Adam membuka kotak kecil bewarna merah. Diperhatikan benda kecil bewarna putih dalam kotak tu. Mau ketawa pun ada. Ingat balik kejadian semalam. Mesti milik si Sot tu. Perempuan sewel. Padan muka kau kena pecat! Nasib baik bos kau tarik balik article bodoh kau tu dan minta maaf secara terbuka. Kalau tidak, mana aku nak letak muka? Dahlah kau ambil gambar hodoh aku.

Tapi kalau tak tarik balik pun, kau boleh buat apa? Aku ni artis. Semua yang aku buat pun peminat tetap sanjung. Gambar hodoh pun dianggap comel. Adam senyum sumbing.

“Senyum sorang sorang nampak” tegur Niel. Datang dari dapur bersama 2 cawan kopi di tangan.

Aish kacau lah Niel ni. Tapi bagus jugak manager aku ni. Tak cuma mengacau tapi bawa kopi sekali. Dahlah aku ni peminat kopi sejati.

“Aku rasa gigi ni milik perempuan sewel otak tak betul tu. Alah reporter yang cium kaki aku masa kat airport tu. Yang tangkap gambar aku tanpa henti. Dan terbitkan article bodoh. Kononnya aku ni tak pandai cakap Melayu. Sot!”

Niel buat muka troll.

Hmmm.. Sama je kamu dua. Yang kau pun dah kenapa nak simpan gigi dia? Siap taruh dalam kotak lagi. Eiii tak faham aku. Nasib baik aku ni manager kau. Kalau tak habislah kau kena gelar gila jugak.

“Aku rasa baik kau buang je gigi patah tu. Bukan boleh buat duit pun. Rasanya aku ni ada hoarding disorder tapi tak jugaklah sampai nak simpan gigi orang lain punya”

Halus cara Niel menyindir. Halus halus pun menusuk ke hati. Tajam hinggakan hati Adam terluka bagai dihiris sembilu.

Suka hati akulah! Ambik kau jelingan maut.

“Okaylah. Let's change our topic of discussion. Let's focus on your concert tomorrow”

“konseotreul jonbihaneun bangbeob?”

'bagaimana persiapan konsert aku?' 

Ai. Tiba tiba pula cakap korea? Memang kacang lupa kulit ni. Dengan orang senegara sendiri pun trep cakap korea.

“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. So prepare mental dan fizikal sekuat kuatnya. Sebab 15 juta orang akan datang tengok konsert kau”

WOW! 15 JUTA?!  Banyak tu! Tapi tak hairan sebab orang dari luar negara pun datang ke Malaysia semata mata mahu menyaksikan persembahan Adam Sang.

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything