Posts

Showing posts from October, 2024

The End.

 Entah mengapa pertengahan tahun 2023 aku semakin negatif. Aku dapat rasakan keadaan mentalku tidak stabil. Aku kerap menangis tanpa sebab dan mudah tersinggung dengan perkataan rakan sekerja. Dengan rakan serumah pun aku sudah jarang bertegur sapa. Aku sudah tidak seriuh dahulu. Rasa insecure ku makin tinggi. Aku juga sering menganggap buruk di setiap perbuatannya. Aku bahkan tidak lagi bercakap dengannya dan sering mengabaikan pesanannya. Aku sering cemburu pada hal hal kecil. Misalnya, dia keluar tanpa mengajakku padahal dia bersama dengan orang yang tinggal di kawasan perumahanku atau tempat kerja yang sama denganku. Sedikit sebanyak itu membuatku tersinggung. Aku menceritakan semuanya pada fazli kerana dia sudah aku anggap bagai abang kandungku. Pada awalnya, fazli mendengar semua keluhanku. Sakitku menjadi sakitnya juga. Cuma hanya di awal, akhirnya setelah dia bertemu dengan rakan bisnes Zaf yang jauh lebih unggul dariku, aku diabaikan. Jika di awalnya, aku adalah orang pert...

Sweet Revenge

Aku menerima pesanan whatsapp darinya. “Thank you for coming” - Zaf One. Ya, aku telah mengubah namanya dari senarai kenalanku. Aku menggunakan nama sebenarnya beserta nama company kali ini. Aku mengambil nafas panjang sebelum meluahkan semua kemarahanku. Kemarahanku sudah di level kedua tertinggi yang mana aku tidak lagi mampu tahan. Baru aku perasan dia ada menghantar pesanan malam sebelum kursus diadakan. Aku bersama fazli ketika itu dan aku tidak memeriksa telefon. Tetap saja, dia boleh menghubungiku seperti sebelum ini, tapi mengapa malam itu hanya mesej ringkas? Pasti kerana dia tidak ingin lagi bersamaku dan ingin bersama tiara. Seketika aku teringat akan pertanyaannya sebelum ini. Dia bertanya aktivitiku di malam hujung tahun tahun lepas. “Kan i celebrate tahun baru dengan you!” Jawabku ketika itu. Kini aku mengerti. Dia terlalu banyak bersama wanita hingga menyangka aku sebagai tiara, fikirku. Aku menekan butang mute pada namanya. Mulai hari ini, aku menukar fokusku. Mungkin d...