HaLo! Bab 13

 Bab 13


“Kenapa kamu berhenti daripada RTB?”


Aduh! Lagi soalan maut. Kenapalah hidup aku ni banyak persoalan? Aku kalau boleh nak menyuarakan soalan jugak, aku nak tanya kenapa aku dilahirkan tiberr.

Hmm..nak jawab apa? Takkan aku nak cakap aku kena buang kerja gara gara tulis article pasal si bodoh tu. Memang tak lah aku diterima kerja.


“Er..er..sebab..sebab RTB nak bankrupt. A’ah RTB nak bankrupt jadi pekerja dikurangkan,”


Fuhhh! Bijak Wawa. Logik juga alasan ni. 


“Kenapa mereka pilih awak antara dibuang? Maksudnya prestasi awak ni tak baguslah kann?”


Soalan dia ni mengalahkan wartawan. Eh! Bos penyiaran pulak. Tak hairan soalan ala ala detective Conan. Hmm...nampak gayanya terlalu berpusing pusing sampai dapat ku lihat penutup ceritanya. Alamatnya kau tidak diterima wahai Wawa. Menyerah je la.


“Tak.. Sekarang ni saya nak tanya tuan, tuan nak ambik saya kerja ke tak?!” geram pulak Hawa. Buang masa je jawab macam macam kalau last last tak kena ambil kerja. Buang air liur je. Slibaw~~


Terbeliak mata penemuduga. Biar betul dia ni. Aku penemuduga atau dia? Berani betul budak ni.


Penemuduga tengok Hawa dari atas sampai bawah. Terserlah la keayuan yang tak berapa nak jadi, wanita melayu pertengahan. Berbaju kurung tapi gaya duduk macam gangster. Nak jawab apa? Rijek direct nanti kang aku pulak ditumbuknya. Kecut liur penemuduga.


“Adam Sang. Kalau awak akur cari maklumat tentang Adam Sang, saya sudi terima awak kerja,”


A’ah. Baru dia terfikir tentang Adam. Adam kan tengah hot di Malaysia dan seluruh dunia. Pasti topik mengenainya akan laris terjual. Mungkin boleh gunakan keberanian Hawa untuk membongkar rahsia Adam.


Adam. Adam. Adam. Tak ada topik lain ke? Nak muntah hijo Hawa dibuatnya. Warganet ni tak boring eh asyik dia je jadi bahan? Bos penyiar ni pulak semua suruh Hawa bongkar maklumat pasal Adam. Dorang ni nak hire Hawa jadi wartawan atau spy?


“Ehehehe” macam kambing pulak Hawa tersengih.


“Boleh? Saya beri awak masa 3 bulan sebagai percubaan,” 


Angkat angkat kening pulak orang tua ni. Dengan kumis tebal dia tu terangkat sekali.

“Ehehehe..saya cuba,” hmmm terpaksa. Begitulah terdesaknya Hawa cari kerja.


Keluar je dari ofis encik kumis tebal tu  Hawa rasa nak nangis. Dah 10 interview still tak dapat. Yang ke 10 ni pulak macam nak tak nak terima. Siap bagi syarat lagi. Huwaahhhh!


Tiba tiba…


Seorang lelaki berjalan bersama seorang perempuan menuju ke hotel. Familiar. Sangat familiar. Cermin mata diturunkan. Eh! Makin kabur. Sot! Kau tu rabun bodoh. Pakai balik.


Adamlah! Siapa pulak yeoja sebelah Adam tu? Hawa senyum sinis. Detective Hawa akan segera beraksi!

Comments

Popular posts from this blog

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.

The beginning of everything