Daun Jatuh di Bulan August 🍁🍂
Daun Jatuh Di Bulan August Genre : Melodrama. "Teratai! Buka pintu ni Teratai! TERATAI!" aku menjerit bagai nak gila. Pintu bagaikan nak pecah dek ketukanku. Aku memutar tombol pintu berkali- kali. Masih tidak bersahut. Ikutkan hati mahu saja ku pecahkan pintu hospital itu tapi aku masih dalam keadaan waras. Misi misi di sebelahku sudah cemas. Doktor berlari setelah dipanggil oleh salah seorang misi. Seorang lagi misi datang bersama master key. Pintu dibuka. Aku terus berlari mencapai Teratai. Di sebelahnya, ada botol ubat tidur kosong bersama kertas dengan tulisan tangan. Sempat ku baca sekilas lalu. Isi surat itu berisikan pesanan terakhir Teratai. Aku menggenggam tangan Teratai. Sejuk. Sangat sejuk. Aku menggoncangkan badan Teratai yang diam tak berganjak. Ku lihat pergerakan dada. Tiada pergerakan pada dadanya. Nurse bertugas memeriksa spo2 Teratai. Tidak dapat dikesan. ECG menunjukkan graf mendatar. BP cuff tidak dapat mengesan kadar tekanan darah. "Ready for int...