Stranger I know everything about.

 Stranger I Know Everything About.

- Mengapa Tuhan hadirkan pertemuan jika akhirnya dipisahkan? -

 

Malam itu aku bertemu kawan lama. Banyak cerita tentang dia yang aku tidak tahu. Begitu cepat masa berlalu. Kami yang suatu ketika dahulu berlari berkejaran di dalam kelas. Kelas hadapan yang pakar dalam membuat kebisingan hingga dihukum ketuk ketampi di luar kelas beramai ramai. Langsung tidak menunjukkan kredibiliti sebagai pelajar kelas hadapan hahaha. Slogan kami, “biar nakal asal berakal!”.


Kini, satu per satu mereka mengirim kad undangan perkahwinan. Dan kali ini, giliran dia.

“Kau bila Ika?”

Aku hanya tertawa kecil mendengar pertanyaan itu.

“Lambaaaaat lagi,” jawabku.

Dia tersenyum sedikit lebar.

“Itu juga jawapan saya bila orang tanya, lambaaat lagi. Tapi semua tu tak rasa pun. Masa berlalu begitu cepat,”

Aku tersenyum mengingat perbualan kami tiga tahun lepas. Dia pernah cakap, dia sedang tidak bersama dengan siapa siapa. Ketika ditanya jika dia sudah berpunya, dia akan berkata “sudah” agar tidak dikenen kenenkan. Dan malam itu, dia sudah pun bergelar isteri orang.

Time flies so fast, really.


“Sejak break dengan ex saya, saya fikir saya tidak lagi akan jatuh cinta. Tiba tiba ini…”

Mendengar nama ex yang dia sebut, saya fikir oh sangat lama! Tapi bagi dia sekejap saja.

Setahu saya, mereka break ketika kami masih di usia 17tahun. Waktu yang sangat muda. Dan sekarang kami berdua menghampiri angka 30-an. Bermakna sudah sangat lama.


Dia juga bercerita tentang ayahnya yang sudah tidak ada. Tentang penyesalan penyesalan yang dia rasakan. Andai saja…


Andai saja… manusia sangat suka stuck di andaian itu. Jangankan dia, aku juga sama. Banyak hal yang kalau masa boleh aku ulang, aku tidak akan lakukan hal itu. Namun masa terus bergerak dan aku rasa untuk menoleh ke belakang dan mengulang semua kejadian masa lalu, aku sudah tidak sanggup untuk berpatah balik. Sudah terlalu penat.


Pulang dari pertemuan singkat kami, aku merenung cahaya lampu menara yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, KLCC. Benar katanya, masa berlalu begitu cepat.

Dan aku masih terpaku di sini. Diselubungi penyesalan dan persoalan yang tiada penghujung. Aku bertanya tentang alasan takdir. Bukan bermakna aku tidak percaya tentang Qada’ dan Qadar. Aku percaya, ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah Allah tulis dengan rapi.

Berkali kali aku ingatkan diri tentang pengajaran dari Surah Al Kahfi tentang pertemuan Nabi Musa AS dan Khidir agar aku tidak lagi bertanya dan terus percaya; Allah sedang melindungi aku dari bahaya. Tapi kenapa aku harus bertemu dia pada awalnya?


Aku sudah berpindah rumah. Tidak lagi melalui jalan pertemuan pertama kami. Dan beberapa orang pun sudah ku lupakan. Beberapa gambar dan “bahan bukti” yang aku simpan telah pun aku padam. Aku mahu maafkan dan berdamai dengan takdir. Tapi kata orang, melupakan tak semudah memaafkan. Dan setiap kali aku teringat, hati aku sakit lagi. Luka ini berdarah lagi. Apakah aku belum benar benar mengikhlaskan?


“Jangan risau, one day kau akan jumpa seseorang seperti impianmu. Sebab dulu aku pun begitu. Ex aku jenis non chalant dan aku nak sangat yang clingy. Sekarang aku dapat bf yang super clingy”

Aku lihat dia jauh ke dalam matanya. Tergambar kebahagiaan yang dia alami sekarang. Aku turut bahagia melihat kawan kawan aku diperlakukan dengan baik. Kemudian aku membandingkan diriku dengannya. Ternyata jadi dia lebih sakit. Diputuskan di akhir akhir cerita. Setelah bercinta bertahun tahun, mereka merancang untuk menikah. Ketika dia sudah mempersiapkan segalanya untuk hari bahagia mereka dan tiba tiba lelaki itu mengirim pesan, “aku tak rasa kita dapat teruskan”. Betapa hancur hatinya. Jujur aku tidak sekuat dia.

“Ikhlaskan saja,” katanya. Tapi tidak semudah itu aku ikhlaskan.


Mungkin alasan aku susah move on kerana tidak ada yang jahat dalam cerita kami. Dia memperlakukan aku dengan baik dan akulah non chalant itu. Aku lihat usaha dia mendapatkan aku, meyakinkan aku dan memujuk aku. Setiap panggilan dia yang aku abaikan, pesanan yang aku biar tidak berbalas, dan setiap pujukan yang berakhir dengan pertengkaran. Dia usaha. Aku nampak. Cuma usaha itu bukan seperti yang aku mahu.

Untuk seorang yang telah hidup dalam benteng bertahun tahun, sukar buat aku meruntuhkan benteng itu hanya kerana aku sedang jatuh cinta.


Buka sosial media, gambar profile rakan rakan semua gambar bersama pasangan. Jujur, rasa sepi itu kadang mengusik. Aku menyaksikan beberapa rakan yang dahulunya dipatahkan kini bertumbuh semula. Terkadang bertanya juga, sampai bila aku terus terus begini. Menolak segala kemungkinan yang datang, bukan kerana aku tidak mahu tapi kerana aku takut. Aku takut sejarah lama berulang. Takut aku hanya dipergunakan. Aku tahu kelemahan aku. Aku lemah pada perasaan. Meski aku sering mempamerkan sosok feminis yang kuat hakikatnya aku hanya seorang wanita.

Aku juga menyaksikan beberapa rakan seumuran yang sepertiku. Mereka memenuhi kesepian mereka dengan menyibukkan diri dengan hobi dan kerjaya. Dulu, aku sangat rispek orang orang seperti itu. Namun setelah dewasa aku baru sedar kesepian yang dialami di sebalik sikap workaholic itu. Setiap kali pertanyaan “bila nak kawin” dilemparkan, aku pasti mereka pun rimas. Dalam diam mereka berharap menemukan sosok yang mereka ingin namun mereka takut. Aku sedar, aku berada di generasi yang dipenuhi ketakutan. Padahal Allah telah janjikan, siapa yang bertakwa dan berserah pada Allah, Allah akan beri jalan, Allah akan beri kecukupan.


Aku menutup skrin telefon dan mula membuka al Quran. Menyembuhkan hati yang resah gelisah. Penuh rasa sesal dan takut. Seketika hatiku tenang.

Sejenak aku intropeksi, mengapa aku harus menyimpan kami sedang dia sudah padamkan. Mengapa aku masih menulis pasal kita, sedang kau telah berhenti sejak sekian lama. I thought I give you space, doesnt know I am being replace. Aku beri ruang hanya untuk rasa terbuang. Dia memang tidak jahat. Dia baik, cuma tidak baik buat masa depan.

Aku membayangkan hari hari di mana aku dibiarkan menangis sendirian. Langsung tiada inisiatif untuk bertanya, apa aku sedang baik baik saja. Kemudian aku teringat hari itu. Hari hatiku terasa remuk, mataku berkaca, tanganku bergetar, aku menangis tanpa henti di hadapan banyak mata mata manusia. Hingga orang yang aku tidak kenal bertanya,

“Awak okay ke?”

Dan dia… dia langsung tidak bertanya apa apa.


Aku menarik nafas lega. Tidak ada yang salah dalam takdir Allah. Aku selalu percaya, there always khair in everything. Kalau aku tidak bertemu dia, mungkin aku tidak tau rasanya mengikhlaskan dan memaafkan itu seperti apa. Aku pilih untuk maafkan. Bukan untuk dia tapi untuk kebaikan diri aku. Untuk ketenangan aku. Aku harus terima, kini dia hanya orang asing yang pernah aku kenal.


Epilog.

“Nampak rushing je. Dah lambat ke?” Jelingan tajam aku beri pada abang grab tu. Soalannya aku biar tidak berbalas. Aku tarik bagasi aku dari dalam bonet kereta dia dan berlari menuju pintu perlepasan. Padahal aku dah bagitahu sejak aku buka pintu kereta, flight pukul 8pm. Boleh pula dia bawa kereta sambil buka youtube pastu nyanyi kuat kuat. Bawa kereta honda civic tapi slow giler. Tuhannn! Tepuk dahi aku dibuatnya. Perangai sebijik macam ex aku, langsung tiada common sense!

Nasib baik aku sempat, tidak terlepas flight. Sampai sampai orang tengah beratur. Menyesal pula aku buat muka dengan abang grab tu.


Sedang aku berhayal sambil menikmati pemandangan di luar jendela kapal, seorang lelaki berkemeja hitam datang padaku dan duduk di sebelahku. Rasa macam nak suruh je dia pindah ke kerusi D memandangkan kerusi tu kosong. Lengan baju kami kerap bergesel kerana terlalu dekat.

Aku sudah tidak tahan. Rasa sangat tak selesa. Aku memutarkan badan menghadap orang itu dan memfokuskan pandangan ke arahnya.

“Encik boleh t… eh, you?!”

“Eh, Ika?! hi!”

“Ha-hai…”


- Jika pertemuan adalah permulaan perpisahan, maka perpisahan adalah permulaan indah untuk pertemuan selanjutnya -


.The End.

Comments

Popular posts from this blog

HaLO! Bab 7

Ain Lam Mim

Sabr. You always have time.